Bab:29 ☑

3.6K 119 6
                                    

 
Arianna

MALAM minggu itu, seperti yang telah dijanjikan aku pergi menjemput Nina di rumahnya. Sewaktu aku sampai, Sofi sudah berada di sana turut sama menungguku.

Malam itu, aku membawa Raysha bersama denganku. Sebenarnya, membawa Raysha bersama tiada pun dalam perancangan. Tetapi, sewaktu sedang sibuk bersiap tadi, Raysha asyik memerhatikan aku tanpa berkelip. Bila ditanya kenapa, dia hanya menggelengkan kepala. Melihatnya begitu, timbul rasa kasihan dalam hatiku. Maklum sahaja, tiap-tiap malam dia akan tidur bersamaku. Jadi bila dia melihat aku bersiap malam-malam begini, dia sudah mula berasa tidak senang.

"Acha nak ikut ibu, ke?" Aku sengaja memancing. Terbuntang matanya memandangku.

"Ibu kerja, ke?" tanya dia pula. Dalam pelatnya yang tersendiri. Patutlah dia cuma berdiam, kerana dia sangka aku akan pergi bekerja. Raysha, Raysha.

"Mana ada ibu kerja malam-malamlah sayang," jawabku. Dia tersenyum-senyum.

"Boleh ikut?" tanya Raysha manja.

Tergelak aku dengan keletahnya. Aku mengangguk. Dia terus sahaja melompat gembira. Alahai, bahagia rasa melihat anak kecil ini bahagia.

Tidak tunggu lama, aku pun  menyiapkan dia sama. Punya gembira, sampai satu rumah dia hebohkan sebab dapat ikut aku berjalan katanya. Macam-macam perangai si comel ni.

Majlis makan malam ulang tahun syarikat tempat Sofi bekerja diadakan di sebuah hotel terkemuka. Melangkah masuk sahaja ke ruang yang telah disewa khas itu, aku terkesima dengan keluasan ruang tersebut. Sangat besar.

Mana dengan dihias cantik mengikut tema yang telah di tetapkan lagi. Kagum aku. Sebaik sampai, Sofi terpaksa meninggalkan aku dan Nina. Sofi perlu menyertai rakan sekerjanya yang lain. Ada tugasan yang perlu dijalankan. Maklumlah dia adalah salah seorang kaki tangan syarikat. Aku dan Nina mengambil tempat di salah satu meja yang telah ditetapkan untuk keluarga Sofi.

Hampir setengah jam aku di dalam majlis, namun bayang Fahri masih belum kelihatan. Mustahil dia tidak hadir. Setahu aku, Sofi kata semua kaki tangan diwajibkan hadir, melainkan dengan alasan yang munasabah. Alahai. Nasib badanlah kalau Fahri memang tidak hadir malam ni.

Tidak lama, kami semua diminta memberikan perhatian ke pentas utama. Acara telah pun dimulakan. Saat itu juga, Sofi menyertai kami. Sebagai pembuka majlis, pemilik syarikat diminta untuk memberikan ucapan. Mata semua tetamu terus tertumpu  kepada pemilik syarikat yang sedang bangun dari tempat duduknya. Sudah tentu di meja paling hadapan, meja VVIP.

Itu jugalah saatnya aku terlihatkan Fahri. Rupanya, dia semeja dengan pemilik syarikat. Patutlah, semasa aku dan Nina mengikut Sofi ke tempat kaki tangan berkumpul, Fahri tiada di situ. Agak-agak, apa jawatan Fahri dalam syarikat ini?

Hurmmm....

Setelah semua orang penting dalam syarikat telah memberi ucapan sempena ulang tahun syarikat yang ke dua belas tahun, kesemua tetamu dijemput menjamu selera. Saat itu, aku terfikir untuk merisik kepada Sofi tentang jawatan Fahri, tetapi aku batalkan niat itu. Risau, ada yang tersalah sangka. Sambil menjamu selera, tetamu dihiburkan dengan pelbagai persembahan. Ada acara tarian, pertandingan nyanyian, malah pertandingan kaki tangan paling cantik dan kacak juga ada. Meriah sangat!

Dalam kemeriahan, aku tertangkap reaksi Raysha yang keletihan. Mungkin sudah mengantuk kerana malam juga sudah semakin lewat. Semasa aku asyik mendengar peserta nyanyian menyanyikan lagu Atas Nama Cinta nyanyian asal penyanyi  Indonesia Rossa, tiba-tiba Raysha mengajak aku supaya duduk di satu sudut yang agak lengang. Tepat jangkaanku, Raysha mudah merasa rimas dalam keadaan meriah sebegini.

Aku membawa Raysha ke satu sudut yang terdapat sebuah kerusi panjang di belakang sekali. Aku membawa sekali sepinggan kuih-muih. Sambil menyuap Raysha, aku turut mengikut nyanyian peserta tersebut. Lirik yang agak menyentuh perasaanku.

Mengapa terlambat
Cintamu telah termiliki
Sedangkan aku dengan dia
Tak begitu cinta

Seolah kena dengan situasi aku ketika ini. Aku kini, ingin disatukan dengan Abang Adam, sedang aku tidak begitu mencintainya. Fahri pula, yang aku sangkakan sudah berpunya, tetapi hakikatnya....

"Assalamualaikum..." Terangkat bahuku. Suara itu!

Aku menoleh. Fahri berdiri di belakang aku. Mataku terus memandangnya tanpa mampuku kawal. Dia mula bergerak ke arah Raysha dan mataku terus lagi tertumpu padanya. Haishhh!

"Kenapa duduk sini?" soalnya. Dia terus sahaja mengangkat Raysha dan duduk di sebelahku sementara Raysha diletakkan di atas ribaanya.

Terkebil-kebil aku melihatnya. Masih tidak mampu menghadam keberadaan dia yang secara tiba-tiba itu. Dengan jarak yang sangat dekat pula. Aduhai hati, tolonglah berdegup dengan normal.

"Arianna, okey tak ni?" Soalannya membawa aku kembali ke dunia realiti.

"Aa..eh apa awak tanya tadi?" jawabku dengan soalan juga. Dia tertawa kecil. Aku menggigit bibir bawah. Malunya! Boleh pula kantoi dok merenung dia. Haishh!

"Tak ada apalah..." jawabnya dalam sisa ketawa. Kemudian dia menyambung lagi.

"...kaki awak dah okey?" Aku sekadar mengangguk. Alahai Arianna. Bodohnyalah hai.

Padahal aku ke sini semata-mata kerana lelaki yang sedang berada di hadapanku ini. Tetapi, bila peluang itu tiba, aku langsung tidak mampu berfungsi dengan baik. Mahu sahaja aku hantuk kepala ke dinding. Biar cair sikit otak yang membeku tu!

"Cantik awak malam ni." Laju aku menoleh ke arahnya. Dia, puji aku ke? Alamak, semakin pantas degupan jantung. Macam dah nak terkeluar.

"Biasa je." jawabku. Malu sebenarnya. Tak tahu nak reaksi macam mana? Muka aku ni jangan cakaplah. Dia punya panas, mesti merah! Malunya!

Tiba-tiba Raysha yang berada atas ribaannya meminta aku menyuapkannya lagi. Kasihan dia. Lapar agaknya. Sepatutnya, waktu begini biasanya dia sudah lena berulit mimpi indah. Tetapi, sebab nak ikut aku, terpaksalah dia menahan mengantuknya itu.

"Pandai awak jaga budak. Dia pun nampak sayang sangat dengan awak." Aku tersentak. Sekali lagi.

Janganlah asyik memuji je, Fahri. Saya dah nak melompat -lompat gembira ni. Tapi, aku cuba bersikap rasional dan membalas pujiannya dengan senyuman.

"Kenapa dia panggil awak, ibu? Awak sengaja ajar macam tu, ke?" Teragak- agak Fahri menyoal.

"Eh, tak adalah. Actually, arwah mama dia yang ajar. Saya ikut je," jawabku jujur.

"Ooo... so that's mean, Raysha ni anak tunang awak?" Aku menggigit bibir bawah. Lambat-lambat aku mengangguk.
 

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now