"DIA dah jadi tunang orang," lesu suara yang keluar dari mulut Fahri. Selesu perasaannya kini.
"Dah tu, kau yang tak mahu cuba langsung. Banyak kali aku dah cakap dengan kau. Tapi kau..." Fahri hanya memandang kosong wajah Wan, sahabatnya itu.
"Entahlah, dulu aku ingat aku boleh je terima semua ni. Tapi, susah rupanya. Semuanya, tak semudah yang aku sangka." Fahri merengus kasar. Rambutnya juga turut diraup kasar.
"Fahri, aku ni malas nak buat kau serabut. Tapi, aku rasa ada baiknya kalau kau buka peluang untuk kau dan dia. Kau tak bolehlah nak fikir bagi pihak dia. Mana tahu yang dia tak kisah pun pasal semua tu. Sekurang-kurangnya kau kena cuba." Fahri bangun dari duduknya dan mundar-mandir di hadapan Wan.
"Aku takut, Wan. Macam mana kalau lepas tu dia benci aku? Lagi baik macam ni, dari dia bencikan aku." Wan menggeleng berkali-kali.
Pelik betul sahabatnya yang seorang ini. Lebih sanggup memendam perasaan. Sanggup si dia yang menjadi pujaan hatinya itu tidak punya apa-apa perasaan terhadapnya daripada wujud satu perasaan terhadapnya, tetapi perasaan itu hanyalah perasaan benci.
"Itulah perangai kau, kan? Suka fikir macam tu. Cubalah positif. Macam mana kalau selama ni Arianna pun punya perasaan yang sama dengan kau, tapi dia tak boleh buat apa-apa sebab dia perempuan." Fahri duduk semula di sebelah Wan.
"Aku tak rasa dia ada perasaan kat aku. Tengoklah, sekarang ni dia dah bertunang pun! Dah terlambat, Wan." Fahri menyandarkan badannya pada sofa dan menutup mata. Sepertinya, sudah menyerah kalah.
"Weh, dia tu baru bertunang la. Orang bertunang, tak semestinya dengan orang yang dia cinta. Lagi-lagi macam dia. Kau tahu kot tunang dia tu siapa, kan?" Wan memandang Fahri yang masih menyandar lemah.
"Aku ada idea!" kata Wan tiba-tiba.
Fahri tersentak sedikit namun memberi sepenuh tumpuan kepada Wan. Manalah tahu sekiranya idea Wan itu bernas.
"Apa?" tanya Fahri tidak sabar. Wan sudah tersengih.
"Macam ni, cuba kau dekat dengan dia. Dekat macam nak berkawan. Kau janganlah cerdik sangat nak bagi tahu dia siapa kau sebenarnya. Lepas tu, kau cubalah cari tahu sikit sebanyak tentang dia. Pasal bertunang ni, pasal isi hati dia." Fahri diam. Memikirkan tentang saranan Wan. Seolah tidak bersetuju sahaja riaknya.
"Kau dengarlah cakap aku kali ini. Atau, kau akan hilang dia selamanya." Tersentak Fahri mendengar perkataan 'kehilangan' itu. Kerana dia tahu, dia tidak akan sanggup kehilangannya.
***
SABTU petang, selepas hampir sebulan Arianna dan Adam ditunangkan, Dato' Amran dan Datin Suliza bertandang ke rumah bekas besan merangkap bakal besan mereka. Banyak perancangan yang harus dibincangkan. Memandangkan, Dato' Armand selalu sibuk, apabila mendapat masa terluang begini akan dia gunakan untuk berbincang tentang persiapan perkahwinan anak tunggalnya itu. Kedatangan mereka disambut mesra oleh Ahmad Johar dan Marina. Selepas dipelawa duduk, Marina tergesa-gesa ke dapur menyiapkan minuman.
"Jemputlah, minum," pelawa Marina mesra sambil menuangkan minuman ke dalam gelas.
"Kami datang ni nak bincang tentang majlis nanti. Saya rasa elok kalau kita sepakat." Dato' Armand memulakan bicara.
"Macam ni, kami ingat majlis resepsi nanti nak buat kat hotel je. Tak payah nak buat dua kali. Satu rumah perempuan, lepas tu rumah lelaki pula. Baik kita sekali kan je, senang!" sampuk Datin Suliza pula.
"Kalau ikutkan kami, buat kat mana pun tak jadi masalah. Kalau Yana dengan Adam setuju, kami ikut sahaja." Marina mengangguk setuju pendapat dari suaminya.
"Kalau mereka berdua tu, tak ada masalah rasanya. Na dengan Johar tak perlu risau pasal semua ni. Majlis dekat hotel tu nanti, biar kami uruskan semua," kata Dato' Armand lagi.
"Majlis nikah pula, nak buat kat rumah ke kat masjid?" Datin Suliza pula bertanya.
"Saya rasa, kalau majlis nikah elok di rumah je," jawab Ahmad Johar dan dipersetujui semua.
"Kak Su, Abang Armand. Kami tak sedap hatilah Kak Su dengan Abang Armand nak uruskan semua. Besar budgetnya tu." Marina meluah rasa tidak selesanya.
"Eh, janganlah macam tu. Kita ni dah macam adik-beradik. Tak usahlah risaukan semua tu." Marina tersenyum lega.
Walaupun pertunangan ini diikat selama tiga bulan cuma. Namun, majlis resepsi akan dilewatkan sedikit. Selepas tiga bulan, Adam dan Arianna akan dinikahkan terlebih dahulu. Selepas beberapa bulan barulah majlis resepsi akan di adakan. Maklum sahaja, segalanya terlalu mendadak. Hotel yang ingin di tempah untuk majlis pun perlu di tempah awal. Jadinya, majlis nikah sahaja yang akan di dahulukan.
Tidak lama selepas itu, kedengaran deruan kereta masuk ke perkarangan rumah.
"Emm, dah balik pun Yana," kata Marina yang lebih untuk memberitahu kepada Dato' Armand dan Datin Suliza. Jam waktu itu sudah menginjak ke empat petang.
Arianna agak tersentak apabila dia melewati ruang tamu dan terpandangkan tetamu yang langsung tidak dijangkakan itu. Segera Arianna mendekati dan bersalam dengan Datin Suliza.
"Dah lama Dato' dan Datin sampai?" Arianna cuba beramah mesra sambil mengambil tempat di sebelah emaknya.
"Hmm... apa pula dato', datin ni? Dah nak jadi menantu, kan?" Arianna tersengih.
Baru menyedari kesilapannya. Selama ini, dia sudah biasa menggelar kedua tetamu di hadapannya ini dengan gelaran yang begitu. Tambahan pula, dia sangat jarang berkomunikasi dengan mereka. Yalah, tiada apa kepentingan pun. Emak dengan ayahnya lainlah.
"Kami dah lama kat sini. Nak balik dah pun. Lewat Yana balik?" Datin Suliza menjawab soalan Arianna, sambil meyoalnya juga.
"A'ah. Sejak kebelakangan ni, Yana memang sibuk sikit. Hari Sabtu pun, Yana kena kerja macam biasa," jawabnya jujur
"Yelah. Orang nak berkahwin ni, memang macam tu. Kerja kenalah siapkan awal-awal. Kalau banyak yang tertangguh, susah pula nak ambil cuti lama-lama nak pergi honeymoon."Terbuntang mata Arianna.
Honeymoon?
Tak terlintas langsung dalam fikirannya. Perlu ke? Walaupun, masih bergelut dengan perasaan, dia cepat-cepat mengukirkan senyuman. Tidak mahu terlalu ketara riak tidak selesanya.
Selepas Dato' Armand dan Datin Suliza pulang, Arianna terus sahaja berkurung di dalam biliknya. Menimbang-nimbang lagi tentang keputusan untuk menikahi Adam.
YOU ARE READING
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
RomanceCover by :: @HeyL_AryaN Pencapaian :: >Perfect Storyline_ White Arlyz Award >Classic Romance Winner (Alleged Happines) _ Best Book Award (BBA) >Romance Winner _ Helios Award Arianna keliru dengan keputusan yang perlu diambil. Perlukah dia menerusk...