Bab:44 ☑

4.2K 138 16
                                    


Fahri

ARIANNA masih lagi termenung di balkoni sambil memandang ke luar. Sudah lama dia berkeadaan seperti itu. Sejak dari kami sampai, sehinggalah ke saat ini.

Aku tahu dia diselubungi kesedihan. Mungkin juga kekesalan. Aku tahu, bukan mudah untuk mengharungi kembali hidup apabila menentang arus. Perlahan-lahan aku mendekatinya.

"Lama sangat awak kat luar ni. Masuk angin nanti." Arianna sekadar memandangku sekilas. Tersenyum,  namun hambar.

"Ingat mak?" Arianna mengetap bibirnya.

Aku bersandar di dinding balkoni. Arianna masih lagi membuang pandangannya jauh entah ke mana. Aku yang berkedudukan bertentangan dengannya, jelas melihat riak wajahnya yang kesedihan.

"Awak tak suka rumah ni?" soalku lagi.

Sebenarnya, aku sekadar ingin memancing Arianna untuk menyertai perbualan ini. Kalau boleh aku ingin dia melupakan segala kepahitan apabila bersama denganku.

Arianna melepaskan keluhan. Dia menoleh memandang aku.

"Saya ni, pentingkan diri, kan?" Berkerut dahiku. Lain yang aku tanyakan, tapi lain pula jawapan yang aku perolehi.

"Kenapa, ni?" soalku.

"Saya tak pernah macam ni. Selama ni, saya bukan jenis yang berani nak bertindak. Saya selalu akan fikir baik buruk tindakan saya. Tapi, tak tahu kenapa, saya jadi macam ni. Saya abaikan semua. Family saya, family Abang Adam. Saudara-mara, jiran-jiran. Semua orang pasti akan mengata. Mak dengan ayah, pasti malu. Family Abang Adam lagi."

Arianna mengeluh. Air matanya, bergenang.

"Awak menyesal?" dugaku. Arianna menggeleng.

"Bukan. Tapi, entahlah!" Arianna memicit pangkal hidungnya. Tertekan mungkin dengan situasi begini.

"Macam-macam yang ada dalam fikiran saya ni. Awak lagi." Aku menoleh memandangnya.

Aku?

Namun aku memilih untuk terus mendengar tanpa mencelah.

"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi saya betul-betul rasa bersalah. Saya heret awak masuk dalam masalah saya."

Arianna menyapu matanya. Menangis, aku yakin dia menangis! Suaranya juga sudah berubah.

"Saya langsung tak fikir pasal awak, kan? Macam mana dengan kehidupan awak lepas ni, keluarga awak. Kawan-kawan awak. Teman wanita, ah saya runsing! Saya pasti selain Aida, ada je perempuan lain yang ada dalam hidup awak. Macam mana awak nak atur semula hidup awak lepas ni. Lepas apa yang dah saya buat. Bodohnya saya."

Arianna meraup wajahnya. Esakannya jelas. Aku hilang kata-kata. Sejauh itu dia memikirkan semua ini.

Ya, dia betul. Andai aku tiada apa-apa perasaan terhadapnya, mungkin semua ini adalah masalah besar untuk aku.

Tapi, dia tidak tahu yang aku sangat gembira dengan apa yang terjadi ini. Perlukah aku katakan padanya sekarang? Tapi, kalau dia tidak menerima bagaimana?

Aku tidak mahu menambah masalah yang baru sahaja dia hadapi ini. Dia masih tertekan, runsing, bersedih. Kalau berterus-terang tetapi hanya akan menambah lagi masalah, ah biarlah dahulu. Aku pasti akan berterus-terang padanya. Tapi, biarlah keadaan sudah semakin baik dahulu.

"Saya takut awak benci saya. Saya dah tak mampu nak hadap walau satu sahaja lagi kebencian orang terhadap saya. Cukuplah dengan emak. Saya tak kuat." Tangisan Arianna semakin kuat.

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now