AKU termenung di atas katil. Lututku rapatkan ke dada, sambil aku memeluk erat lututku. Hari ini, merupakan hari keempat aku sudah sah bergelar isteri.
Tapi, entahlah...
Perlukah aku menganggap ini sebagai hukuman untukku? Atau, sepatutnya aku sudah perlu menjangkakan dari awal?
Oh, Arianna. Kau telah bertindak nekad. Sanggup buat perkara bodoh. Yang telah memalukan keluarga. Kalau pun tak pernah termimpi untuk menjadi anak solehah, perlu ke nak jadi anak derhaka? Sekarang, tanggunglah sendiri akibat dari tindakan bodoh kau itu!
Dalam kesepian malam, aku terimbas lagi kejadian malam itu. Kejadian yang tidak mampu untuk aku lupakan.
"Kita tak boleh nak lepaskan dia orang macam ni je, Pak Imam. Kalau tak nak report pun, kena juak ada tindakan." Badrul yang aku kenali sebagai tunang si Aida itu beria-ia meyakinkan.
"Ya, betul tu Pak Imam, kalau tak nanti makin ramai lagi yang mengikut. Susah kita nanti!" Wah, ada pulak yang menyokong.Bukan seorang, tapi semua yang berada di dalam kumpulan itu bersorak menyokong!
Pak Imam kelihatan serba salah. Dari apa yang dapat aku simpulkan dari pemerhatianku, Pak Imam itu boleh dikatakan kenal juga dengan Fahri.
Saat Fahri menceritakan kepadanya tentang keadaan sebenar, dia semacam percaya sahaja. Tapi, ramai yang tidak berpuas hati. Lagi-lagi si Badrul yang entah apa dendamnya pada kami.
Sudahnya, Pak Imam memutuskan untuk berbincang dengan kedua orang tua kami. Di sebabkan keluarga Fahri jauh dan ramai pula yang tahu tentang itu, jadi hanya keluarga aku sahaja yang dipanggil.
Sewaktu menunggu kedatangan ayah dan emak, jantungku seakan mahu gugur menyembah bumi. Aku takut. Takut memikirkan reaksi ayah nanti. Silap hari bulan, mati aku dipukul ayah malam ini.
Tidak sampai sepuluh minit, keluargaku sampai ke rumah Fahri. Bukan emak dan ayah sahaja. Abang Adam juga!
Dia masih berpakaian lengkap untuk majlis pernikahan kami. Baju melayu putih mutiara beserta samping dan songkok. Apa yang jelas, dia sangat kecewa. Aku dapat melihat itu dari riak wajahnya. Ah, semakin bersalah aku rasakan kini.
Aku tidak sempat pun melayan perasaan bila emak terus sahaja meluru kepadaku dan terus sahaja memukul aku sambil menjerit-jerit. Marah benar emak kepadaku. Aku pula, hanya mampu memeluk lutut dan menangis di atas sofa.
Emak hanya berhenti bila ayah meredakan. Walaupun ayah juga kelihatan sangat kecewa dan marah dengan perbuatanku, namun ayah lebih bertenang berbanding emak.
Perbincangan di antara mereka mengambil masa yang agak lama juga. Aku, hanya sekadar mematikan diri di atas sofa sambil memeluk lutut. Tidak mampu untuk berbuat apa lagi. Fahri, masih bersama berbincang dalam kumpulan itu bersama-sama ayah.
Akhirnya, semua setuju agar kami berdua dinikahkan dan kes ini tidak akan dibawa ke mahkamah. Sebaik sahaja keputusan diumumkan oleh ayah, Abang Adam terus sahaja beredar.
Emak cuba membantah, tapi kuasa ayah tidak mampu ditentang. Ayah meminta semua ke rumah, memandangkan kelengkapan semua telah tersedia untuk upacara pernikahan.
Sebelum mengikut ayah pulang, aku sempat memandang ke arah Fahri, dia juga memandangku. Tapi... tidak beriak! Marahkah dia dengan apa yang terjadi? Sungguh, aku merasa teramat bersalah.
Pada Fahri, kerana telah mengheretnya ke dalam masalah yang aku sendiri cipta. Pada emak dan ayah, yang terang-terangan malu dengan perbuatanku. Juga, pada Abang Adam dan keluarganya kerana mengingkari janji yang tidak aku relai itu.
YOU ARE READING
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Roman d'amourCover by :: @HeyL_AryaN Pencapaian :: >Perfect Storyline_ White Arlyz Award >Classic Romance Winner (Alleged Happines) _ Best Book Award (BBA) >Romance Winner _ Helios Award Arianna keliru dengan keputusan yang perlu diambil. Perlukah dia menerusk...