AriannaAKU pandang telefon pintar di tangan. Sekejap-sekejap aku buka aplikasi Whatsapp. Semata-mata mahu melihat last seen Fahri.
Allah, ke mana Fahri? Terakhir dia dilihat aktif di media sosial sembang itu, dua hari yang lepas.
Aku semakin merasa gelisah. Hari ni, sudah masuk hari ketiga dan dia langsung tidak menghubungi aku.
Kesulitan apakah yang sedang melanda dirinya? Terakhir, hanya pada waktu pagi, tiga hari yang lepas... dia menghantar ucapan selamat untukku.
Seperti biasa. Tanpa jemu!
Tetapi, tengah hari membawa ke malam dan sehinggalah ke hari ini... Sudah masuk malam ketiga... Tiada langsung khabar yang kuterima daripadanya.
Aku cengkam kuat dada yang terasa penuh. Penuh sesak dengan kerisauan dan kegelisahan yang meresahkan.
Telefon pintarku itu kubuka semula. Masih dengan rutin yang sama sejak tiga malam yang telah berlalu.
Melihat last seen Fahri!
Suami kesayanganku. Suami yang semakin aku rindu.
Aku usap perut yang semakin membesar. Pergerakan bayiku, kian terasa. Air mataku jatuh setitik.
"Sayang, honey rindu..." rintihku hiba.
Terasa pergerakan bayiku sekali lagi. Seolah mahu memujuk hatiku yang sedang galau.
"Baby, ibu risaukan ayah. Ayah dah tak nak kawan dengan ibu, ke?" Air mataku jatuh lagi.
Aku sedih, sungguh merasa sedih. Kalau benar Fahri sudah berpaling dariku. Apa yang perlu aku lakukan?
Bagaimana dengan nasibku?
Bagaimana dengan bayi kami?
Fahri... Adakah kesetiaanmu telah tergugat kini?
Tolonglah, janganlah berubah hati. Aku masih ingin bersamamu.
Puas sudah kupendam segala rasa sayang ini. Tidak sabar aku mahu mencurahkan segalanya hanya kepadamu...
Setialah menunggu aku. Aku ingin segera pulang ke pangkuanmu...
***
NADIA senyum lebar. Tidak sabar mahu memberi kejutan kepada Arianna, sahabat dunia akhiratnya itu.
Kasihan Arianna. Sudah beberapa hari dia bersendirian. Mak Ngah dan Pak Ngah ke rumah anaknya, minggu depan baru akan pulang.
Tinggallah Arianna dengan si acik. Nama saja ada peneman, tapi tetap juga Arianna terpaksa bersendiri.
Memanglah ada acik untuk tengok-tengokkan Arianna, tapi acik tu lelaki. Apa sangat yang boleh dilakukan acik. Ada batas yang perlu mereka jaga. Jika dia ada bersama, manislah sikit. Tak adalah gosip liar yang akan kedengaran.
Nadia sudah mengambil cuti untuk esok, iaitu hari Jumaat. Sabtu dan Ahad dia memang bercuti. Jadi, panjang sikit masa yang dia ada untuk diluangkan bersama Arianna.
Seperti yang telah diduga, Arianna benar-benar terkejut apabila mendapati yang kereta Nadia terpakir di halaman rumah. Sudah jauh malam ketika itu.
"Datang tak cakap..." Arianna tepuk bahu Nadia. Nadia sengih tayang gigi.
"Aku kesian kat kau. Aku amik cuti panjang. Boleh teman kau sementara nak tunggu Mak Ngah balik." Arianna benar terkejut.
YOU ARE READING
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Roman d'amourCover by :: @HeyL_AryaN Pencapaian :: >Perfect Storyline_ White Arlyz Award >Classic Romance Winner (Alleged Happines) _ Best Book Award (BBA) >Romance Winner _ Helios Award Arianna keliru dengan keputusan yang perlu diambil. Perlukah dia menerusk...