Bab:43 ☑

4.1K 121 8
                                    


"SAYA ni dah malu benar, Kak Su. Nak jumpa Kak Su dengan Abang Amrand pun saya dah tak sanggup." Lemah suara Marina meluah kekesalan kepada bekas besan merangkap besan tidak jadinya itu.

"Hai, entahlah Na," keluh Datin Suliza di talian sebelah.

"Cuma, akak tak sangka Yana sanggup bertindak sejauh tu." Marina mengalihkan ganggang telefon ke sebelah kiri telinga.

Tebal mukanya mendengar kata-kata dari Datin Suliza itu. Ini semua angkara anak daranya itu.

"Itulah, Kak Su. Saya ni ha, emak dia sendiri pun tak sangka. Yana, mana pernah buat perangai tak senonoh macam tu." Marina masih cuba untuk membela diri. Semarah manapun dia pada Arianna, dia masih mahu mempertahankan anak gadisnya itu.

"Na, akak ni kenal sangat dengan Yana tu. Dah lama akak kenal dengan dia. Akak rasa, lelaki tu yang bawa pengaruh buruk dekat Yana." Marina terdiam. Memikirkan kebenaran kata-kata Datin Suliza.

"Entahlah Kak Su, saya ni kalau fikirkan pasal budak lelaki tu, hei... sakit hati saya ni!" Marina memegang dadanya. Bagai terasa sakitnya tika ini.

"Dengar kata, budak lelaki tu tinggalkan Yana sejak malam nikah tempoh hari lagi. Betul, ke?" Tersentak Marina dengan persoalan dari Datin Suliza.

Bagaimana khabar itu sampai kepada mereka? Bukankah, awal-awal lagi mereka sekeluarga sudah membawa diri? Pasti ada di kalangan saudara-mara atau jiran-jiran terdekat yang menjaja cerita.

"Betul apa yang Kak Su dengar tu. Tapi, malam tadi dia datang. Dia dah bawa Yana balik ke rumah dia." Marina berterus-terang.

"Jadi, Yana dah ikut budak lelaki tu?" Laju Datin Suliza menyoal.

"Kenapa, Kak Su? Ada yang tak kena?" soal Marina kembali.

"Tak ada apa. Akak tak sangka." Marina mengerutkan dahi dengan jawapan Datin Suliza itu. Pelik! Tapi, dibiarkan sahaja tanpa mempersoal.

"Oh, ye. Macam mana keadaan Adam? Sejak malam tu, dia langsung tak ada ke mari. Jenguk Raysha pun tidak."

Walaupun Adam tidak berjaya menjadi menantunya kembali, namun jauh di sudut hati, dia masih menyayangi Adam, sama seperti dahulu. Baginya, hanya Adam satu-satunya menantu untuknya.

"Macam itulah Adam. Tak ada apa yang nak dirisaukan. Biasalah, Na. Baru-baru memanglah macam ni. Nanti, baiklah tu." Marina menarik nafas lega.

Tidak lama selepas itu, talian dimatikan. Marina yang sedang duduk dia atas kerusi kayu bersebelahan telefon, masih terus termenung. Masih mengenangkan tentang anak gadisnya itu. Entah apa yang merasuk Arianna sehingga begitu drastik tindakan yang diambilnya.

        ***

AIDA membungkam di atas katil. Perasannya sangat terganggu sejak kebelakangan ini. Sampai ke hari ini, Aida masih belum dapat menerima kenyataan bahawa Fahri sudah sah menjadi suami kepada gadis lain.

"Arghhhh... aku yang sepatutnya menjadi milik Fahri. Aku!" Bantal yang bersebelahan di ambil dan dicampak jauh. Geram!

Hatinya sakit. Benar-benar sakit. Apatah lagi bila mengenangkan si Badrul. Tunang pilihan keluarganya itu. Entah apa yang dia dapat dengan membuktikan Fahri bukan lelaki baik.

"Dia fikir aku kisah? Sikit pun aku tak percayalah, bodoh! Tak faham bahasa sangat dah kenapa? Aku benci kaulah, Badrul. Menyusahkan!"

Sejak malam itu, setiap panggilan dari Badrul langsung tidak dijawab. Beribu pesanan ringkas, di aplikasi Whatsapp dia sekadar memberi blue tick sahaja. Sedikit pun tiada niat untuk membalas. Padan muka! Rasakan!

"Biar dia rasa apa yang aku rasa. Apa, dia ingat aku suka dengan dia lepas apa yang dah jadi. Lagi benci, adalah!" bentak Aida.

Biar apa pun yang terjadi, hatinya masih untuk Fahri. Bukan mudah untuknya memadam perasaan yang tersemat dalam hatinya itu. Sudah hampir setahun dia cuba memenangi hati Fahri. Sebelum dia bertunang lagi.

Bukan mudah untuk dia lupakan Fahri. Peduli apa kalau Fahri sudah beristeri! Kalau terpaksa, dia sanggup  sahaja berkongsi Fahri dengan isterinya itu. Yang penting, dia dan Fahri dapat bersatu.

Dia yakin, dia akan lebih baik melayan Fahri. Dia yakin cintanya terhadap Fahri sangat mendalam. Tiada siapa mampu menandingi. Tidak akan ada!

Ya, Fahri pasti akan lebih bahagia apabila bersama dengannya. Ah, Fahri pun bukannya cintakan  isterinya itu. Dia tahu, Fahri terpaksa menerima gadis itu. Fahri dipaksa dan didesak jika tidak mahu kes itu dipanjangkan ke mahkamah.

Lagipun, Fahri itu lelaki yang punya kedudukan. Dia yakin Fahri mampu dari segenap sisi. Untuk beristeri lagi satu, bukan perkara yang mustahil pun untuk lelaki seperti Fahri itu.

"Ah, itupun kalau Fahri tak tinggalkan perempuan tu. Fahri pun, bukan cintakan perempuan tu, jadi besar kemungkinan mereka akan berpisah." Aida ketawa dalam anganan.

"Kalau betul macam tu, besar harapan aku yang akan menjadi isteri Fahri. Satu-satunya isteri Fahri. " Aida menutup mukanya dengan bantal. Malu sendiri. Sengihan tak lekang di bibirnya.

"Fahri, you pasti akan bahagia dengan I. I akan pastikan you akan mendapat layanan umpama raja bila bersama dengan I nanti. Tengoklah!" Aida mengulum senyum. Tidak sabar rasanya untuk menanti hari itu  menjadi kenyataan.

Aida membaringkan tubuhnya di atas katil. Amarahnya awal tadi, sudah beransur hilang. Diganti dengan anganannya, hidup bersama  hanya dengan lelaki yang amat dicintai. Bahagia. Pasti bahagia.

Akhirnya, dia terlena dengan senyuman yang masih bersisa

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now