Bab:48 ☑

3.7K 127 22
                                    


Arianna

TELEFON pintar yang masih berdering kulihat kosong.

Abang Adam!

Tiga minggu sudah berlalu dari kejadian aku melarikan diri dari malam pernikahan kami, sekalipun dia tidak muncul apatah lagi menghubungi. Tapi hari ini...

Sudah sampai masanya untuk aku berdepan dengan Abang Adam, ke? Tapi, apa yang perlu aku katakan. Sudah terang lagi bersuluh, aku menolaknya. Dia sendiri pun tahu  sebelum majlis berlangsung lagi. Dia, nak salahkan aku, ke?

Aku tarik nafas lega. Deringan telah tamat. Aku... entahlah. Belum bersedia. Tapi, kelegaan itu tidak lama apabila sekali lagi telefonku berdering. Alamak!

Sampai bila nak lari? Sedikit sebanyak, kau bersalah juga. Arghhhh...

Aku leretkan telefon untuk menjawab.

"Assalamualaikum." Salam diberi Abang Adam.

"Waalaikumsalam," jawabku. Gementar. Terdengar Abang Adam melepas ketawa kecil.

"Lamanya, nak angkat fon." Terangkat keningku. Suara dia, biasa sahaja. Macam tiada apa yang pernah terjadi pun.

"Yana sibuk tadi. Sorry..." bohongku.

"Tak apa. Abang faham. Abang yang mengganggu." Aku telan liur. Masih kekok sebenarnya.

"Abang call kenapa, ye?" Aku kerutkan muka. Tak sopannya. Aduh. Tapi Abang Adam ketawa sahaja.

"Macam ni, abang nak ajak Yana keluar lepas ofis, okey?" Aku terkedu. Keluar? Kenapa?

"Aa... hurmm..." Tergagap aku. Satu alasan pun tak terlintas. Macam mana, ni?

"Jangan risau, Yana. Abang bukan ada niat lain pun." Aku gigit bibir pula.

"Ada hal nak bincang fasal Raysha." Aku yang bersandar tadi sudah menegak badanku. Raysha? Kenapa dengan Raysha?

"Ada jadi apa-apa ke kat Raysha?" soalku cemas.

"Eh, tak. Bukan macam tu. Cuma, hurmm petang ni abang jemput Yanalah ye. Kita cerita." Alahai, kenapa tak cakap dalam telefon, je. Aku garu pula pelipis.

"Yana, kena tanya Fahri dulu." Aku sengaja membawa nama Fahri dalam perbualan ini. Untuk sedarkan Abang Adam.

Aku, isteri orang.

"TakkanlahbFahri tak izinkan. Kalau susah sangat, biar abang jumpa dia." Terbuntang mataku.

"Eh, tak payah kot. Yana boleh tanya sendiri." Haishhh, kelam-kabut hidup aku jadinya. 

"Okeylah. Petang nanti, abang tunggu kat bawah, ye. Assalamualaikum." Belum sempat aku membalas, Abang Adam sudah mematikan panggilan.

Telefon di tangan aku pandang lagi. Apa lagi, ni?

Kena bagi tahu Fahri, ni. Nanti, apa pula kata dia. Aduh, kalau dia tak izinkan, macam mana pula. Serabutlah!

Nombor Fahri terus kupilih. Tidak lama menunggu, Fahri menjawab panggilan.

"Assalamualaikum." Aku tersenyum sendiri.

Lembutnya suara dia. Kalau dengan perempuan lain pun, dia akan selembut ini, ke? Eh, kenapa pula boleh cemburu tiba-tiba, ni. Heheh...

"Waalaikumsalam," jawabku, selembutnya juga.

"Rindu, ke? Bukn lunch tadi kita makan sama-sama, ke?" Aku kulum senyum. Setiap saat aku rindu. Jawab dalam hati sahaja yang mampu.

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now