Bab:2 ☑

8.2K 233 35
                                    


AYAH memberi khabar tentang kakak.

Kakak koma!

Allahu...

Terduduk aku mendengarnya. Raysha yang sudah nyenyak tidur aku pandang. Air mataku deras mengalir. Membayangkan kemungkinan yang boleh berlaku, membuatkan aku takut. Aku tidak punya adik- beradik lain selain kakak. Andaikata terjadi apa- apa pada kakak, aku akan bersendirian.

Entahlah, apa yang aku tahu dari penceritaan ayah yang tidak seberapa, kakak kemalangan semasa dia memandu pulang ke rumah. Sedang, Abang Adam berada disebelahnya.

Pelik, mengapa begitu jadinya? Setahu aku, Abang Adam tidak membenarkan kakak memandu. Sejak mendapat berita tentang kehamilan kakak, walaupun saat itu baru berusia hampir satu bulan, Abang Adam telah menetapkan banyak pantang larang untuk kakak. Salah satunya adalah memandu.

Kini, Raysha sahaja sudah mencecah dua tahun enam bulan, tiba-tiba kakak memandu dan kemalangan pula.

Ya Allah!

Bagaimanalah agaknya Abang Adam melalui semua ini. Aku sangat berharap Abang Adam akan kuat melalui semua ini demi Raysha. Kasih sayang Abang Adam terhadap kakak, memang tiada tolok bandingan, namun aku harap ujian ini tidak akan melemahkannya.

***

SUDAH tiga hari kakak di hospital, barulah aku dapat melawatnya. Itu pun, selepas kakak dipindahkan ke wad biasa dari wad ICU. Mudah untuk membawa Raysha bersama melihat mamanya. Kerana, Abang Adam meminta kakak diletakkan di bilik khas.

Melangkah masuk ke dalam bilik yang dihuni kakak, hatiku terus dipagut perasaan sebak yang teramat.

Kakak, terbaring kaku. Wayar berselirat di badannya. Kepalanya, berbalut. Raysha terus meraung apabila mendapat tahu yang terbaring itu mamanya.

"Ibu, kenapa mama Acha tidur macam tu. Banyak benda kat badan mama. Acha nak peluk mama! Ibu...."

Aku cuba menenangkan Raysha, walau hakikatnya aku sendiri sedang rapuh saat ini. Air mata aku turut mengalir laju. Jatuh berjurai tanpa dapat kuseka lagi. Emak yang menyedari keadaan itu mendekatiku. Raysha didalam dukunganku diambil.

"Pergi tengok kakak. Cuba bawa bercakap dengan dia. Biar mak tengok Raysha." Raysha yang sudah beralih tangan masih juga menagis. Aku tidak dapat menumpukan perhatian kepadanya. Mataku, terpaku terus pada kakak.

Abang Adam pula berada di tepi kakak. Menggenggam erat tangan kiri kakak. Abang Adam juga kelihatan banyak bekas luka di sini-sana. Cuma tiada kecederaan teruk.

"Kakak..." rintihku dalam tangisan.

Tangisa, masih kucuba sedayanya untuk kukawal. Air mataku yang sedari tadi mengalir, kuseka dengan kedua tangan. Nafasku tarik dalam.

"Please, kuat untuk kami. Kakak jangan lemah tau!" Tangan kanan kakak kugenggam perlahan. Abang Adam yang bertentangan denganku hanya memandang sayu.

Tidak lama begitu, aku terus ke tandas untuk berwuduk. Lebih baik aku sedekahkan bacaan Yassin untuk kakak. Mana tahu, dapat membantunya ketika ini.

Ayah dan emak waktu ini telah membawa Raysha keluar untuk memujuknya. Sebaik melihat aku membaca surah Yassin, Abang Adam juga turut serta.

Alhamdulillah.

Tidaklah dia hanya meratap kosong di situ sepanjang hari.

"Abang menyesal. Semua ni tak akan jadi kalau abang tak ikut kemahuan kakak." Seusai bacaan Yassin, Abang Adam meluahkan perasaannya.

"Jangan cakap macam tu. Semua ni kehendak dari-Nya." Abang Adam menggeleng kepala berkali-kali.

"Entah macam mana, abang boleh setuju nak benarkan kakak memandu petang tu. Abang bersalah, Yana. Semua ni salah abang." Abang Adam kelihatan sangat tidak tenteram tika ini.

"Abang Adam, jangan bebankan diri dengan menyalahkan diri sendiri. Yana tahu abang sayang kakak. Kami semua pun sayangkan kakak juga. Semua ni takdir. Dah tertulis." Tiba-tiba Abang Adam merengus kasar.

"Sudahlah! Orang semua boleh cakap! Tapi bila menanggung, baru sedar beratnya macam mana." Aku tersentak.

Agak terasa dengan apa yang dikatakannya. Namun, cepat aku tersedar akan keadaannya saat ini.

"Entahlah, kalau Yana kata Yana faham apa yang Abang Adam rasa, mungkin Abang Adam tak percaya. Abang Adam tengah celaru sekarang, jadi Yana rasa, Abang Adam mungkin perlukan dorongan yang waras. Itu sahaja." Aku merenung kakak kembali. Lena betul kakak tidur.

'Kakak, sedar tak kami sangat risaukan kakak? Tengok sahaja Abang Adam, kasihan dia.'

"Abang rasa bersalah. Abang takut! Kalaulah jadi apa-apa yang buruk pada kakak." Abang Adam sudah semakin tenang.

Namun dia masih menyalahkan diri atas kejadian yang berlaku. Kasihan padanya. Kasihan juga pada kakak. Juga Raysha yang masih belum mengerti apa-apa.

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now