Bab:78

3.3K 128 9
                                    

Arianna

PAGI-PAGI lagi aku sudah sibuk di dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Memandangkan hari ini adalah hari cuti, aku sengaja menyediakan sarapan sedikit istimewa.

Nasi lemak bersama dengan rendang ayam. Tambahan pula, Nadia juga akan berkunjung ke sini. Sekejap lagi, pasti dia sampai.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke sini bukannya jauh mana. Dalam tiga jam perjalanan sahaja. Tambahan, Nadia sudah bertolak selepas Subuh tadi.

Tepat jangkaanku, Nadia tiba saat aku dan acik sedang sibuk memunggah hidangan ke pangkin. Mak Ngah pula sedang sibuk menuang air panas ke dalam cawan.

Nadia terus sahaja mendapatkan Mak Ngah dan bersalaman. Kemudian, barulah dia meluru ke arahku dan memelukku erat.

"Yana, rinduuuu..." pekik Nadia. Aku membalas pelukannya. Aku pun rindu.

"Kau sihat? Baby sihat?" soal Nadia prihatin.

"Alhamdulillah..." Nadia usap perutku yang semakin membuncit itu perlahan-lahan.

"Weh..." Aku dan Nadia berpaling memandang acik di belakang kami.

Acik depakan tangannya luas-luas. Aku dan Nadia sama-sama pelik.

"Kau apa hal?" tanya Nadia hairan.

"Nak hug juga?" Acik buat muka kesian. Tangan masih didepa luas.

"Banyak la kau. Mengada!" Aku tertawa lepas apabila melihat Nadia mencubit lengan acik.

"Apa ni wei, sakit la. Orang nak hug je, cubit yang dia bagi." Acik gosok lengan yang dicubit Nadia berkali-kali.

"Sudah la tu. Meh makan. Penat Yana masak dari pagi. Tak kenyang pun  bertekak tu." Diam terus budak berdua itu ditegur Mak Ngah.

Aku masih juga tidak lekang dengan sisa ketawa. Namun, terus mendapatkan Mak Ngah yang lincah mencedok nasi lemak ke atas pinggan.

Perasaan bahagia terasa meresap ke jiwaku. Melihat kemesraan acik dan Nadia, benar menceriakan pagiku.

Tanpa mereka semua, entah bagaimana aku dapat meneruskan hidup.

Selesai sarapan, Mak Ngah terus meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Ada kerja katanya.

Tinggallah kami bertiga di pangkin  tersebut. 

"Yana..." Tiba-tiba Nadia mengubah suasana.

Suaranya tidak seceria tadi. Aku terus memandangnya, begitu juga acik.

"Kau tahu, semalam aku jumpa Fahri." Tersentak aku! Terhenti segala perbuatanku.

Jantungku mula berdegup pantas. Tidak sabar mahu mengetahui keadaan belahan jiwaku itu.

"Dia okey, Nad? Sihat tak? Ada dia cakap apa-apa pada kau?" Bertalu soalanku. Sungguh aku sangat mahu mengetahui tentangnya.

Nadia ambil tanganku dan dia genggam erat.

"Dia sihat. Dia bagi tahu aku, dia rindukan kau. Rindu sangat."

Aku kemam bibir. Mata, kupejam rapat. Tangan Nadia, aku genggam lebih erat.

"Aku pun rindu dia." Setitik air mataku jatuh.

"Yana..." Nadia peluk bahuku.

"Aku... kesiankan Fahri. Dia ada tanya aku pasal isi hati kau." Aku pandang Nadia. Sayu!

"Dia macam kecewa. Kau tak nak berterus-terang? Kesian dia terseksa..." Aku tunduk, air mataku mengalir laju.

Kecewa? Sesungguhnya, aku lebih kecewa kerana terpaksa memendam rasa kasih dan cintaku terhadap suamiku.

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now