"YANA balik dengan Adam?" Tersenyum lebar si bekas ibu mertuanya itu."Tak." Sepatah jawapan diberikan. Penuh kesal bunyinya.
"Betul ke Adam?" Adam lepas keluhan.
"Betul mak, saya ada lagi dekat bawah pejabat Yana, ni! Dia baru je lepas naik kereta budak tu."
Mata Adam masih tajam melihat kelibat kereta milik Fahri yang membawa Arianna.
"Haishh, aku tak tahulah apa nak jadi dengan si Yana ni. Mak fikir, dia orang dah tak berbaik." Terdengar degusan kasar di lepaskan.
"Hurmm, itulah. Saya pun fikir macam tu. Tapi tak sangka pula Yana tu masih juga baik dengan budak tu."
Panggilan dimatikan. Malas mahu bercakap panjang lagi.
Arianna pun satu, masa datang dia yang menghantar, jadi pastilah dia juga yang akan datang menjemput.
Dia punyalah bergegas, semata-mata tidak mahu Arianna menunggu lama. Tapi...
Sakit betul hatinya!
Susah benar mahu menjinakkan si Arianna ni. Macam-macam yang sudah dia lakukan.
Adakah keikhlasan hatinya ini memang tidak kelihatan?
Atau, Arianna yang sengaja membutakan mata hatinya?
"Arghhh!" Stereng kereta Adam hentak kuat.
***
EMAK sudah menunggu di depan muka pintu sebaik dia turun dari kereta Fahri.
"Kamu dah kenapa, masih juga berhubung dengan jantan tu?"
Arianna pandang wajah emaknya sekilas, kemudian dia berlalu melepasi emak untuk masuk ke dalam.
"Yana!"
Arianna berpaling.
"Mak, dia suami Yana!" tegas Arianna.
"Suami? Kau sedar tak dia tu siapa? Nak aku ingatkan?"
Arianna diam.
Dia sedar, emak memang mahu dia berpisah dengan Fahri. Tapi, ini bukan perkara main-main.
Ini, melibatkan hati dan perasaan. Dua hal yang sangat sukar untuk dikawal.
"Mak, tolonglah. Yana baru je sampai. Yana tak nak cakap pasal ni sekarang."
Yana cuba berlembut. Dia penat, ditambah pula dengan masalah yang memang menyesakkan dadanya ini.
"Kalau bukan sekarang, bila?"
Arianna memandang wajah emaknya. Dia buntu. Sekarang bukan masa terbaik untuk mereka berbincang.
"Mak..." Arianna mendekati emaknya. Lengan emaknya di genggam lembut.
"... tolonglah. Yana sendiri masih serabut. Yana sendiri masih perlukan masa. Yana harap sangat mak faham."
Renungan tajam emaknya tadi beransur hilang mendengar rayuan Arianna itu.
"Yana cuma harap yang terbaik. Mak... doakan yang terbaik untuk Yana, ya."
Arianna gosok lembut lengan emaknya.
Apabila melihat emaknya seperti sudah terpujuk, Arianna terus meminta diri untuk naik ke bilik.
Sekali lagi, dia berjaya mengelak untuk berbincang tentang hala tuju rumah tangganya.
***
Arianna
AKU berkurung di dalam bilik. Perasaan semakin sesak aku rasakan. Aku sedar, semua mahukan kepastian daripadaku.
YOU ARE READING
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
RomanceCover by :: @HeyL_AryaN Pencapaian :: >Perfect Storyline_ White Arlyz Award >Classic Romance Winner (Alleged Happines) _ Best Book Award (BBA) >Romance Winner _ Helios Award Arianna keliru dengan keputusan yang perlu diambil. Perlukah dia menerusk...