Bab:27 ☑

3.6K 114 1
                                    


Arianna

SETELAH berhari-hari aku berhempas-pulas menyiapkan kerja-kerja yang berlambak, akhirnya hari ini aku mampu menarik nafas lega. Kerja-kerjaku mula tersusun semula.

Ya, aku lebih gemar menyusun setiap kerja mengikut keutamaan. Lebih memudahkan untuk aku. Kalau orang lain, aku tak tahulah.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan kehadiran Nina di ruang kerjaku. Dia terus duduk melutut di tepi mejaku. Menyembunyikan diri dari dilihat oleh orang lain, terutama bos kami. Maklumlah sekarang waktu bekerja. Mana boleh nak berbual-bual sesuka hati.

"Kenapa?" soalku sambil memandangnya cemas.

Mahu tak cemas kalau sudah seperti lipas kudung datangnya tadi. Nina tersengih. Eh, budak ni!

"Nina nak cepat ni, sekarang kat kaunter tengah tak ada orang." Nina memandang ke kiri dan kanan. Aku turut memandang arah yang sama.

"Kenapa?" tanyaku lagi dengan nada tidak sabar. Dah kenapa pula dengan Nina ni?

"Ni, ha. Nina nak ajak Kak Yana pergi dinner malam minggu ni, Kak Yana nak ikut tak?" Terkerut dahi aku.

"Dinner? Dinner apa pula ni?" soalku padanya.

"Macam ni, ofis sebelah nak buat annual dinner malam minggu ni. Sofi ajak Nina pergi." Ofis sebelah?

Bukankah itu ofis sama di mana Fahri bekerja? Tidak semena jantungku berdegup laju. Haishh....

"Dah tu?" soalku dalam percubaan untuk menyembunyikan getaran di dadaku.

"Hurmm, actually Nina nak minta tolong Kak Yana..." Nina diam seketika dan memandangku. Aku mengangkat kening tanda bertanya.

"Macam ni, Kak Yana tahu kan parents Nina?" Aku mengangguk.

Walaupun hubungan antara aku dan Nina tidak serapat seperti aku dan Nadia, namun aku turut mengenali keluarga Nina. Nina biasanya dihantar dan dijemput oleh ahli keluarganya. Maklumlah anak bongsu.

"Masalahnya, kalau Nina pergi dengan Sofi, parents Nina mesti tak izinkan. Yalah, kita orang mana ada transport. Lagi pula majlis tu mula lepas Isyak, dah tentulah habisnya pun lewat."

Nina mula bercakap dalam nada memujuk. Aku pula sudah mula mengerti akan tujuan Nina itu. Sudah tentu dia mahu aku ikut serta supaya ibu bapanya mengizinkan dia pergi ke majlis itu untuk menemani Sofi.

"Tapi, boleh ke orang luar macam kita pergi majlis tu. Nanti, malu pula kena halau." soalku pada Nina.

"Boleh kak. Sofi dah awal-awal tanya kat bos dia. Lagipun, ramai yang bawa family. Tunang, boyfriend, girlfriend pun boleh bawa. Takkan kawan tak boleh?" Aku mencebik. Ada-ada jela kalau nak minta tolong.

"Dah tu, kenapa Sofi tak bawa family dia?" soalku lagi.

"Itulah, date yang sama tu, mak ayah dia kena balik kampung. Saudara dia kahwin. Itupun, jenuh dia pujuk mak ayah dia. Kalau tak, dia pun kena ikut balik kampung sekali." Aku mengangguk faham.

"So, boleh tak ni?" tanya Nina. Meleret suaranya.

"Akak tak surelah. Akak fikir dulu, boleh?" Nina menarik muncung.

"Hei, janganlah macam ni. Akak janji, sebelum balik akak bagi jawapan." Aku mencuit dagu Nina. Dia sekadar mengangguk lesu. Haish, manja betul budak seorang ni.

Sepanjang hari, aku asyik memikirkan tentang ajakan Nina itu. Bersetuju atau tidak?

Aku yakin, majlis itu pasti akan ada Fahri. Pasti lebih mudah mahu terserempak dengannya. Entahlah, tapi aku mengharapkan kami akan punya masa yang lebih untuk diluangkan bersama. Gatal, mengada-ngada? Ah, lantak lah. Aku tak kisah semua itu. Lagipun, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum aku bergelar isteri orang.

Selepas menjadi isteri nanti, aku sudah wajib menjaga maruah suami pula. Maruah keluarga, keluarga mertua. Masa itu, aku yakin, sudah tentu aku tidak akan boleh nak berbuat sesuka hati lagi. Jadi, sementara ada masa ini baik aku lakukan apa yang mampu. Aku bukan mahu berlebih-lebihan. Cukuplah sekadar aku dapat melihat dia dalam jangka masa yang lebih lama dari waktu rehat tengah hari aku. Itu sahaja pun yang aku mahukan.

Sumpah!

Jadi seperti dijanjikan, sebelum waktu pulang aku memberikan persetujuanku kepada Nina. Punyalah gembira, sampai tidak menyempat dia menelefon Sofi untuk memaklumkan berita tersebut. Hatiku juga turut merasa gembira melihat kegembiraan Nina itu. Selepas itu, aku mula berkemas-kemas untuk pulang. Aku melihat jam di tangan, 5.25 petang. Tanpa berlengah, aku terus keluar dari pejabat dan menuju ke parkir kereta.

Tumpuanku terganggu apabila aku terdengar bunyi yang agak riuh berhampiran tempat aku memakirkan kereta. Meliar mataku, dan terhenti saat aku terpandangkan Fahri yang tika itu cuba menenangkan seorang pemuda yang sedang dalam keadaan marah.

Mataku terus sahaja menangkap susuk gadis yang bersembunyi di belakang Fahri. Gadis gedik tempoh hari! Apa kes, ni?

Macam bergaduh! Jangan kata, Fahri dan pemuda tersebut bergaduh semata-mata untuk berebut gadis gedik tersebut.

Biar betul?

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now