AriannaSELEPAS waktu rehat, Nina meminta aku ke kaunter. Katanya, ada kiriman bunga.
Lagi?
Pelik-pelik si pengirim bunga ni pun, sudah dua kali aku menerima kirimannya bukan pada hari Isnin seperti kebiasaan. Malas mahu memikirkan hal itu, aku terus ke kaunter mendapatkan Nina.
"Kesian Nina dengan admire akak ni." Aku memandang Nina. Pelik!
"Dah kenapa? Kenal pun tidak, nak kesian pula!" soalku padanya.
"Taklah. Sampai sekarang dia still setia kirim bunga. Padahal akak dah nak nikah. Kesian la kat dia." Aku melepas keluhan.
"Akak lagi kesian kot," bidasku.
"Kenapa?" tanya Nina laju.
"Yelah, sampai ke sudah akak tak tahu siapa pengirim. Cakap cinta bukan main, tapi sikit klu pasal dia pun dia tak pernah bagi." Nina menggigit bibirnya.
"Ye tak ye jugak. Kalau macam tu, Nina kesian lagi kat akaklah."
Terburai ketawa kami di situ. Ada-ada sahaja si Nina ni.Aku kembali semula ke tempatku dan mengambil nota yang diselitkan pada jambangan bunga tersebut.
'Setiap manusia berhak menentukan kebahagiannya. '
_AF_
Aku merenung nota itu lama. Ini lagi pelik. Siapa sebenarnya si 'AF' ini. Banyak kali aku perasan, nota yang dia selitkan pasti akan berkaitan dengan kehidupan semasa aku.
Kalau nak merenung nota itu lama-lama pun tak ke mana. Kalau nak memikirkan pasal si 'AF' pun, agaknya dah jenuh kot. Memang dah lama sangat isu ini.
Naik tepu!
Jadi, apa nak jadi, jadilah. Kalau tuan badan sendiri tak mahu munculkan diri, apa je yang boleh aku buat. Kan?
Sekarang ni, masalah aku lagi besar. Pernikahan aku dan Abang Adam, tinggal beberapa hari je lagi. Tapi, aku masih tidak bertemu sebarang jalan keluar. Agak-agak dah sampai masa untuk aku pasrah, ke?
Petang itu, semasa waktu pulang aku merasa sangat berat hati. Aku turun pun lewat. Jam waktu itu hampir pukul 6.30 petang. Entah mengapa, walaupun sudah masuk ke perut kereta, aku masih tidak mahu bergerak. Agak lama juga aku hanya diam di dalam keretaku.
Agak lama aku hanya mendengar celoteh deejay radio kegemaranku. Saat aku mahu bergerak pulang, aku terlihat kelibat Fahri. Dia baru mahu pulang. Walaupun sudah lewat petang, namun dia masih segak! Haishh, mata pun. Itu juga yang dia pandang dulu.
Fahri terus sahaja masuk ke dalam kereta. Tidak lama, keretanya pun bergerak dan tahu tak, apa yang aku buat? Ha, entah dari mana idea itu datang, aku mula mengekori kereta Fahri tanpa sedar. Tanpa disedari oleh Fahri, dan juga aku. Ya, aku betul-betul bertindak di luar kesedaranku.
Makin lama aku mengekorinya, aku semakin tertanya-tanya. Kenapa, jalan yang Fahri guna, sama dengan jalan ke rumah aku? Dari jalan besar, kini sudah masuk ke taman perumahan. Masih sama! Tapi, hanya lorong sahaja berlainan. Tidaklah jauh mana. Kalau dari rumah aku, tidak sampai sepuluh minit kalau berjalan kaki.
Ya Allah. Tak sangka betul. Selama ini aku dan Fahri berjiran? Tapi, kenapa sekali pun kami tidak pernah terserempak. Mustahil aku tak perasan kalau ada Fahri berdekatan aku. Tahu sahajalahkan, bagaimana perasaan aku terhadapnya? Jadi, kalau aku nampak kelibat dia sahaja pun, aku pasti akan perasan.
Betul!
Tapi, pelik sebab aku langsung tak pernah nampak Fahri di kawasan perumahan kami ini. Bukan jauh mana, pun. Hurmm....
Untuk kepastian, aku menunggu lagi di dalam kereta. Manalah tahu, kalau kebetulan dia hanya singgah di rumah kawan pula hari ini.
Tapi, sampai azan Maghrib berkumandang, kelibat Fahri masih juga tidak kelihatan. Selepas azan, saat aku mahu bergerak pulang, saat itu juga aku ternampak Fahri. Dia bersama seorang lagi lelaki, berjalan beriringan.
Hanya memakai kain pelikat dan baju melayu serta berkopiah. Aku rasa, pasti mereka mahu ke surau. Surau yang berdekatan dengan kawasan perumahan kami ini.
Jadi, betullah Fahri memang tinggal di sini? Dengan perasaan yang masih tidak menentu, aku memandu pulang. Memang aku dan Fahri tidak berjodohkah? Sehinggakan sedekat ini pun jarak kami, tapi kami tidak sekali pun bertembung?
Alahai...
***
SEHARI sebelum majlis nikah, emak merupakan individu paling sibuk aku rasakan. Walaupun, hidangan makanan telah di tempah, emak masih juga kelihatan sibuk. Entah apa sahaja yang emak sibukkan, aku pun tak pasti.
Rumah kami sedang dihias. Ruang tamu pun sudah bertukar rupa. Bilik aku juga, dihias cantik. Cadar ditukar baru.
Cantik!
Berwarna putih susu. Dengan bunga-bunga sulaman berwarna biru cair. Memang cantik! Dulang-dulang hantaran sebanyak sembilan dulang juga sudah tersusun rapi di ruang tepi bilikku. Telah siap cantik dihias rapi.
Di kawasan luar rumah pula, tiga buah khemah sedang didirikan. Walaupun, majlis nikah ini hanya menjemput saudara-mara terdekat dan jiran yang rapat, namun emak masih berdegil mahu memasang tiga buah khemah. Biar tetamu selesa katanya. Hmm, suka hatilah.
Sesungguhnya, segala keputusan memang di tangan emak. Aku langsung tak campur. Sampai baju nikah aku pun, emak juga yang pilihkan. Bukan sebab emak yang memaksa, tapi aku yang minta begitu. Aku memang tiada langsung keinginan untuk memilih.
Serabut!
Sebab, hatiku tidak langsung bersama denganku selama ini. Emak sudah tahu, Abang Adam juga. Tapi, mereka tetap memilih untuk meneruskan. aku? Entahlah. Pasrah mungkin!
Aku berkurung di dalam bilik. Melihat segala persiapan, membuatkan hatiku bertambah tidak tenang. Baju nikah yang sudah tergantung cantik di dalam bilik, aku tenung. Aku mengeluh kasar.
Bayangkan, semua persiapan sudah tersedia. Tapi, hati aku? Perasaan aku? Diri aku sendiri?
Masa yang ada tidak sampai 24 jam. Tapi, aku betul-betul tidak bersedia. Aku belum bersedia!
Ya Allah.
Kuatkanlah hati hamba-Mu ini. Tenangkanlah hatiku. Aku cuba untuk redha. Namun mengapa sehingga kini aku masih tidak rela.
Allahhu...
Sesungguhnya, hanya Engkau Yang Maha Mengetahui. Aku lemah Ya Allah!
Lemah...
YOU ARE READING
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
RomanceCover by :: @HeyL_AryaN Pencapaian :: >Perfect Storyline_ White Arlyz Award >Classic Romance Winner (Alleged Happines) _ Best Book Award (BBA) >Romance Winner _ Helios Award Arianna keliru dengan keputusan yang perlu diambil. Perlukah dia menerusk...