Bab:56 ☑

3.7K 148 41
                                    


Arianna

HARI ini aku menyambung cuti sakit lagi. Kasihan pula Farah, sekurang-kurangnya apabila selesai temuduga nanti ada juga kawannya di rumah.

Fahri juga agak senang hati apabila mengetahui aku menyambung cuti lagi. Maklum sahajalah, dia sendiri tidak boleh mengambil cuti kerana baru mengambil dua hari cuti semasa aku demam tempoh hari.

Selesai bersarapan, Fahri membawa Farah ke syarikat untuk ditemuduga itu.

Jam 11.30 pagi aku sudah mula memasak di dapur. Tengah hari nanti Farah balik, bolehlah makan bersama dengannya.

Menu hari ini, kari ayam, sayur campur dan juga sambal sotong. Kesemua menu hari ini adalah lauk kegemaran Fahri. Harap, Farah juga sukakannya.

Hampir selesai memasak, bunyi ketukan di pintu kedengaran. Pasti, Farah. Buru-buru aku ke ruang depan untuk membukakan pintu.

Terlihat Farah yang agak suram wajahnya.

"Macam mana dengan interview tadi?" soalku padanya.

Farah yang ingin menuju terus ke biliknya terhenti seketika. Dia sekadar anggukkan kepalanya dan teruskan melangkah.

Pelik!

Mungkin dia gagal dalam temuduga tadi. Tak mengapalah, nanti masa makan aku cuba bertanya padanya.

Selesai masak dan menghidang di meja makan, aku terus ke bilik Farah untuk mengajaknya makan bersama. Dalam masa yang sama, Farah juga keluar dari dalam bilik. Tetapi, dia membawa bersama beg pakaiannya.

"Farah nak ke mana?" soalku ragu.

"Balik!" jawabnya sepatah. Tiada lagi kemesraan seperti semalam.

Balik? Bukan sepatutnya dia menunggu Fahri, ke?

"Kenapa, ni? Ada masalah masa interview tadi ke?" Farah sekadar menggeleng. Langkah terus di atur menuju ke pintu utama.

"Farah..." panggilku.

Farah berhenti dan berpaling memandangku. Pandangan matanya, tajam. Berkerut dahiku.

"Tunggulah Abang Ngah. Semalam dah kata Abang Ngah akan hantar sampai ke stesen bas, kan?"

Farah letak kasar beg bajunya ke bawah. Kemudian dia mengeluh.

"Sampai bila akak nak pura-pura macam, ni? Farah rasa, akak lagi suka kalau Farah tak menganggu dalam rumah ni, kan?"

Aku tersentak, juga terkejut.

Pertama, dia tidak lagi memanggil aku, 'Kak Ngah'.

Kedua, kerana tuduhannya itu. Aku, langsung tidak faham.

"Farah cakap apa, ni? Apa yang akak dah buat sampai Farah kecil hati macam ni?" kata-kataku hanya disambut senyuman sinis oleh Farah.

"Ya, akak memang dah buat salah. Salah besar. Tolonglah, kak. Jangan cakap dengan Farah yang akak tak tahu apa salah akak!"

Aku semakin keliru. Salah apa yang aku dah buat?

"Sumpah, Farah. Akak betul-betul tak faham. Cuba Farah jelaskan," pintaku padanya.

"Owh, tak tahu. Kak, Farah ni memang muda lagi. Tapi, Farah tak bodoh, kak. Akak tu, mustahil tak tahu kalau dah nama suami isteri tu, sepatutnya tidur sebilik?"

Aku tersenyum, lega bila mengetahui akan keraguan sebenar Farah. Itu rupanya masalahnya.

"Farah... ya akak faham semua tu. Tapi, Farah pun pasti tahu macam mana akak dan Abang Ngah bersatu. Jadi, kami masih perlukan masa."

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now