AriannaKEHADIRAN lelaki itu segera aku khabarkan pada Nadia.
"Ye ke Acik balik? Ya Allah, rindu aku kat dia tau." Aku jauhkan sedikit telefon pintar dari telinga.
"Cakap jangan menjerit, boleh?" perliku. Nadia ketawa kecil.
"Wei, Mak Teh tak bagitahu ke aku tinggal kat sini, sekarang?" Keraguan, aku luahkan pada Nadia.
"Mesti Mak Teh tak bagitahu. Acik tu, masa Mak Teh tinggal sana pun dia jarang balik. Masa raya jela nak dapat jumpa dia. Boleh jadi Mak Teh tak terfikir yang Acik akan ke sana, lagi-lagi Mak Teh dah tak duduk situ," terang Nadia kepadaku.
"La, macam tu ke? Tapi, aku dah jadi serba salah ni. Ini rumah dia, tapi dia pula kena menumpang dekat rumah Mak Ngah." Nadia cuma membalas rasa serba salahku dengan ketawa sengalnya.
"Ala Yana, kau tak payah nak serba salah sangat la. Acik tu, mana-mana pun dia boleh hidup. Lagipun, kami semua dengan Mak Ngah memang boleh ngam. Kau sendiri pun ngam dengan Mak Ngah, kan?" Betul juga apa yang Nadia katakan itu. Sedikit lega perasaanku mendengarnya.
"Kalau kau dah cakap macam tu, okey la." Aku beralah.
"Weh, hurmmm acik tu... Hensem, kan?" Terbuntang besar mataku.
"Serius la Nad... Sepupu kau, tu." Nadia berdekah-dekah ketawa di talian sana.
"Ala, sepupu boleh nikah la..." Sekali lagi ketawanya berdekah.
"Tak sabar nak balik sana. Nak jumpa my dearest acik," kata Nadia dengan ketawa yang masih belum reda.
"Yela, dah ada acik kau, aku ni kau tak kisah dah la kan? Fahammm..." Nadia ketawa lagi.
Amboi, punya la bahagia. Sakit pula hati kita!
" Weh, kau tu... tetap kesayangan aku. Sampai mati!" Alamak!
Dia punya sweet, sampai potong kaki.
***
PAGI itu, seperti biasa aku akan sibuk menyediakan sarapan untuk makan bersama dengan Mak Ngah.
Hari ini, aku menyediakan cucur ikan bilis. Teringin sangat, sampai kecur air liur dibuatnya.
Seteko teh panas sudah kusediakan. Aku letakkan bersama tiga biji cawan di dalam dulang.
Baru sahaja mahu melangkah keluar, acik sudah terburu-buru berlari menghampiri aku.
Oh ya, sejak berbual dengan Nadia semalam... aku juga sudah terbiasa memanggil lelaki ini acik. Tidak peduli lagi, apa nama sebenarnya.
"Saya tolong bawakan." Acik hulurkan bantuan. Terus dulang di tanganku diambilnya.
Aku hanya membiarkan. Selipar kusarung dan mengikuti langkah acik menuju ke pangkin.
"Mak Ngah mana?" soalku pada acik. Tidak selesa hanya berdua dengannya begini.
"Tengah buat nasi goreng. Nak siap dah tu." Aku tidak jadi duduk, terus mengatur langkah menuju ke rumah Mak Ngah. Tapi langkahku terbantut.
"Nak pergi mana?" soal Acik.
Aku menoleh memandangnya. Tidak menjawab, cuma menunjukkan tangan ke arah rumah Mak Ngah.
"Ish, tak payah la. Meh la duduk sini. Jangan la ganggu Mak Ngah tu." Aku tersengih. Sungguh serba salah.
"Kejap lagi Mak Ngah keluar la." Aku atur semula langkah mendekati pangkin.
Acik sedang sibuk menuangkan teh panas ke dalam cawan.
"Pak Ngah tak balik lagi?" soalku cuba menghidupkan suasana. Padahal, aku sudah maklum benar jam berapa baru Pak Ngah akan pulang dari surau.
"Belum," jawabnya bersahaja.
Acik menghulurkan secawan teh panas kepadaku.
"Terima kasih." Acik membalas dengan senyuman cuma.
"Hurmmm, nak rasa boleh?" soal acik sambil tangannya pantas mencapai cekodok ikan bilis di dalam pinggan.
Eh, dia tanya... tapi belum dijawab dia dah masuk ke dalam mulut pun. Adeh!
"Sedapnyaaa... " puji acik.
"Acik suka ke?" soalku. Sungguh, aku memang menjadi kekok tika ini.
"Eh, awak panggil saya acik? Mana tahu ni?" Acik buat muka pelik. Sumpah kelakar!
"Nad... Semalam Yana call Nad, bagitahu pasal acik," jawabku.
"Owh, si Nad sengal tu? Hurmm, nama awak, Yana? So, acik panggil Yana la ye." Aku senyum dan mengiyakan sahaja.
Saat itu juga kelibat Mak Ngah kelihatan keluar dari dapur. Lega!
Baru aku terfikir mahu membantu Mak Ngah, acik terlebih awal mendahului aku. Laju dia berlari mendapatkan Mak Ngah dan membantu Mak Ngah membawa nasi goreng ke pangkin.
Mak Ngah sampai ke pangkin dengan termengah-mengah.
"Tula Mak Ngah, Yana dah kata tak payah susah-susah, tengok dah letih..." Mak Ngah masih tercungap-cungap mencari nafas.
Mak Ngah selalu macam ni. Kalau dihalang nanti kecil hati. Tapi tengoklah, tak sampai hati tengok dia letih macam ni.
"Biasalah, Yana. Mak Ngah ni dah tua... macam ni la." Mak Ngah ketawa kecil di akhir ayatnya.
"Korang selalu ke makan kat sini?" celah acik tiba-tiba.
"Hari-hari..." jawab aku dan Mak Ngah serentak.
Terus ketawa kami bertiga meledak.
"Sudah ketawa tu, mari kita makan. Mak Ngah dah lapar ni."
Acik lincah mencedok nasi goreng dan dihulur kepada aku dan Mak Ngah.
"Sementara acik ada ni, biar acik yang layan korang yea..." Mak Ngah dan acik tertawa.
Aku juga, namun jauh di sudut hati... Aku sungguh rindukan semua kesayangan aku yang jauh di sana.
Hatiku memberontak, namun segalanya terpendam. Ah, tidak mudah semua ini untuk aku.
Fahri...
Betapa aku sungguh rindukan dia. Sukarnya perjalanan untuk mengecap sebuah kebahagiaan. Namun, aku pasrah. Aku redha.
Sakit ini, pasti akan memberikan seribu kemanisan nanti.
Ya, nanti...
Aku yakin itu.
Pasti.
Fahri, your honey miss you so much.
Soo muchhh.
YOU ARE READING
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
RomanceCover by :: @HeyL_AryaN Pencapaian :: >Perfect Storyline_ White Arlyz Award >Classic Romance Winner (Alleged Happines) _ Best Book Award (BBA) >Romance Winner _ Helios Award Arianna keliru dengan keputusan yang perlu diambil. Perlukah dia menerusk...