Arianna
HARI ini aku terasa kosong. Aku tinggal bersendirian. Mak Ngah dan Pak Ngah dari semalam lagi sudah tiada di rumah.
Anak sulung mereka, Abang Azri baru sahaja menjemput mereka semalam untuk melawat anaknya yang baru dilahirkan.
Ikutkan, Mak Ngah agak keberatan mahu meninggalkan aku yang sedang sarat ini bersendirian. Tetapi, aku memujuknya supaya tidak risaukan diriku. Aku pasti akan menjaga diriku dengan baik, Insha Allah.
Tambahan pula, acik bersungguh-sungguh berjanji akan menjaga aku dengan baik. Jadi, Mak Ngah yang masih merasa serba salah itu, terpaksa juga mengikut Abang Azri.
Lagipun, kasihan Abang Azri. Dia ke sini, semata-mata mahu menjemput Mak Ngah dan Pak Ngah untuk meraikan anak ketiganya yang baru lahir itu. Mujur juga Mak Ngah bersetuju.
Sebelum bertolak, berbakul-bakul pesanan dan nasihat Mak Ngah bekalkan untuk aku dan juga acik. Aku tersenyum, bahagia. Bertuah rasa, punya Mak Ngah dalam hidupku. Sentiasa peduli dan mengambil berat akan diriku.
Petang itu, aku cuma duduk termenung di tangga batu di hadapan rumah. Acik masih belum pulang dari bekerja. Apalah aku nak buat sorang-sorang macam ni. Bosan pula.
Sedang asyik aku mengelamun, terlihat sebuah kereta masuk ke halaman rumah. Kereta tersebut berhenti betul-betul di hadapan rumah.
Pandanganku tidak lepas dari memandang kereta tersebut. Aku mula tertanya-tanya. Siapa? Anak Mak Teh lagi, ke?
Tidak lama, seorang gadis tinggi lampai keluar dari perut kereta. Mata kami bertemu pandang. Dia melihat aku dengan riak tidak senang. Namun tetap juga dia mengatur langkah. Teragak-agak, dia mendekatiku.
Aku terus bangun dan turun ke halaman untuk mendapatkannya.
"Tumpang tanya, ni rumah Zaquan ke?"
Zaquan? Siapa pula tu? Belum sempat aku menjawab, dia bertanya lagi.
"Awak siapa? Zaquan ada kat rumah tak?" Aku merasa tidak selesa dengan sikap gadis tinggi lampai itu.
Baru sahaja aku mahu membuka mulut untuk menjawab soalannya tadi, kereta acik pula masuk ke halaman rumah.
Perhatian aku dan gadis itu terus tertumpu kepada acik.
Reaksi gadis itu terus berubah saat melihat acik keluar dari perut kereta. Senyumannya terukir lebar.
Dia terus berlari anak mendekati acik.
Acik pula, menarik muka. Masam! Pelik ni... Aku jarang melihat acik dalam mood begitu. Biasanya, dialah insan paling ceria di muka bumi ini."Kau buat apa kat sini?" soal acik tegas. Kemudian sempat dia mengerling ke arahku.
"Awak marahkan saya lagi?" Gadis itu cuba memaut lengan acik. Namun cepat acik menepis.
Acik menutup pintu kereta, terus langkah diatur mendekatiku. Gadis itu, acik abaikan sahaja.
Gadis itu mengetap gigi. Rautnya, hampa! Matanya, tidak lepas dari memandang acik yang langsung tidak peduli akan dirinya.
"Zaquan, maafkan saya. Saya dah sedar, saya yang salah. Saya sayang awak..." Acik mendegus kasar. Pandangan acik alihkan daripada terus melihat wajah gadis itu.
"Zaquan..." kata-kata gadis itu terhenti apabila acik menaikkan tangannya ke udara. Sebagai amaran untuk gadis itu berhenti dari berkata-kata.
"Sudah, Lida! Baliklah, dah terlambat. Maaf kau, dah tak ada makna!" Gadis yang baru kutahu namanya itu, menggigit bibirnya. Matanya berkaca-kaca.
YOU ARE READING
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
RomanceCover by :: @HeyL_AryaN Pencapaian :: >Perfect Storyline_ White Arlyz Award >Classic Romance Winner (Alleged Happines) _ Best Book Award (BBA) >Romance Winner _ Helios Award Arianna keliru dengan keputusan yang perlu diambil. Perlukah dia menerusk...