Bab:52 ☑

3.8K 131 13
                                    


Arianna

TAYANGAN tamat hampir jam sebelas malam. Aku betul-betul sudah kepenatan. Raysha juga sudah kelihatan tersengguk-sengguk. Pasti dia juga penat, tambahan umurnya yang masih baru setahun jagung.  Tetapi, lain pula Abang Adam yang masih kelihatan bersemangat.

Aduhai.

Lagi tambah serabut apabila diajak pula makan selepas tayangan tamat. Apakah?

Tapi aku memang protes habis-habisan, penat dah menguasai. Aku mahu terus pulang ke rumah dan berehat. Nasib baik Abang Adam menurut.

Dalam kereta, entah bila aku terlelap. Raysha dipangkuan juga sudah terlelap. Sedar-sedar kereta sudah berhenti di hadapan rumah emak.

Aku tidak ikut turun sekali. Mengantuk tambah penat, jadi aku terus menunggu sahaja Abang Adam di dalam kereta.

Jam sudah melewati dua belas tengah malam dan aku baru sampai di rumah.

Lewat! Entah-entah Fahri pun sudah tertidur. Kasihan dia.

Aku bergegas turun dari kereta. Pelik apabila Abang Adam juga ikut turun bersama.

"Abang hantar sampai atas." Aku telan liur. Nak hantar sampai atas?

"Eh, tak apalah. Yana boleh naik sendiri," tegahku apabila melihat Abang Adam serius mahu menemani aku sampai ke tingkat atas.

"Janganlah degil. Malam sangat dah ni. Yana tu perempuan, kalau jadi apa-apa macam mana?"

Aku lepas keluhan kecil. Betul juga. Pandai pula Abang Adam ni menakut-nakutkan aku. 

Sudahnya, aku biarkan sahaja dia menemaniku. Masuk dalam lif, terus aku tekan punat tujuh. Aras apartmen aku dan Fahri. Syurga untukku.

"Okey, dah sampai. Yana nak masuk ni." Abang Adam masih kaku berdiri di hadapan pintu.

Jangan cakap dia nak masuk ke dalam pula. Sudah pukul berapa sekarang ni.

Aku yang sudah serba tidak kena, nekad mahu terus masuk ke dalam rumah. Lantaklah kalau Abang Adam mahu berdiri sampai esok sekalipun di depan pintu apartmen ni. Siapa kisah?

Tapi....

Aku sangat terkejut apabila Abang Adam memegang kedua belah bahuku. Terus aku terkaku dan terkedu.

"Yana..." Aku yang masih terkejut langsung tidak mampu memberi sebarang reaksi.

"Terima kasih atas semua yang Yana buat hari ni. Abang hargai sangat."

Aku terkebil-kebil, saat kewarasan kembali menerjah ruang minda sedarku terus aku menepis tangan Abang Adam di bahuku.

Dia cuma tertawa kecil. Aku pula menjadi keliru.

"Yana masuk dulu," kataku buru-buru.

"Okey, selamat malam, Yana. Sweet dream."

Tanpa menunggu lebih lama, terus sahaja aku memasukkan kunci ke dalam tombol pintu. Takut untuk berlama-lama dengan Abang Adam.

Keadaan di dalam rumah sangat gelap. Fahri sudah tidur rasanya. Lagipun, sudah lewat benar sekarang ini

Aku teraba-raba mencari suis lampu. Sebaik cahaya lampu menerangi keseluruhan ruang depan apartmen ini, aku terus terjerit kecil.

Fahri!

Apa yang dibuat duduk dalam gelap begini? Aku memberanikan diri menyapanya. Risau juga kalau yang aku lihat itu bukan 'Fahri' suami aku. Allah, minta simpang.

"Fahri?" sapaku takut-takut. Fahri berpaling dan memandangku.

Terus aku melepaskan nafas lega. Laju kaki aku mendekatinya.

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now