Bab:55 ☑

4K 141 38
                                    


Arianna 

SETELAH berehat selama dua hari,  demam panasku semakin pulih. Lebih terharu apabila Fahri turut mengambil cuti selama dua hari itu untuk menemaniku di rumah.

Segala persoalan yang membuak di dalam dada lenyap begitu sahaja,  seiring dengan waktu.

Pagi Sabtu, kami sempat keluar bersama membeli barang dapur. Seingat aku, kali terakhir kami membeli keperluan dapur saat pertama kali aku berpindah ke sini. Hurmm, sudah berapa bulan berlalu. Patutlah kebanyakan barang sudah mula habis.

Kesempatan yang ada, aku ambil untuk mengetahui lebih lanjut tentang dirinya juga keluargnya. Tambahan pula esok adiknya, Farah akan ke rumah.

"Saya anak kedua. Atas saya abang dan bawah saya ada dua orang adik perempuan. Ayah saya dah meninggal, jadi emak sekarang usahakan kedai runcit peninggalan arwah. Lagipun, arwah bekas tentera. Jadi, duit pencen arwah tiap-tiap bulan dapat kat emak."

Panjang lebar Fahri menerangkan. Aku terus setia mendengar.

"Farah yang nak datang esok tu, anak ketiga. Adik keempat pula Faira. Tahun ni, SPM."

Aku mengangguk.

Faham.

"So, Farah datang sebab?" soalku. Ialah, kenalah juga tahu sebab kedatangan adiknya itu. Nanti, tak adalah nampak macam aku ni tak ambil tahu langsung.

"Interview. Baru-baru ni dia ada hantar resume. Jadi dah dipanggil. Kebetulan syarikat tu dekat KL, jadi elok dia tumpang rumah saya, kan? Awak tak selesa, ke?"

Laju aku menggeleng.

"Saya okeylah. Lagipun, itukan rumah awak. Apa hak saya nak halang."

Aku teruskan melangkah. Membiarkan troli yang dipenuhi barang itu ditolak oleh Fahri.

"Rumah kitalah." Tiba-tiba Fahri berbisik ditelingaku sekilas dan terus melangkah bersama dengan troli yang ditolak laju.

Aku tergamam seketika. Serta merta senyuman terbit di bibirku.

Ah, kacau. Baru Fahri cakap macam tu, aku dah angau.

Cepat-cepat aku kembali menyaingi langkahnya.

"Farah tak lama pun kat rumah 'kita'. Lepas je interview dia baliklah."

Fahri nampaknya sengaja menekankan perkataan kita itu. Aku kulum senyum.

"Cepatnya. Tak letih ke?" soalku.

Kampung Fahri setahu aku di Johor. Jadi, kan bagus kalau adik dia ambil masa sedikit sebelum pulang semula ke kampung.

"Alah, dia dah biasa. Dulu pun dia belajar dekat sini. Jadi berulang-alik tu, macam dah tak ada apa kat dia."

Pulak. Hurmm, suka hatilah. Adik dia, bukan adik aku.

Selesai membeli-belah, Fahri mengajak aku minum dahulu. Aku ikutkan sahaja.

Tapi, tiba-tiba Fahri masuk ke ruang parkir di dalam Mid Valley Megamall.

"Kata nak pergi minum?" tanyaku hairan.

"Nak minumlah ni. Sambil tu, boleh cuci mata," jawab Fahri selamba sambil matanya terus fokus mengawal stereng.

***

FAHRI tidak singgah pun di mana-mana kedai minum. Tapi, dari tadi asyik berjalan sahaja. Betul-betul cuci mata.

Aku turuti sahaja langkahnya. Bila difikirkan semula, bagus juga begini. Kami pun jarang menghabiskan masa bersama.

Selalunya, apabila di rumah kami ada bilik sendiri, jadi masa banyak dihabiskan di dalm bilik sahaja. Kalau waktu berkerja pula, hanya pada rehat tengah hari masa untuk kami bertemu. Selain itu, masing-masing buat hal sendiri.

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now