Bab:51 ☑

3.8K 116 24
                                    


FAHRI dapat melihat keterujaan Ariana untuk menyambut hari lahir Raysha. Satu-satunya anak buah yang Arianna punya. Tapi, entah kenapa perasaannya tidak enak.

Hari ini, Ariana akan dijemput oleh Adam selepas waktu pejabat. Mereka akan terus meraikan hari lahir Raysha selepas itu. Setiap hari tanpa gagal, Arianna mengingatkannya. Yang dia, tidak akan pulang bersama. Haishhh!

Hadiah untuk Raysha, awal-awal sudah Arianna sediakan. Ketara keterujaan di wajahnya. Bagai tidak sabar untuk menanti hari ini tiba.

Ya, Fahri faham. Cuba untuk faham sebenarnya. Raysha, sebelum kehilangan mamanya lagi memang sudah rapat benar dengan Arianna. Sampai Arianna pun dipanggil ibu. Lagilah apabila Raysha sudah kehilangan mamanya. Serta-merta tanggungjawab seorang ibu itu seolah jatuh kepada Arianna.

Tapi sekarang, masalahnya apabila melibatkan Adam. Fahri, benar-benar merasa tidak selesa.

Entah mengapa, Fahri seolah merasakan Adam sengaja menggunakan Raysha sekadar untuk rapat dengan Arianna.

Entahlah...

***

Arianna

TEPAT jam lima petang, aku sudah teruja untuk pulang. Tidak sabar mahu bertemu Raysha. Bukan Raysha sahaja malah emak dan ayah juga. Hari ini kami akan meraikan Raysha bersama-sama. Gembiranya!

Harap-harap, emak sudah semakin baik keadaannya. Semoga hari yang baik ini akan memulihkan kembali hubungan di antara aku dan emak.

Sampai sahaja dekat parkir, aku nampak Fahri yang sudah menanti. Aduh, terus terasa macam nak ikut dia balik je. Tapi bila fikirkan Raysha, terus tak jadi.

"Happynya dia!" sindir Fahri.

"Nak ikut?" pelawa aku padanya.

Dia kerutkan hidungnya. Ala, comel!

"Orang tak ajak, kena tinggallah."

Aku tahu dia maksudkan Abang Adam. Iyalah, aku pelik juga. Kenapa Abang Adam tidak menjemput Fahri meraikan hari lahir Raysha bersama kami. Nak tanya, tapi itukan hak dia! Biarlah.

"Saya sekejap je. Habis je saya terus balik," kataku untuk cuba menyedapkan hatinya.

"Janji?" soalnya sambil keningnya diangkat.

"Janjilah!"

Perbualan kami terhenti saat kereta Abang Adam melintasi kami. Keretanya berhenti betul-betul di hadapan kami.

Aku terus jenguk ke dalam kereta. Mencari kelibat orang-orang yang aku sayang. Tapi...

"Mana emak dengan ayah?" soalku terus sebaik Abang Adam keluar dari kereta.

Abang Adam garu belakang kepala.

"Kita jumpa dekat sana nanti. Abang jemput Yana dulu." Aku angguk faham.

Setelah berpamitan dengan Fahri, aku terus mengikut Abang Adam. Raysha sudah menanti di dalam kereta. Suka sangat dia apabila aku masuk ke dalam kereta. Terus sahaja dia memeluk dan mencium pipiku. Terubat rindu!

***

Adam

SEMUA yang aku upah telah bersiap sedia. Tikar yang dibentang dan makanan yang disediakan juga menepati arahan. Kek hari lahir untuk Raysha, cuma tinggal untuk ditiup lilinnya sahaja.

Raysha sudah melompat gembira saat melihat belon-belon yang diletak mengelilingi tikar yang dibentang di Taman KLCC itu.

"Okey, kita dah boleh potong kek. Yeayy!" Raysha yang nampak sibuk dengan belon yang pelbagai warna terus menukar tumpuan kepada kek di atas tikar.

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now