Bab:80

3.9K 160 50
                                    


SELEPAS Isyak, acik sengaja keluar untuk mengambil angin. Hatinya tidak tenang.

Entah mengapa, kehadiran Lida tadi membuatkan kemarahan yang bersembunyi dalam dadanya membuak keluar.

Sudah lama dia tidak merasa begini. Sudah lama hidupnya hanya diisi ceria dan suka. Benar, dia sudah melupakan semua yang terjadi. Sedikit pun tidak tertinggal untuk dia kenang lagi.

Huh!

Rumah yang didiami Yana, dia lewati.  Perasaan bersalah pula terus mencuri rasa. Kasihan Yana. Menjadi mangsa amarahnya.

Pasti Yana makan hati dengan dirinya. Yana tu, sudahlah wanita yang sedang sarat mengandung. Pasti sensitif perasannya. Aduh!

Tadi, selepas Mahgrib... Yana menghantar pesanan di aplikasi Whatsapp supaya dia datang mengambil lauk yang sudah siap dimasak. 

Tapi, disebabkan marah... Hilang sudah semua selera. Pesanan Yana juga sengaja dibiarkan bluetick.

Telefon pintar di tangan, acik pandang. Menimbang untuk membalas pesanan dari Yana tadi. 

Tapi, belum sempat dia berbuat demikian, dia sendiri terlebih dahulu menerima pesanan daripada Yana. 

Memang tak nak makan?

Segaris ayat itu beserta emoji marah berwajah bengis berwarna merah ditatap. Senyuman segaris terbit di bibirnya.

Tadi, dia benar berfikir bahawa Yana sedang merajuk dengan dirinya. Rupanya tidak, sebaliknya Yana masih lagi kisahkan dirinya.

Acik kat luar rumah ni.

Balasnya. Tidak sampai seminit, pintu dapur Yana terus dibuka dari dalam. Saat itu, acik sedang duduk di pangkin, menanti dengan rasa yang sedang bergelodak dalam dada.

Melihat Yana, acik terus bangun dan mendekatinya. Di tangan Yana sudah tersedia bekas yang berisi makanan untuknya. 

Yana menyambut acik dengan senyuman manis. Acik membalasnya dengan rasa bersalah yang menghurung rasa. Rasa bersalah itu semakin memenuhi raga.

"Sorry..." ucapnya terus.

Yana pandang acik pelik.

"Kenapa?" tanya Yana untuk kepastian.

Acik usap belakang lehernya. Serba salah!

"Kan acik marah-marah tadi. Ermm, mesej Yana pun, acik biarkan bluetick je." Teragak-agak acik menerangkan.

Yana hanya tersenyum.

"Bluetick tu, indah," perli Yana. Acik tunduk memandang tanah.

Sedar kesilapan sendiri.

"Yana okey la. Risau je sebab acik tak datang ambil lauk." Acik naik muka. Wajah Yana dipandang.

"Sorry..." katanya sekali lagi. Entahlah, rasanya kalau seribu kali dia meminta maaf pun, belum tentu lagi dapat melepaskan rasa bersalah yang membelenggu ini.

"Berapa kali nak minta maaf?" tanya Yana sambil keningnya dijongketkan.

Kemudian Yana lepas ketawa kecil.

"Cuba senyum... Monyok dah macam orang mati bini je Yana tengok. Tak handsome dah." Acik mencebik.

Senyuman lebar mula terukir di bibirnya. Terhibur.

"Acik rasa bersalah. Sebab lepas marah acik dekat orang kurang upaya tadi." Yana terkejut.

Orang kurang upaya?

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now