Bab:15 ☑

4.6K 140 11
                                    


"YANA....!" Semerta aku mengangkat kepala yang aku letakkan di atas meja sebentar tadi.

Terkejut!

"Kenapa tinggalkan aku macam tu, je. Sampai hati kau, kan?"

Maya berdiri di hadapanku. Masih terus dengan bebelannya. Entah apalagi yang dibebelkan. Sungguh aku tidak mampu lagi mendengar.

Serabut!

"Wei, kau kenapa ni? Semacam je aku tengok."

Maya perasan pula. Aduh!

Tapi, memanglah dia akan perasan kalau sudah aku diam sahaja sedari tadi, sedangkan dia?

Aku sekadar menggelengkan kepala.

"Yana... kau ada masalah?" Suara Maya sudah berubah intonasinya. Kalau awal tadi, dia seperti marah dan geram, tapi sekarang sudah berubah lembut. Lebih kepada risau bunyinya.

"Tak Maya. Aku okey. Cuma pening je sikit." Aku cuba beralasan.

Sesungguhnya, aku sudah mula rimas dengan soalan-soalan Maya. Aku ingin bersendirian tika ini. Aku mahu tenangkan fikiran.

Tapi, mana mungkin Maya boleh mengerti andai aku cuba sembunyikan perasaan.

Arghhh...!

"Ermm... kau nak balik?" Aku menggeleng.

"Kalau tak tahan sangat, rehat la dekat surau dulu. Jangan paksa diri." Aku sekadar mengangguk pula.

Kasihan Maya. Dia ditinggalkan aku. Sekarang dia risaukan aku pula. 

Tapi, fikiran aku lebih terfikirkan Fahri dan gadis seksi itu.

Apa ni?

Aku lihat Maya sudah ingin meninggalkan mejaku.

"Maya..." panggilku. Dia menoleh.

"Sorry... " Hanya sepatah itu yang mampu aku katakan.

Dia tersenyum manis padaku dan terus berlalu.

Setelah hilang kelibat Maya dari pandangan, aku mula menangis. Sedaya upaya aku cuba menahan esakan dari kedengaran.

Mujurlah, masa-masa begini biasanya pekerja lain masih belum masuk ke pejabat. Kalau ada pun, akan melepak di surau terlebih dahulu.

Aku masih terus menangis. Sakit betul hati aku menonton drama di kedai makan tadi. Geramnya aku dengan Fahri. Tidak sangka betul Fahri yang aku puja berkasih dengan gadis seperti itu. Adakah begitu wanita idamannya. Calon yang akan dibuat isteri.

Huh!

Seksi, gedik, di tempat awam pun dia tidak malu berpegangan sana-sini. Berbulu aku tengok dia asyik megusap-usap lengan Fahri. Langsung  tidak berhenti.

Dah kenapa?

Lenguh sangat ke tangan si Fahri itu? Fahri pun sama! Ada dibiarkan sahaja si gedik tu buat apa pun. Sukalah agaknya.

Hah, tak sangka betul Fahri ni sama sahaja dengan lelaki hidung belang di luar sana. Gatal!

Tapi, kenapa aku menangis? Kenapa aku rasa sakit sangat? Kenapa aku harus rasa cemburu pada si gedik itu? Kenapa perlu aku menjadi begini hanya kerana dia sudah ada yang punya? Dia sudah ada pilihan hati.

Aduh....

Kecewanya aku rasakan saat ini. Inikah rasanya perasaan orang yang putus cinta?

Sakit!

    ***

KEJADIAN yang berlaku tadi, masih berlegar-legar di fikiranku. Masih terbayang lagi saat dia mencuri pandang ke arahku. Pantas degupan jantungku, usah di katakan lagi saat mata kami bersatu pandang.

Tapi, hari ini dia kelihatan lain. Resah, juga seperti rimas. Sampaikan makanannya yang masih berbaki pun ditinggalkan sahaja begitu.

Cemburukah dia?

Melihat aku bersama Aida tadi? Atau, dia sekadar merasa jelik dengan dengan perangai gedik Aida?

Aduh, kenapalah harus begini pertemuan kami. Ini merupakan kejadian kedua aku dapat berada terlalu dekat dengannya. Dapat menatap wajahnya sehampir itu. Aku pasti, selepas ini dia pasti akan mengingati aku. Lelaki yang berpacaran dengan gadis gedik yang keterlaluan. Di sebabkan hal ini, aku menjadi semakin sebal dengan Aida.

Kenapa agaknya susah sangat si Aida nak  faham yang aku tidak punya perasaan terhadapnya. Berkali-kali aku ulang akan hal yang sama. Tapi, sedikit pun dia tidak peduli. Lebih menghairankan, bila dia senang-senang mendekatiku seolah-olah dia adalah teman wanita aku.

Aida, Aida.

Entah apa mahunya pada diriku ini. Sampai sanggup menebalkan muka hanya untuk mendekatiku walau telah kutolak berkali-kali.

Adakah benar dia terlalu mencintaiku? Apakah perasaan yang wujud dalam dirinya, sesuci perasaan yang wujud dalam diriku untuk si dia itu?

Atau, dia ingin bersamaku kerana dia tahu aku mampu memenuhi segala kehendaknya?

Arghh...!

Biarlah apa pun tujuannya, yang pasti hatiku tidak lagi mampu dimilikinya. Kerana hatiku ini telah pun kuabadikan untuk si dia yang amat aku kasihi.

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now