NADIA masih mundar-mandir di ruangan menunggu wad kecemasan. Sudah hampir setengah jam, namun khabar Arianna masih belum diperolehi.
Acik pula, hanya duduk tersandar. Semua ini di luar jangkaan, dia masih belum dapat menerima semua yang terjadi ini.
Tujuan mereka, mahu menggembirakan Arianna. Arianna yang sedang galau hatinya itu, tapi...
Allahuakbar!
Bantulah Arianna. Lindungilah dia!
Lida juga turut bersama menanti khabar Arianna. Sungguh, dia yang paling merasa bersalah kini. Dia tidak sengaja. Sumpah!
Berkali-kali dia memohon pengertian Zaquan, namun Zaquan diam seribu bahasa. Tiada sebarang reaksi, malah langsung tidak memandang dirinya. Terseksa, sungguh dia merasa seksa! Namun, dia akan bertahan. Dia mahu mengetahui khabar Arianna. Itu yang lebih utama.
Kegelisahan Nadia, langsung tidak dapat dibendung. Jantungnya, seolah mahu tercabut keluar.
Dia benar merasakan Arianna itu tanggungjawabnya. Sudah puas dia berusaha menjaga Arianna sebaik mungkin. Dia punya tekad.
Mahu memulangkan Arianna kepada keluarganya dalam kegembiraan. Biar semasa pergi Arianna bersendiri, tetapi dia mahu Arianna pulang bersama penyeri.
Baby itulah penyeri. Yang dia yakin, akan menyatukan semua hati. Bahagia... pasti akan menanti seorang Arianna yang jenuh menanggung sakit, bersendiri.
Tapi, apa lagi yang tinggal kini? Sungguh, dia sendiri tidak pasti!
Tiba-tiba, Nadia terfikirkan Fahri. Suami sah Arianna. Insan yang dia rasakan pasti akan mahu berada di samping Arianna ketika ini. Dia juga yakin, Arianna pasti mahukan Fahri, apabila dia tersedar nanti.
Tapi, perjanjian itu bagaimana? Ah, dia buntu!
Nadia mendekati acik. Terus mengambil tempat di sebelahnya. Lutut acik dia pegang.
"Macam mana ni, acik? Aku tak sedap hatilah. Kau rasa kita kena bagitahu Fahri, ke?"
Acik turut resah memikirkan perkara itu. Dia sedia maklum akan perjanjian di antara Arianna dengan keluarganya.
"Acik pun tak tahu." Nadia dan acik sama-sama termenung. Apakah jalan yang terbaik agaknya?
"Tapi, Fahri tu suami Yana. Kalau jadi apa-apa nanti, pasti dia terkilan. Ermmm, kalau kau kat tempat Fahri, kau nak macam mana?"
Acik termenung seketika. Kata-kata Nadia membuatkan dia terfikir. Kalau dia disuruh memilih diantara Arianna dan perjanjian itu, dia akan memilih...
"Nyawa Yana lebih penting sekarang ni. Baik kau call Fahri. Dia mesti nak berada di sini sekarang ni. Apa nak jadi nanti, belakang kira!"
Nadia tidak membuang masa lagi. Dia terus bangun dan mendail nombor Fahri.
Ya, kalaulah acik yang berada di tempat Fahri... Pasti dia mahu berada bersama Yana kini. Dia pasti akan memilih untuk memungkiri segala perjanjian.
Mengharungi detik begini, Arianna pasti akan lebih kuat jika Fahri ada bersamanya.
Pasti!
***
TALIAN Fahri, langsung tidak berjaya ditembusi. Nadia tidak punya pilihan, selain menghubungi Wan.
Mujur, Arianna ada menyimpan nombor telefon Wan, sahabat baik kepada Fahri itu. Kalau tidak, Nadia juga pasti buntu untuk mencari jalan.
YOU ARE READING
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
RomanceCover by :: @HeyL_AryaN Pencapaian :: >Perfect Storyline_ White Arlyz Award >Classic Romance Winner (Alleged Happines) _ Best Book Award (BBA) >Romance Winner _ Helios Award Arianna keliru dengan keputusan yang perlu diambil. Perlukah dia menerusk...