Bab:63 ☑

3.9K 181 77
                                    


ARIANNA terus memberikan notis perletakan jawatan 24 jam kepada pihak atasan. Pelbagai persoalan yang timbul, namun Arianna hanya menggunakan masalah peribadi sebagai alasan.

Walaupun, pihak atasan agak keberatan untuk meluluskan, ternyata mereka juga tidak mempunyai pilihan.

Arianna tekad benar nampaknya. Sebagai pampasan, Arianna telah membayar gaji sebulannya kepada pihak atasan. Sesuai dengan prosedur syarikat.

Paling terkejut adalah Maya dan Nina. Baru semalam mereka bergelak ketawa, masalah apa pula yang melanda Arianna?

"Dengan kami pun kau tak mahu cakap?" Muka Maya nyata muram. Berat untuk melepaskan Arianna.

"Selama ni, kalau Kak Yana ada masalah, elok je share dengan kami. Tapi sekarang?" Arianna juga turut bersedih.

Namun, demi memperjuangkan cintanya, dia harus akur. Ini pilihannya, dia akan cuba untuk terus kuat menempuh.

"Aku okey. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi lepas ni." Arianna sendiri merasa berat untuk melepaskan semua ini. Tapi, apakan daya.

Arianna mengemas barang-barang yang perlu dibawa bersama. Hari ini merupakan hari terakhirnya di ofis ini.

Dia tidak mahu berlengah lagi. Selepas ini, dia perlu ke rumah Fahri pula. Jam di tangan dipandang sekilas.  Hampir jam lima petang. Sebentar lagi pasti Fahri juga akan pulang.

Lama Arianna berdiri di hadapan pintu rumah Fahri. Dia rindu.

Tanpa berlengah, terus dia masuk ke dalam. Suasana masih sunyi. Fahri, masih belum pulang. Dia tahu, itu.

Seketika, Arianna melihat seluruh pelosok rumah. Allah, terlalu banyak kenangan di sini. Baru hampir sebulan dia tidak ke sini, dia sudah menjadi terlalu rindu. Dia tersenyum hambar. Pasti dia akan lebih merindukan semua ini nanti.

Sambil menanti, Arianna masuk ke dalam biliknya. Mahu berehat sementara menanti Fahri pulang.

Novel kesukaan diambil sambil membacanya di atas katil. Leka seketika dibuatnya. Terasa lupa dengan segala masalah. Sehinggalah dia mendengar bunyi pintu utama dibuka.

Fahri sudah pulang!

Tiba-tiba dia merasa seolah tidak sabar untuk bertentang mata dengan belahan jiwanya itu.

Agaknya, apa reaksi Fahri saat melihatnya nanti? Pasti terkejut.

Arianna tersenyum sendiri membayangkan keadaan itu. Bergegas dia bangun dari katil. Novel yang dibaca tadi diletakkan semula ke tempat asalnya.

Tapi, baru sahaja dia mahu memulas tombol pintu bilik, terdengar bunyi ketukan pada pintu utama.

Ada tetamu!

Arianna cuba bersabar. Terus mencongak sama ada mahu menunggu tetamu itu pulang terlebih  dahulu atau terus sahaja keluar.

Tetapi....

***

FAHRI pelik. Berkerut wajahnya. Siapa  pula yang datang pada waktu-waktu begini. Dia baru benar menjejak kaki ke dalam. Penat pun masih belum terlunas.

Dengan langkah longlai, dia menuju juga ke arah pintu utama. Baik berfikiran positif, mana tahu ada hal yang penting  pula.

"Hai, Fahri!" Fahri tergamam.

Aida!

"Hurmm, rindu sangat dengan I sampai terkedu macam tu sekali?" Aida tersenyum malu.

"You nak apa? Kenapa ke mari?" Fahri mula merasa tidak selesa.

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now