Bab:53 ☑

4.3K 151 6
                                    


Fahri

AKU tersedar apabila mendengar esakan Arianna. Ya Allah, apa yang aku dah buat!

Terus aku bangun dan membelakangkan Arianna. Arianna juga kelam kabut menarik selimut menutup tubuhnya.

Aku kaku! Tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Kata-kataku mati.

"Maafkan saya..." Hanya sebaris itu yang terlintas dan aku terus bingkas bangun dan keluar dari bilik Arianna.

Masuk sahaja ke dalam bilikku, aku mula mundar-mandir. Fikiranku sedetik pun tidak terlepas daripada memikirkan keadaan Arianna.

Bagaimana aku mahu berdepan dengannya lagi. Kenapa aku terlalu bodoh, sehingga tidak mampu untuk mengawal diri.

Arghhh!

Kepala yang sedia serabut kupicit berulang kali. Penat ke hulu ke hilir, aku duduk pula di birai katil.

Keluhan demi keluhan aku lepaskan. Aku betul-betul menyesal dengan   tindakan bodoh aku ini!

Ah, hanya kerana cemburu aku terus bertindak hingga sebegini.

Tadi, aku sengaja berjaga, mahu menunggu sehingga Arianna pulang. Aku mahu melihat sendiri dia selamat pulang dan memastikan keadaannya baik-baik saja.

Sebaik terdengar bunyi di luar rumah, aku terus bergegas untuk membuka pintu. Tetapi.... 

Aku terdengar suara Arianna juga suara seorang lelaki. Adam?

Jadi, aku pun mengintai di lubang pintu masuk. Ya benar, Adam sedang bersama Arianna.

Hatiku yang sedari tadi cuba menahan sabar sejak menerima panggilan daripada Aida juga Arianna yang memungkiri janjinya yang mahu pulang awal, terus terasa mahu meletup!

Di depan mataku, aku menyaksikan kemesraan di antara Arianna dan Adam. Walaupun, aku tidak dapat melihat reaksi Arianan kerana dia membelakangkan aku, tapi reaksi daripada Adam sudah cukup menunjukkan kemesraan yang terjalin di antara mereka.

Tambah menyakitkan hati, apabila Arianna berulang kali mengatakan dia penat, letih! Aku mula berfikir yang bukan-bukan.

Tapi, tadi dah terbukti. Arianna tidak bersalah pun. Dia masih... suci!

Oh, Tuhan! Apa yang sudah aku lakukan?

Adakah Arianna akan memaafkan aku?

Atau dia akan membenci diriku?

***

PAGI-PAGI lagi aku sudah terburu-buru bersiap. Tidur pun sudah tidak boleh lena. Aku mahu bertemu Arianna. Aku mahu meminta maaf padanya.

Kalau perlu, aku akan berterus-terang sahaja padanya. Ya, aku sudah nekad! Jika hari ini, yang sudah ditetapkan untuk Arianna mengetahui segalanya, aku sudah bersedia. Selesai bersiap, aku terus ke ruang depan.

Masih sunyi.

Ah, mungkin Arianna masih di dapur. Menyediakan sarapan seperti biasa. Laju langkahku bawa ke dapur. 

Kosong!

Aku terus terpempam. Jatuh bahuku. Saat ini, baru aku benar-benar tersedar.

Bodoh betul aku fikir semuanya akan menjadi normal selepas apa yang telah aku lakukan.

Ah, macam mana aku boleh terfikir Arianna akan bangun pagi seperti biasa dan membuat sarapan? Kemudian kami akan makan bersama-sama sebelum berangkat ke tempat kerja.

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now