Home | 42
"Ya, letak saja dalam bonet." Arah Ryan. Pengawal keselamatan itu pun segera melakukan apa yang telah diarahkan kepadanya. Terdapat empat orang pengawal keselamatan khas dihantar ke kawasan kediaman peribadi Ryan di situ setelah dia meminta pihak polis untuk datang membuat siasatan bersama perkhidmatan keselamatan khas.
Keadaan di kompaun rumahnya sibuk dengan pihak polis yang sedang melakukan siasatan. Line polis digantung di sekeliling kawasan kejadian. Barisan ayat 'POLICE LINE DO NOT CROSS' membuatkan Ryan dan Bella tidak dapat menjejak kaki lagi ke dalam kediaman peribadi itu.
Mereka masih hadir di tempat kejadian untuk Ryan memberi keterangan lanjut tentang apa yang terjadi awal pagi tadi sebagai saksi, begitu juga Bella. Bentley hitam telah tersedia di belakang, hanya menunggu urusan Ryan dan Bella selesai di situ sebelum membawa mereka berdua berangkat ke private airport. Orang awam dari kawasan kejiranan pula sibuk mengerumuni kompaun kediaman.
"Rasanya itu sahaja maklumat yang kami perlukan. Apa-apa, nanti pihak kami akan segera maklumkan kepada pihak istana. Jadi tuanku berdua tak perlu risau, kami akan uruskan segalanya. Bolehlah tuanku berdua balik dengan selamat."
"Terima kasih inspektor." Ryan bersalaman dengan Inspektor Syed terlebih dahulu. Ryan kemudian mendapatkan bahu lelaki itu, "Kalau boleh, saya tak nak berita ni tersebar ke pihak media. Tolong beritahu orang awam di sini untuk menutup mulut tentang kejadian ni di bawah permintaan saya sendiri." Pintanya.
"Baiklah tuanku. Nanti pihak kami akan maklumkan kepada mereka."
"Terima kasih sekali lagi, inspektor."
Inspektor Syed menunduk tubuhnya untuk memberi penghormatan kepada Ryan dan Bella. Mereka berdua hanya membalas dengan tunduk sedikit bersama senyuman ikhlas. Bentley hitam dihampiri. Sudah tiba masanya untuk mereka segera pulang ke ibu kota.
Perjalanan mereka ke private airport dikawal sepenuhnya oleh pengawal-pengawal keselamatan khas. Bella hanya membuang pandangan kosong ke luar tingkap kereta. Ugutan bunuh yang dibaca awal pagi tadi masih berlegar dalam fikirannya.
***
Gennevies,
Di ibu kota pula kepulangan mereka disambut oleh Harry. Harry sudah mulai berasa risau akan keselamatan mereka setelah mendengar berita tentang kejadian awal pagi tadi. "Mujur saja tuanku berdua tak cedera." Ryan hanya tersenyum kelat sambil mendapatkan tangan Bella di tepi membuatkan puteri itu tersentak. Jauh benar dia termenung. Ryan membenarkan Bella masuk ke dalam perut kereta terlebih dahulu manakala dia pula berbual sedikit dengan Harry dahulu di luar.
Kepala Bella terasa pening sedikit dan entah mengapa, dia juga terasa mual pada masa yang sama. Seluruh tubuh badannya terasa lemah. Semasa mereka masih berada di jet peribadi tadi pun dia tidak banyak bercakap. Bella hanya berdiam diri dan asyik termenung, memikirkan keselamatannya sendiri. Terlalu banyak yang perlu dihadam membuatkan Bella sedikit tertekan.
"Awak okay?" Soal Ryan sebaik sahaja melabuhkan punggungnya bersebelahan Bella di tempat duduk penumpang di belakang. Bella hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum pahit. Ryan dapat membaca riak wajah itu. "Come here." Dia menarik Bella mendekatinya dan segera memeluk tubuh puteri itu. Bella menyandarkan kepalanya dengan selesa pada dada Ryan. Terasa selesa dan selamat dalam dakapan raja itu.
"Kalau dah sedia kita boleh gerak sekarang." Kata Harry yang baru sahaja memboloskan diri ke tempat duduk penumpang di depan.
"Ya, kita boleh gerak sekarang." Nyata Ryan lalu Harry lantas mengangguk kepalanya dan menyuruh pemandu diraja di sebelahnya untuk membawa mereka terus ke istana. Beberapa minit selepas itu, kereta diraja yang membawa Ryan dan Bella selamat dipandu sampai ke istana.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...