Arianna"SORRY babe, aku tak dapat sama-sama dengan kau minggu lepas." Aku mencebik.
"Ala, benda dah lepas pun. Lagipun bukan kau sengaja." Nadia tersengih. Minuman di hadapannya ditarik dan di sedut perlahan.
"Tapi, aku tahu kau mesti nak ada orang teman kau masa kau dok berdebar dalam bilik tu sebelum sesi sarung cincin, kan?" Aku menjeling ke arahnya. Sengaja, Nadia ni!
"Spoil betul. Kau pun nak bertunang bukan nak rancang awal-awal. Tak pasal-pasal, tarikh tu boleh sama dengan tarikh kursus aku." Aku menjeling lagi. Nadia ni memang sengaja cari pasal ke apa?
"Kau dah kenapa? Terkeluar biji mata tu, baru tahu." Aku mencebik sekali lagi. Sakit pula hati aku ni.
"Menyampah la kau ni. Kau tahu kan keadaan aku. Janganlah cakap macam tu." Kali ini Nadia pula yang mencebik.
"Kau ni, dah kategori cari penyakit. Nak buat macam mana lagi? Harungkan jelah." Aku mendengus.
Haishh... Nadia. Macam nilah perangai dia. Dia boleh jadi sahabat yang paling memahami. Tapi, boleh juga jadi sahabat yang menyakitkan hati.
"Babe, kau tu dah jadi tunang orang tau. Aku tahu. Tahu sangat-sangat apa yang ada dalam hati kau. Tapi, sekali kau dah pilih, kau kena la berpegang teguh dengan keputusan kau tu." Tertunduk.
Nadia sangat faham akan aku. Kalau aku fikir aku boleh menipu dia, baik lupakan cepat-cepat.
"Aku tak sangka semuanya akan secepat ni. Mula-mula aku setuju nak bertunang. Baru setuju minggu lepas, sekarang dah jadi tunang orang. Sekarang, baru nak sesuaikan diri, tiba-tiba aku dapat tahu dia orang sepakat ikat tiga bulan. Macam mana aku nak bersedia? Macam mana aku nak ajar hati aku ni, terima Abang Adam? Macam mana aku nak cintakan dia? Susah tau, tak?" Nadia memandang aku sayu.
"Aku tahu kau boleh, babe. Kau tu kan, degil. Keras kepala. Gunalah kepakaran kau tu dalam keadaan sekarang ni." Eh, sedap betul mulut minah ni. Dalam baik dia mengata aku.
"Melainkan, ruang dalam hati kau yang dah penuh dengan Fahri tu, kau belum kosongkan. Ha, itu baru masalah." Aku mengembungkan pipi.
"Wait... aku rasa, memang belum lagi ni." Aku menunduk lagi.
Senangnya la hai si Nadia ni menebak apa yang ada dalam hati aku ni.
"Babe..!" Nada suara Nadia sedikit meninggi.
"Kau ni, gila tahu tak?" Nadia memandang aku dengan raut tidak puas hati.
"Kenapa kau, ni?" balasku tidak puas hati juga.
"Hishhh... sungguh la. Aku tak faham dengan kau. Ingat tak dia dah buat apa kat kau? Mustahil kau masih nak suka lagi dengan lelaki macam dia tu. Pervert kot." Aku menarik muka. Entah mengapa. Aku tidak suka Nadia menggelar Fahri begitu.
"Tak baik kau cakap macam tu," kata aku perlahan.
"Apa? Pervert?" soal Nadia. Perlahan aku mengiakan.
"Oh my... Babe, kau ni kenapa? Serius aku tak percaya." Nadia diam seketika sebelum menyambung semula
"Look, cuba kau fikir macam ni. Kalau petang tu, yang naik kat pejabat kau bukan Fahri dan yang dok pegang, tenung kau tu pun bukan dia. Aku tak rasa kau akan diamkan je benda ni. Silap-silap kau dah buat report polis. Betul, tak?" Terkerut dahiku.
Sumpah, aku langsung tidak pernah terfikir sampai ke situ.
"Yana, aku ni bestie kau. Banyak benda kot yang aku tahu pasal kau. Macam tu juga kau tahu semua pasal aku. Jadi sebagai sahabat, aku tak nak tengok kau terus hanyut. Aku tak nak kau buta sebab perasaan yang wujud dalam hati kau untuk Fahri." Aku diam lagi.
Apa lagi yang boleh aku katakan. Kalau semua apa yang Nadia katakan tepat dan benar.
"Abang Adam tu, baik kot Yana. Mustahil, takdir yang dah tertulis ni sekadar nak main-mainkan kau. Dari kau cerita pasal versi Abang Adam yang tak pernah kita tahu tu pun, aku dah boleh rasa yang dia tengah usaha nak ambil hati kau. Tapi, kalau kau memang tak nak bagi kunci tu kat dia, sampai bila-bila pun Abang Adam tak akan dapat buka pintu hati kau." Aku memandang Nadia. Pandangan sayu. Air mata aku sudah berlinang di tubir mata.
Nadia cepat-cepat mendekatiku dan memaut bahu aku.
"Aku akan selalu ada untuk kau. Aku janji. Aku akan sama-sama tolong kau. Kau tak akan sendiri." Aku sudah tersedu. Nadia ni, menangis aku dengar kata-kata dia hari ini.
"Tapi, masa aku kena bertunang... kau kat mana?" Aku cuba bergurau. Tidak mahu terlalu ikutkan perasaan. Sudahlah kami di dalam kedai makan. Nanti apa pula kata orang.
"Ala... yang tu, kau pun tahu, kan. Dah kau last minit tetap tarikh. Nak buat macam mana? Aku tahu date nak pergi kursus tu dah dekat sebulan kot. Mana nak boleh tukar." Haha, cemas Nadia.
"Aku bergurau la," kata aku sambil cuba tersenyum. Tapi dibalas dengan penampar di bahuku. Adeh, sabar jelah dengan minah seorang ni.
Aku tahu, perjalanan aku selepas ini pasti tidak mudah. Tidak akan menjadi mudah jika hati dan fikiran aku tidak sepakat dalam satu rasa yang sama.
Apa yang Nadia katakan tentang Fahri, ada benarnya. Tapi, dalam hati aku ini?
Entahlah....
Macam mana ingin aku katakan? Bukan semata-mata kerana aku buta dek kerana cinta. Bukan juga kerana terlalu terikut-ikut akan perasaan. Tapi, ada satu rasa halus yang wujud untuk dirinya yang tidak aku rasakan dengan mana-mana lelaki lain. Waima Abang Adam, tunangku sendiri.
Jadi?
YOU ARE READING
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
RomanceCover by :: @HeyL_AryaN Pencapaian :: >Perfect Storyline_ White Arlyz Award >Classic Romance Winner (Alleged Happines) _ Best Book Award (BBA) >Romance Winner _ Helios Award Arianna keliru dengan keputusan yang perlu diambil. Perlukah dia menerusk...