Bab:30 ☑

4.3K 130 0
                                    


Fahri

TIDAK sangka aku dapat bertemu dengannya malam ini. Lagi-lagi di majlis makan malam ulang tahun syarikat aku yang ke dua belas ini. Beberapa kali aku kerdipkan mata supaya yakin apa yang aku lihat itu  benar dan, memang itu adalah Arianna, aku tidak salah melihat.

Dari awal, mataku sudah dapat menangkap kehadirannya di majlis ini. Dia kelihatan sangat cantik, anggun dan ayu dengan baju kebaya labuh biru gelapnya.

Aku cuba untuk mencari peluang agar dapat berbual dengannya. Sesungguhnya, sejak perbualan kami tempoh hari, aku menjadi sangat rindu untuk berbual lagi dengannya.

Sebelum ini, aku cuba tahankan sahaja keinginan itu. Kerana aku sedar akan status dirinya yang akan menjadi isteri orang dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Tetapi, malam ini memandangkan dia sudah berada di dalam majlis syarikat ini, rasanya tidak salah kalau aku ingin beramah mesra dengannya. Lagipun, tetamukan harus dilayan sewajarnya. Malam ini, Arianna merupakan tetamu di syarikat ini. Jadi, tidak salah kalau aku ingin berbual dengannya, kan?

Aku melihat peluang itu tiba saat Arianna membawa seorang budak kecil yang sedari tadi bersamanya duduk di satu sudut yang jauh dari keramaian itu. Aku terus sahaja mendekatinya. Saat aku menegurnya, dia kelihatan terkejut. Entah mengapa, aku sendiri tidak pasti. Berbual juga, hanya aku yang banyak bersuara. Tetapi, setelah agak lama barulah keadaan menjadi semakin selesa.

"Sejak arwah mamanya dah tiada, Raysha tinggal dengan family saya. Tidur pun memang dengan saya. Sebab tu kami rapat." Aku mengangguk kepala. Raysha rapat dengan Arianna dan Raysha adalah anak kepada bakal suaminya.

Oh my!

"Senanglah bila awak dah jadi mama dia nanti." kataku perlahan. Menahan rasa.

Entah rasa apa yang terbit kini. Cemburu, resah, tidak puas hati. Ah, macam-macam dan bercampur-aduk!

"Entahlah. Saya sendiri tak tahu nak cakap macam mana. Ikutkan, memanglah saya sayangkan Raysha. Cuma..." Arianna diam di situ dan merenung Raysha diribaanku. Aku pula menjadi semakin tertanya-tanya  tentang luahan hatinya itu.

"Cuma..?" tanyaku tidak sabar. Arianna menggigit bibir.

"Susah! Mungkin Raysha menjadi antara penyebab kenapa saya bersetuju dengan lamaran Abang Adam. Tapi, semakin harinya bertambah dekat, semakin saya dapat merasa yang saya masih belum bersedia." Aku merenung dia yang sedang menunduk memandang lantai.  Dia memicit-micit tulang hidung. Stress mungkin.

"Cuba bawa bincang dengan Adam," saranku. Arianna berdecit perlahan.

"Tak guna, Fahri," balasnya tanpa perasaan.

Aku, saat ini merasa sangat simpati dengan keadaannya. Andaikata, kalau aku meluahkan rasa saat ini, agak-agak akan menambah lagi deritanya atau sebaliknya?

"Arianna..." Pantas dia menoleh ke arahku. Reaksi spontannya setiap kali aku menyebut namanya. Aku mengulum senyum melihat reaksinya.

"...awak ada hak untuk tentukan hidup awak. Kalau dari awal awak dah rasa macam ni, baik awak..." Aku terdiam.

Baru tersedar yang aku tidak sepatutnya mempengruhinya. Ya, aku cintakan dia. Ikutkan hati, inilah masanya untuk aku pengaruhinya supaya membatalkan sahaja majlis nikahnya itu. Tapi, aku tidak boleh bersikap kejam begitu!

"Sorry... saya tak patut tambahkan kekusutan awak." Arianna melepas keluhan panjang.

"Berserahlah Arianna. Kita kena percaya kepada takdir. Kita merancang, Allah pun merancang. Tapi, awak tahukan rancangan siapa yang lebih baik?" Aku cuba menenangkan Arianna. Juga menenangkan diri sendiri.

"Ya, mungkin itu je yang mampu saya buat sekarang. Saya akan terus  berdoa semoga diberikan petunjuk. Saya harap, saya belum terlambat kalau keputusan saya berubah." Aku sekadar tersenyum. Aku tahu aku perlu redha dalam keadaan ini.

"By the way, awak datang dengan siapa?" Tiba-tiba Arianna menyoal. Terkedu aku kerana tidak bersedia di soal tiba-tiba.

"Maksud saya, dinner ni kan boleh bawa sesiapa je, so awak dengan siapa? Family?" Aku menggaru belakang leher sambil tersengih.

"Saya sensorang je. Kalau tahu awak nak datang, boleh ajak awak jadi partner saya." Bulat mata Arianna memandangku. Aku ketawa lepas melihat keletahnya. Comel! 

"Kenapa tak bawa parents awak?"
soalnya lagi.

"Owh, parents saya kat Johor. Takkanlah semata dinner ni nak suruh datang KL," terangku padanya.

"Kenapa tanya?" soalku pula padanya. Terkebil-kebil dia memandangku.

"Saja je, nak tahu," jawabnya tanpa memandangku.

"Kenapa nak tahu?" Arianna menggigit bibir bawahnya. Entah kenapa aku suka mengusiknya. Melihat dia malu-malu dan mukanya akan berubah merah. Apakah, dia juga menyimpan perasaan yang sama sepertiku?

"Eh, Encik Fahri kat sini? Buat apa dengan Kak Yana, ha?"

Tiba-tiba Sofi dan rakannya datang dan menyergah kami. Aduh, baru nak dengar jawapan Arianna. Kacaulah budak dua orang ni!

"Awak dengan Sofi, ke?" soalku pada Arianna, walaupun aku sudah sedia maklum.

"Ye," jawabnya sepatah.

"Saya ajak Kak Yana dengan Nina. Kenapa Encik Fahri?" soal Sofi pula padaku. Aku memandang ke arah Sofi. Kemudian beralih kepada Arianna semula.

"Saja je, nak tahu," jawabku meniru jawapan Arianna sebentar tadi. Arianna sudah mengembungkan pipinya. Alahai, comelnya.

"Kami nak balik dah. Bolehkan Encik Fahri?" Aku mengangguk. Sudah lewat lagipun. Majlis pun hanya tinggal acara penyampaian hadiah untuk pemenang pertandingan nyanyian sahaja.

Saat itu, kami sama-sama baru perasan yang Raysha di atas ribaanku sudah terlena. Kasihan anak kecil ini. Mengantuk sangat agaknya. Oleh kerana itu, aku menawarkan diri untuk membantu membawa Raysha ke kereta. Kasihan pula pada Arianna nak mendukung Raysha hingga ke tempat parkir kereta.

"Thanks, Fahri. Susahkan awak, je."

Arianna membuka pintu kereta di bahagian penumpang depan. Terdapat kerusi bayi di situ. Pasti untuk Raysha. Kemudian, Arianna cuba mengambil Raysha dari pelukanku. Tetapi, agak sukar memandangkan Raysha memeluk erat leherku.

Semasa Arianna cuba untuk meleraikan pautan Raysha dileherku, sentuhannya turut terkena pada kulit leherku.  Getaran di hatiku tiba-tiba bertambah. Aku mula merasa gugup dan getaran itu semakin hebat saat aku memindahkan Raysha ke dalam pelukan Arianna. Wajahku dan wajahnya begitu hampir. Sehingga desahan nafasnya dapat aku rasakan di pipiku. Spontan aku merenung ke dalam matanya. Dia turut membalas renunganku.

Agak lama kami dalam keadaan begitu, kami tersedar saat Sofi dan rakannya masuk ke perut kereta lalu menutup pintu kereta. Arianna cepat-cepat meletakkan Raysha di kerusi khas yang telah tersedia itu. Aku dapat melihat rona wajahnya yang bertukar merah.

"Saya... balik dulu." Tergagap dia meminta diri.

"Hati-hati." Dia mengangguk cuma.

"Selamat malam... Arianna." Dia mendongak. Pantas. Aku menyimpul senyum. Pantang aku menyebut namanya.

"Selamat malam." Lambat -lambat dia membalas. Kemudian terus bergerak masuk ke dalam kereta.

Sebelum kereta meluncur, Arianna  sempat memandangku sekilas. Dia tersenyum. Manis. Aku, hanya berdiri di situ sehinggalah keretanya hilang dari pandanganku.

Arianna, mampukah aku kehilangan dirimu?

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now