Arianna
BARU beberapa minit perjalanan, acik memberhentikan semula keretanya. Aku terpinga-pinga.
"Kenapa berhenti?" soalku pelik.
"Jom turun," jawabnya bersahaja.
"Eh, acik nak bawa Yana ke mana? Yana nak balik!" tegasku.
Acik mengeluh. Dia pandang aku.
"Dengar tak tadi doktor kata apa? Yana kena makan, kan? So, acik bawa Yana pergi makan. Jom!" Aku kembungkan pipi.
"Tak nak!" protesku. Acik angkat kening memandangku.
Dia pusingkan tubuhnya menghadapku.
"Kenapa degil sangat? Yana sakit, kan?" katanya serius.
"Yana makan kat rumah nanti." Aku pandang acik sekilas.
Aku sebenarnya, masih merasa kekok. Kejadian semalam, masih segar terbayang. Sebab itu, aku jadi takut untuk berdua dengan acik.
Aku tidak mahu memberi harapan palsu kepadanya. Dia tidak layak untuk disakiti.
"Yana nak makan apa? Yana ada masak hari ni? Mak Ngah pun, silap-silap masih di rumah Mak Siah. Dah tu, gigih sangat sakit-sakit ni nak memasak, ke?" Aku tunduk. Betul juga kata acik.
"Dah-dah, acik tak nak dengar alasan. Jom turun. Kalau Yana tak nak turun, acik dukung! Acik peduli apa!" Terbuntang mataku dengan ayat akhirnya itu.
Acik pantas keluar dan menutup pintu kereta. Terus dia bergerak laju menuju ke arah aku. Pintu kereta di sebelahku dibuka dan...
"Okey, Yana turun." Aku mengalah. Jelas aku melihat dia tersenyum. Aku lepas keluhan, menyampah!
"Kan senang macam tu. Orang nak suruh makan je pun. Susah sangat!" Aku menjelingnya.
Perutku, masih lagi terasa pedih menyucuk. Ikutkan hati, memang aku mahu berbaring sahaja. Tapi, mengenangkan bayi di dalam kandunganku ini... aku terpaksa beralah.
Acik membawaku ke satu kedai makan. Katanya, dia sudah biasa makan di sini. Aku menurut sahaja.
Acik terus memesan bubur nasi dan milo panas untukku. Langsung tak bertanya. Sabar je la aku. Dia juga turut memesan makanan untuk dirinya sendiri.
"Jangan risau, bubur nasi kat sini memang sedap. Acik dah pernah rasa." Aku angguk sahaja.
"Marah?" soalnya.
Aku menggeleng tanpa memandangnya. Mataku sengaja meliar memandang sekitar kedai makan ini. Tiada yang menarik sangat pun. Cuma mahu menghilangkan perasaan kekok!
"Yana..." panggil acik. Aku pandang dia dan mengangkat kening tanda bertanya.
"Okey, acik tahu Yana marahkan acik. Sekarang, Yana nak cakap apa pun, cakaplah. Acik terima." Aku memandangnya sambil menggigit bibirku. Apabila pandangan kami bertembung, aku melarikan anak mataku.
"Yana..." Acik panggilku lagi.
"... I am so sorry! Acik sedar acik salah. Acik tak patut bertindak terburu-buru macam tu. Acik patut tanya dan siasat dulu. Maafkan acik..." Aku hanya tunduk memintal tudung.
"Tapi, Yana jangan risau. Acik dah tahu semua pasal Yana." Acik diam dan memandangku. Menanti reaksiku mungkin.
"Yana, please say something!" Aku mengeluh. Aku angkat muka dan pandangan kami bertembung.
Kasihan acik! Bukan dia yang bersalah. Aku, benar tidak sampai hati meletakkan segala kesalahan di bahunya!
Cuma, aku tiba-tiba merasa kekok apabila mengetahui akan isi hatinya. Dia nak melamar aku, kot! Bukan perkara main-main.
YOU ARE READING
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
RomanceCover by :: @HeyL_AryaN Pencapaian :: >Perfect Storyline_ White Arlyz Award >Classic Romance Winner (Alleged Happines) _ Best Book Award (BBA) >Romance Winner _ Helios Award Arianna keliru dengan keputusan yang perlu diambil. Perlukah dia menerusk...