Bab:54 ☑

4K 141 28
                                    


Fahri

"APA kes ni?" soal Wan semasa Arianna sedang diperiksa oleh Doktor Anisa di dalam bilik.

Aku hanya gelengkan kepala. Belum bersedia untuk bercerita.

Mataku, masih juga tertumpu ke dalam bilik. Melihat Arianna yang sedang dirawat.

"Thanks bawakan Doktor Anisa. Aku, memang dah tak boleh nak fikir."

Wan menepuk bahuku.

"Chill la, benda kecil."

Tidak lama, Doktor Anisa keluar dari bilik tidur Arianna. Terus menuju ke arah kami berdua.

"Macam mana, Doktor Nisa?"

Doktor Anisa sebenarnya adalah kenalan aku dan Wan semasa kuliah. Mujur ada dia, boleh minta tolong merawat Arianna di rumah.

"Okey. Wife kau cuma demam panas. Lepas makan ubat, dia okeylah tu. Jangan lupa pula dapatkan ubat yang aku dah senaraikan ni."

Aku ambil kertas kecil yang dihulurkan Doktor Anisa. Selesai semua, Doktor Anisa pun berlalu meninggalkan kami.

"Aku rasa macam ada yang tak kena."

Aku terus menoleh memandang Wan di belakangku.

"Apa?" soalku sepatah.

"Baik kau cerita kat aku." Aku mula serba salah.

Aku dan Wan memang rapat. Selama ini, segala rahsia aku dia yang menyimpan. Begitu juga sebaliknya. Tapi, bab yang satu ini, aku jadi malu pula nak berkongsi.

"Aku ni kenal kau bukan sehari dua, Fahri. Sekilas ikan di air, sudah aku tahu jantan betinanya. Dah, baik kau cerita je."

Akhirnya, aku mengalah. Benar kata Wan. Aku, memng tidak mampu menyembunyikan apa-apa pun daripada pengetahuannya.

Jadi, malam ini aku ceritakan segalanya. Bermula dengan Adam dan niatnya untuk memiliki Arianna sehinggalah ke kejadian 'itu'.

"Ya Allah! Kau dah kena rasuk ke, apa?" marah Wan kepadaku.

Aku sekadar berteleku memandang lantai. Sedar, kesalahan sendiri.

"Patutlah Arianna sampai demam panas. Sampai betul hati kau!"

Aku telan liur. Perit! Ditambah perasaan malu lagi. Haishhh, mana nak diletak muka yang sudah tebal berinci-inci ini.

Kalau Wan sudah bereaksi seperti ini, agak-agaknya bagaimana pula penerimaan Arianna?

"Aku... entahlah! Aku marah sangat waktu tu! Lagi-lagi bila aku nampak apa yang Adam buat kat depan pintu tu."

Terdengar keluhan dilepaskan oleh Wan.

"Masalah sekarang, yang kau lepas kat Arianna, kenapa?"

Aku sekadar mampu menggeleng kepala.

"Fahri, aku rasa dah sampai masa kau kena berterus-terang pada Arianna. Kau nak tunggu apa lagi. Kau sendiri dah mungkir janji!"

Kali ini aku pula lepaskan keluhan. Ya, aku sedar aku telah memungkiri janji kepada Arianna.

Tapi, berterus-terang?

"Kau nak tunggu lagi? Ya Allah Fahri, kau jangan main-main hal macam ni."

Aku pandang kosong ke arah Wan. Aku, buntu!

"Dengarlah cakap aku kali ni. Dah sampai masa Arianna tahu hal sebenar. Dia pun berhak tentukan hidup dia. Tapi, kalau kau asyik berlengah, aku risau kau akan hilang semua."

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now