Bab:36 ☑

4K 118 2
                                    


Arianna

HARI ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua. Tapi, tidak bagi aku. Sepanjang hari ini aku hanya mampu merasa, cemas dan gelisah. Sungguh, tiada kata yang mampu aku ungkapkan untuk menggambarkan apa yang aku rasa saat ini.

Sudah berhari-hari aku lakukan istikharah. Namun, tiada satu pun petanda yang dapat aku fahami dengan mudah. Apakah maksudnya?
Aku buntu!

Sekarang, jam sudah menghampiri lapan malam. Selepas Isyak pula, majlis akad nikah akan bermula. Aku semakin gelisah. Ke hulu ke hilir bagi mengubati hati yang resah, namun apa yang aku rasa cuma bertambah resah. Arghhh!

"Babe, apa kau ni. Naik pening mata aku tengok kau ni. Ke hulu ke hilir. Dah macam cacing kepanasan. Dah, kenapa?" Aku hanya memandang Nadia sekilas. Aku benar-benar buntu. Tiada ayat langsung dikepalaku bagi membalas kata Nadia tadi.

"Wei, Yana!" Nadia meninggikan nada suara. Aku berpaling. Tapi, rasa resah itu masih terus bermukim.

"Kau ni kenapa? Kau dengar tak apa aku cakap?" Mata Nadia terus mengekori gerakku.

Langkah aku hentikan. Memandang Nadia. Lantas aku mengambil tempat di sebelahnya. Tangannya aku ambil dan aku genggam.

"Weh, sejuk gila tangan kau, babe." Aku memandang Nadia. Tanganku masih menggenggam tangannya.

"Nad..." lirih suaraku. Nadia memandang aku. Pandangannya penuh kerisauan.

"Serius. Aku dah banyak kali sangat fikir hal ni. Aku tak boleh, Nad. Tak boleh." Nadia menggigit bibir. Memandangku tidak percaya.

"Kau... merepek apa ni, babe?" Nadia bersuara. Perlahan seakan berbisik.

"Please, Nad. Aku tak nak semua ni. Aku nak lari, yes aku kena lari!" Dah seperti orang hilang akal aku mengeluarkan kata. Terbeliak mata Nadia.  

"Kau jangan macam-macam. Kejap lagi je nak nikah dah ni. Kau kenapa ni?" Seperti juga aku, Nadia mula  menjadi tidak tentu arah.

"Entah. Aku buntu. Aku keliru. Yang aku tahu, aku tak nak jadi isteri Abang Adam. Sumpah! Tolong aku, Nad. Apa aku nak buat ni?" Nadia semakin pucat mukanya. Dia menggaru kepala.

"Takkan kau nak lari? Nak pergi mana? Hujan pulak sekarang ni?" Aku menggeleng.

"Fahri!" jeritku tiba-tiba. Nadia semakin terbeliak matanya.

"Aduh, Yana. Kau memang macam-macam ni. Jangan cakap kau nak lari pergi kat Fahri?" Aku hanya memandangnya. Sayu.

"Agak-agak la, wei. Betul ke kau ni?" Nadia merenung mataku. Mencari kepastian mungkin.

"Nad..." Tangannya aku genggam lebih kuat.

"Dah banyak kali aku fikir benda ni. Setiap kali pun, hanya saranan Fahri je yang terbit dalam otak aku, ni!" Nadia menggeleng kepalanya.

"Kau tahu tak, banyak kali dah aku buat solat istikharah. Aku tak dapat petunjuk pun. Boleh jadi, firasat aku ni petunjuknya." Jatuh rahang Nadia mendengar kata-kataku.

"Seriuslah wei. Boleh ke macam tu?" Aku pantas berdiri. Nadia juga terikut berdiri sekali.

"Aku tak kira. Aku kena lari. Aku nak lari, Nad. Aku dah cuba nak bincang dengan mak, dengan Abang Adam. Tapi, tak ada siapa peduli apa yang aku rasa. Kau rasa, kalau aku dah kahwin nanti, aku boleh ke nak undurkan diri. Memang tak! So, sebelum apa-apa, baik aku lari." Wajah Nadia sudah serba-salah.

Aku tahu, Nadia sangat faham apa yang aku rasa. Segala yang aku cuba sampaikan. Tapi, dalam masa yang sama, dia juga serba-salah. Dia rapat kot, dengan keluarga aku.

"Yana, malu mak dengan ayah nanti. Kau biar betul, ni? Janganlah buat aku takut." Suara Nadia sudah seperti mahu menangis.

Aku menggenggam lagi tangannya. Ingin meyakinkannya.

"Ya, aku tahu. Tapi aku tak ada pilihan. Nad, hari ni tetamu tak ramai. Baik aku lari sekarang. Malu tu, biar aku yang tanggung. Aku cuma harap, kau boleh sokong aku, Nad." Nadia sudah berair matanya. Aku menepuk-nepuk bahunya.

"Please..." rayuku lagi.

"Kau yakin, ke?" Laju aku mengiyakan.

"Apa yang bakal jadi pun, kau tak akan menyesal?" soalnya lagi. Aku mengangguk lagi.

"Macam mana kalau Fahri tak nak kahwin dengan, kau?" Aku terdiam. Sebenarnya, bukan Nadia sahaja yang terfikirkan soal itu. Aku pun. Tapi, aku tekad. Aku kena cuba!

"Apa pun, biar aku yang tanggung." Mendengar kataku itu, pantas Nadia menarik aku ke dalam dakapannya.

"Aku akan doakan kau. Aku nak kau bahagia, Yana. Kalau kau memang tak boleh blah dengan Abang Adam..." Nadia berhenti dan menarik nafasnya. Satu keluhan dilepaskan.

"Thanks, Nad." Aku memeluknya lagi.

"So, baik kau cepat. Kejap lagi kalau pihak lelaki dah sampai, kau tak boleh nak lari, lagi."

Sebelum aku membuka pintu bilik, aku sempat berpaling memandang wajah sahabat kesayanganku itu.

"Kalau orang tanya aku, kau jawab tak tahu, je. Aku tak nak libatkan, kau." Nadia mengangguk lemah.

Tanpa membuang masa, aku terus  keluar dari bilikku. Aku hanya mengenakan baju kurung biasa. Selendang hitam yang aku pakai, aku lebihkan ke depan, untuk menyukarkan sesiapa dari mengecam aku. Aku berjalan melintasi beberapa orang. Majlis belum bermula, jadi tetamu pun belum memenuhi ruang tamu di mana majlis akad nikah akan di adakan.

Mungkin ramai yang melepak di khemah yang tersedia. Aku terus menuju ke pintu belakang. Nasib baik di dapur, tiada orang. Maklumlah, emak menggunakan khidmat katerer. Jadi, senang aku nak meloloskan diri.

Sebaik pintu dapur kubuka, pandangan malam pekat menghiasi mataku. Dengan hujan yang lebat lagi. Aku menarik nafas. Aku harus meneruskan. Ini cuma dugaan yang kecil untukku.

Perlahan-lahan, kegelapan malam itu aku redahi dengan semangat yang berbelah bagi. Pelbagai perkara yang bermain di benakku tika ini. Paling utama adalah reaksi emak dan ayah bila mendapat tahu aku melarikan diri. Derhakakah aku? Tapi, aku berhak menentukan jalan hidupku sendiri, kan?

Fahri juga menjadi kebimbangan aku. Bagaimana kalau apa yang aku harapkan menjadi sebaliknya. Apa plan kedua aku? Mustahil aku nak berpatah semula dan berlakon seperti tiada apa yang pernah terjadi. Ah, tepu otak aku berfikir. Beku pun ia juga. Hujan lebat begini, dengan tiada payung. Mahu tak beku otak aku! 

Tanpa aku sedar, aku telah berdiri di hadapan rumah teres setingkat yang didiami Fahri. Lama juga aku berdiri. Masih cuba mencari-cari kekuatan. Masih menimbang kelogikan tindakan yang aku ambil ini.

Tetapi, belum sempat otak mencerna jawapan untukku, tanganku sudah laju membuka pagar rumah yang tidak berkunci. Kakiku terus melangkah ke depan pintu rumah. Dalam teragak-agak, aku mengetuk pintu perlahan.

Selepas bebas dari deraian air hujan, aku mula kedinginan. Kesejukan menjadikan aku menggigil. Pintu kuketuk lagi. Lambatnya nak buka, tak ada orang, ke?

Aku semakin cemas kini. Pintu aku ketuk sekali lagi. Lebih kuat, kini. Manalah tahu, kalau Fahri tidak mendengar, tambahan pula hujan sangat lebat sekarang.

Kali ini, ketukanku berhasil. Aku terlihat kelibat seseorang mendekati pintu. Aku menunggu dengan penuh debaran.

Sebaik sahaja pintu terbuka, jelas aku dapat melihat Fahri di situ. Saat dia melihat sahaja aku, dia terus mengeras. Ya, dia pasti terkejut dengan kehadiran aku yang tiba-tiba begini.

Sesaat

Dua saat

Tiga saat

Fahri masih diam terkaku. Menambahkan rasa serba salah yang sedia bermukim dalam hatiku semenjak tadi.

 
 

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now