laksa talk 『 i n t r o 』

11K 562 185
                                    

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

Beberapa hari sebelum cuti semester

Much as what most of us believe, Malays are the only bunch of people who don't keep their promises. Sebagai seorang manusia yang cepat percayakan khabar angin, aku juga dengan stereotaipnya menganggap orang Melayu sahaja yang selalu tak tepati janji.

Tetapi, hakikatnya...

Bangsa lain dari negara lain pun dua kali lima sepuluh. Malah, janji mereka mengalahkan janji Melayu yang sering menjadi satu hinaan rakyat Malaysia. Kesian bangsa Melayu tau!

"Entah kat manalah setan-setan tu semua stuck sampai sekarang tak sampai-sampai!"

Bebelanku terus bertali tanpa henti sambil sesekali mengerling jam di dinding dan pintu bilik yang tak terusik silih-berganti.

"Dasar janji omputeh!"

Aku hempaskan tubuh sekuat mungkin ke atas tilam. Ini memang sah cari nahas, kang patah kaki katil baru tau. Kalau patah sekalipun, aku dah tak peduli. Janji anak-anak raja terlebih bertuah itu sampai. Itu saja yang penting bagi aku sekarang.

Satu jam telah berlalu sejak pukul 2 petang, iaitu masa yang telah kami persetujui untuk adakan sebuah majlis makan-makan. Atau lebih tepat lagi, masa yang aku paksa mereka untuk datang ke bilik aku kerana aku rancang nak masak Laksa Sarawak (guna pes yang pernah mak poskan kepada aku dulu) dan aku nak kasi syaitan-syaitan itu makan sampai pecah perut sebagai tanda terima kasih setelah mereka menjaga aku dengan baik sepanjang aku berada di sekolah ini.

Panjang kan ayat? Oleh sebab aku seorang heroin yang prihatin, aku bagi korang masa untuk hadam sekejap.

Aku, seorang Alice Allyna Hendry yang sedang koyak kerana kawan-kawan telah memungkiri janji mereka, menatap siling bilikku penuh sendu. Dan ketika mataku yang semakin berat ini hampir tertutup..

"Zdravstvuyte!"

-Kelopak mataku terbuka semula, dengan bukaan berganda-ganda lebih besar berbanding biasa dek terjahan kuat itu tadi. Pintu bilikku dibuka tanpa kebenaran tuannya dan lagi parah, seekor musang putih dari Rusia masuk ke dalam dengan selamba tahap badak.

"Hellooo there Alice Allyna! Are you asleep? Hey, you broke your promise! You said you are going to cook 'lekser'!"

Amboi amboi amboi, dia yang datang lambat dia pulak cakap kita mungkir janji! Sudahlah masuk tak buka kasut, aku potong kaki kau baru tau!

Putera HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang