Prolog

1.3K 36 0
                                    

Ambil nafas.

Lepas.

Ambil nafas.

Lepas.

Ambil naf-

"Sayang buat apa tu?"

Suara yang menegur dari belakang membuatkan badan aku berpusing. Bibir aku dah siap tersenyum.

Sebab aku kenal sangat suara siapa tu. Suara orang yang berjaya masuk ke dalam carta hotspot hati aku.

Poyo kan. Ehek.

"Apa dia tadi? Tak dengar lah. Cuba ulang lagi sekali?"

Aku tersenyum lagi. Makin lebar pulak rasanya bila mendengar perkataan 'sayang' tadi. Masa berkawan, punyalah mahal perkataan tu.

Dia berkerut. Tanda tak faham dengan apa yang aku cuba nyatakan.

"Sayang buat apa tu?", ulangnya dalam ketidakpastian.

"Cuba buang perkataan 'tu'."

"Sayang buat apa? "

"Buang 'apa' pulak."

"Sayang buat?". Dahinya masih berkerut.

"Buang 'buat'?", aku dah tak boleh tahan senyum sengal bila melihat dia yang mula faham dengan apa yang aku mahukan.

"Sayang."

Suaranya acah-acah tegas. Siap pakej dengan kening dikerutkan rapat.

Aku tergelak dengan lawak tak berapa cerdik aku ni. Gedik pula rasanya. Alah, menggedik dengan dia ni je.

Dia akhirnya ikut tergelak mendengar ketawaku. Raut wajahnya nampak tenang melihat aku yang ceria tak tentu pasal macam biasa.

"But seriously, sayang tengah buat apa tadi? Abang tengok macam tengah stress je?"

Sebaik sahaja dia menyebut stress, senyuman ku mati.

Seram sejuk yang hilang tadi kembali.

Aah lah!

Aku terlupa aku tengah stress!

"Saya lupa! Saya tengah stress ni!"

Jawapan aku membuatkan dia ketawa. Kecil mataku memandang dia yang masih ketawa.

"Saya nervous lah, awak."

Aku mula rasa oksigen tersangkut macam tadi. Aduh, aduh. Jangan buat hal. Rasa nak pitam.

Kenapa rasa macam gelap terang, gelap terang je dunia ni? Ke aku memang nak pitam?

"Apa dia? Awak?"

Matanya yang memandang aku dengan wajah tak puas hati membuatkan nafasku tersekat sebelum aku ketawa.

Elok lah tu. Tadi dia gelakkan aku. Sekarang aku pulak gelakkan dia.

"Sorry... abang. Kekok lah lidah ni.", aku membuat alasan.

Tapi memang rasa kekok pun.

Dia mengambil tempat disebelahku sebelum tanganku dicapai dan dielus lembut.

Keras badan sekejap bila disentuh. Ni lagi lah kekok. Sungguh tak biasa bersentuhan dengan lelaki. Pelik betul rasanya.

Bersentuhan dengan perempuan pun aku rasa macam kekok, inikan pula dengan lelaki.

Senyuman dibibirnya membuatkan senyum aku terasa senget. Selalunya aku yang suka mengusik. Kali ni hilang terus niat nak mengusik bila tangan dipegang.

"Awkward?", soalnya.

Aku mengangguk. Sengih jelah.

Tangannya naik ke pipi pula. Dielus pipi aku. Nasib baik memang tengah pakai blusher jadi tak lah jelas sangat pipi yang mula rasa panas ni.

Dia senyum lembut memandang aku yang jelas sangat kekok.

"It's weird to me too. But it feels right? Kan, sayang?"

Kata-katanya membuatkan senyuman aku melebar.

Sungguh lah.

Aku suka betul dengar perkataan 'sayang' dari bibirnya.

Matanya aku tenung. Mencari ketenangan di situ. Dan aku jumpa. Rasa tenang dan disayangi.

Kata orang tua-tua, kalau kita rasa tenang dan bahagia bila melihat wajah pasangan kita, makanya betul lah keputusan yang diambil.

Inshaa Allah, bahagia rumah tangga.

Kalau rasa panas ke, atau rasa macam nak bagi sedebik, sila fikir lagi sekali.

Dan lagi.

Dan lagi sekali.

Tangannya aku genggam dengan senyuman yang renggang dari bibir. Lama aku merenung tangannya yang membuatkan aku cemburu dulu.

Tangan berseni.

"Sayang tahu? Abang betul-betul rasa bahagia sekarang ni."

Kata-katanya membuatkan aku mengalihkan pandanganku ke matanya.

"Macam-macam dugaan yang kita tempuh. Akhirnya, abang berjaya dapatkan sayang. You are mine at last. And I am yours."

Aku tersenyum sahaja. Benda dah lepas tak payah nak dibangkitkan lagi. Elok dibiarkan buat pengajaran.

"And I'm sorry."

"Kenapa pulak?", aku menyoal.

"Abang ego."

Aku ketawa mendengar kata-katanya. Wow, mengaku diri sendiri ego?

"Saya faham. Well, masa tu mungkin tak faham sangat tapi sekarang? I'm here. And will always stay by your side."

Senyumannya semakin lebar mendengar jawapan aku. Matanya nampak berkaca sedikit. Mungkin tersentuh dengan kata-kata aku.

"Jangan lah nangis.", aku ketawa kecil.

"Mana ada."

Ketawa aku makin kuat bila dia mengesat matanya. Yelah tu tak nangis konon. Semua orang tahu siapa lagi cengeng.

Masa akad nikah tadi pun siapa yang bersungguh menangis sampai rasa sebak aku hilang digantikan dengan rasa nak tergelak.

Nasib tak ketawa berguling je tadi.

"Ha! Kau buat apa dekat pengantin lelaki sampai dia kesat-kesat air mata pulak dah?"

Suara yang menyergah dari belakang membuatkan kami berdua terkejut sebelum ketawa.

"Mana ada aku buat apa-apa.", aku balas dengan sengihan.

Wajah kawan baikku nampak tidak percaya. Well, aku tak salahkan dia. Aku memang boleh buat orang menangis. Guna kata-kata je tau. Kau hado?

"Dah, jom. Dah sampai masanya."

Kawan baik aku membelek wajah dan pakaian aku sebelum mengangguk puas hati. Aku pula membelek pakaian suami aku. Mana entah pengapit suami aku ni. Suka suki menghilangkan diri.

"Okay. Jom."

Kawan baik aku merangkap wedding planner aku sudah bergerak ke hadapan. Meninggalkan kami dengan tangan yang tergawang-gawang ke udara sambil bercakap. Kalau tak disebabkan ear piece yang ada ditelinganya, mesti orang cop 'gila'.

Suami aku memandang tepat ke wajahku. Redup pandangannya membuatkan aku ikut tenang.

"Ready?"

Aku mengambil nafas. Mula rasa stress semula. Inilah sebab aku stress tadi. Nak berjalan dan menjadi tumpuan seramai hampir 1500 orang tetamu? Fuh, berpeluh.

"Hey, hey. Breathe, okey? Abang ada sebelah sayang."

Aku mengangguk sambil mengambil nafas sedalamnya.

Genggaman tangan dieratkan dan tak mungkin aku lepaskan.

Sebab kalau aku terjatuh dek kerana high heels ni, aku tarik suami aku sekali.








Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now