The Greatest | 18
Day-2,
Semua peserta telah pun berada di audience chamber istana. Mereka menunggu ketibaan Ryan yang tidak akan pernah datang itu.
Blair memandang sinis ke arah Charlotte membuatkan Charlotte rasa tidak selesa. Dia menghampiri Charlotte dan yang lain di situ.
"Look what have you done." Ujar Blair, dingin.
Charlotte menjegilkan matanya ke arah Blair. Dia lalu tertawa sinis.
"What? Betul lah kan? Kalau dia pakai baju Ratu Laura untuk hari ni, takpe lah sebab hari ni tempoh untuk mereka berkabung dah tamat. Like I said yesterday, you can't blame me." Ujarnya penuh yakin.
Berlagaknya dia ni! Getus Blair dalam hati. Dia lihat Charlotte ingin mengatakan sesuatu padanya namun puteri itu masih kelihatan berlagak. Privilege enough, huh?
"Awak tak rasa ke yang benda ni disengajakan? Ya lah, kenapa dia nak pakai baju tu kalau bukan Raja Ryan yang suruh, kan? Awak rasa mereka ada apa-apa hubungan ke?"
Blair memandangnya serius. Ada apa-apa hubungan? Nonsense! Blair dah pun tahu sebab Ryan lakukan perkara sebegitu. Cuma kenapa perlu melalui Bella?
"Adakah Raja Ryan cuba untuk kagumkan kita semua dengan menyuruh Bella pakai outfit bondanya kerana dia berhak? I mean, mesti dia 'Hey, guys! Look, she's my girlfriend. She can wear everything including my mom's clothes because she's mine.' Don't you think he tried to prove something? Awak tak fikir macam tu ke?" Sah! Charlotte memang kaki gosip dan big mouth.
"Oh come on, Charlotte! Semua yang awak katakan tu langsung tak masuk akal!" Nafi Blair.
"Kalau apa yang saya fikirkan tu tadi adalah sebahagian daripada kebenarannya, apa awak akan buat? Awak cemburu? Kami semua tahu awak rapat dengan Raja Ryan selama ni. Mustahil awak tak sukakan dia, kan?"
Sudah! Blair sudah tidak tahan dengan semua itu. Charlotte is the real bitch dalam kalangan golongan kerabat diraja.
"Can you just shut up? Awak ni pangkat aje puteri tapi kaki penyibuk!" Blair berlalu dari situ meninggalkan mereka dalam keadaan terpinga-pinga.
***
Klik! Klik! Klik!
Bunyi kamera ditekan ada di mana-mana sahaja. Ryan sudah terbiasa dengan keadaan ini. Dengan beraninya, dia berhadapan dengan para media untuk press conference singkat yang diadakan di luar istana.
"Maaf di atas masalah yang pihak istana sudah timbulkan setakat ini. Ia bukan bermaksud untuk berlaku biadab namun keputusan tu, saya sendiri yang tetapkan. Semuanya bukan salah Puteri Bella sebaliknya saya yang jadi punca utama baginda terlibat dalam isu ini. Saya katakan begini kerana saya ingin hapuskan stereotaip tersebut. Saya harap agar lepas ni, warga Gennevies tidak lagi berpegang sepenuhnya pada adat kerana jika kita terus begini, ia akan menyusahkan diri kita sendiri. Hanya untuk tiga tahun bagi tempoh berkabung sudah cukup berbanding lima tahun. Ini perintah terbaru saya. Terima kasih."
Ryan mengatur kotnya dulu agar kemas dan pengawal-pengawal sibuk mengiringinya masuk semula ke dalam istana, begitu juga dengan Harry dan Sir Nicholas. Para media yang ingin menanyakan beberapa soalan lagi di luar tidak dihiraukan.
"Tuanku dah gila ke?" Soal Sir Nicholas.
"Jangan risau, Mr. Nicholas. Saya akan uruskan segalanya untuk bersihkan nama Puteri Bella. Semua ini bukan salahnya tetapi saya." Ujar Ryan, penuh karisma.
"Tuanku memang suka timbulkan masalah yang tak diingini. Macam mana kalau berita ni sampai ke pengetahuan pemegang adat? Apa tuanku ingin lakukan?"
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...