Fahri
SEPERTI biasa, malam ini aku akan menghubungi belahan jiwaku. Yang jauh entah di mana.
Hanya saat begini, aku dapat melepaskan kerinduan yang semakin sarat di dalam dada.
Tapi, rasa rindu yang membuak-buak ini... tidak pernah mahu surut. Malah, semakin melimpahi ruang hati yang dihuni hanya oleh dirinya.
Aku, seringkali diselubungi perasaan rindu terhadapnya. Fikiranku, tidak pernah lepas daripada memikirkan dirinya.
Setiap saat, setiap detik... hanya dia yang memenuhi fikiran dan jiwaku.
Oh Tuhan, aku sungguh rindukan dia.
"Honey sihat?" Soalan wajib untuk aku tanya, aku ajukan.
"Sihat, awak?" Dia juga akan membalas begini. Acapkali.
"Sihat, cuma..." Aku berjeda seketika.
"Cuma?" soalnya. Dengarnya seperti cemas. Adakah dia benar peduli akan diriku?
"Saya rindu... Rindu honey saya yang entah di mana!" Dia diam di talian sebelah.
"Honey?" panggilku. Lama sedikit baru terdengar suaranya.
"Ermmm..." Aku pejam mata rapat-rapat.
Apa sebenarnya rasa dirimu terhadap aku, Arianna?
"Semalam saya pergi rumah ayah." Aku sengaja menukar topik perbualan.
Sesungguhnya, aku benar ingin mengetahui rasa hatinya. Namun, aku tidak mahu memaksa.
Aku dan dia sedang berjauhan. Malah, di mana kedudukannya juga aku masih tidak tahu. Jadi, aku tidak mahu isu perasaan dia terhadapku hanya membangkitkan aura negatif di antara kami.
"Awak ke sana? Mak dan ayah, okey?" Ada sendu di hujung ayatnya. Aku pasti, dia rindukan mereka. Kasihan Arianna.
"Ayah okey, macam biasa. Emak pun, masih macam biasa." Diam.
"Honey, do you miss them?" Dia masih diam.
Agak lama hanya sebuah keluhan yang mampu kudengar.
"Honey?" panggilku lagi.
"Saya rindu sangat." Kali ini, aku yang terdiam. Dia... menangis!
"So, kenapa awak tak call ayah?" tanyaku lembut. Tidak mahu mengguris hatinya yang sedang berduka.
"Tak nak!" jawabnya dalam suara yang dikawal. Namun masih jelas dia masih menangis.
"Kenapa?" soalku lagi.
"Entah." Kali ini aku ketawa kecil. Hai, nasib la jauh. Rindu pula dengan karenah manja isteri aku ni.
"Awak terasa ye dengan mereka. Jadi, awak tak nak call. Macam tu?" Namun, hanya sendu Arianna yang menampar gegendangku.
"Janganlah menangis. Saya jauh ni. Nak pujuk awak macam mana?"
Aku, benar tidak pandai memujuk. Kalau dekat tu, senanglah. Tapi sekarang ni, jauh!
"Saya okey."
Aku tahu dia masih bersedih. Dari suaranya sahaja aku tahu.
"Honey, nanti call ayah ye. Tak baik awak diam macam ni. Ayah risaukan awak." Aku masih mencuba.
Aku tahu, hanya dia tahu apa yang dia rasakan kini. Tapi, sebagai suami... aku perlu menegur. Mereka ibu dan bapanya. Biar bagaimanapun, mereka tetap perlu dihormati.
YOU ARE READING
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
RomanceCover by :: @HeyL_AryaN Pencapaian :: >Perfect Storyline_ White Arlyz Award >Classic Romance Winner (Alleged Happines) _ Best Book Award (BBA) >Romance Winner _ Helios Award Arianna keliru dengan keputusan yang perlu diambil. Perlukah dia menerusk...