I'll Miss You | 47
Tidak sampai beberapa minit, Porsha sudah melawan tidak mahu diberi mandi. Tidak lama sahaja Bella dapat merendam seluruh tubuhnya ke dalam singki, kucing itu terus melarikan diri. Sungguh, suasana di bilik mandi itu kelam-kabut sahaja ditambah pula dengan kehadiran Noah yang dari tadi tidak tahu hendak berbuat apa – langsung tidak membantu!
"Porsha!" Panggil Bella dari kejauhan, macam lah kucing parsi itu akan menyahutnya. Noah di tepinya pula tidak berniat hendak mengejar kucing tersebut. Dia hanya memegang sehelai tuala dengan wajahnya yang kelihatan polos, memerhatikan gelagat Bella yang sudah mulai frustrasi itu.
Bella menutup pili air dengan segera. Noah di tepinya dipandangnya tidak puas hati. "Ish! Awak ni, at least pergilah kejar kucing tu. Ni tak, berdiri saja di sini buat apa?" Marah puteri itu sambil menampar bahu Noah. Noah yang baru sahaja dimarahinya itu pula hanya memandangnya keliru. Putera itu langsung tidak berkutik apabila bahunya dipukul oleh Bella. Bukannya sakit pun.
"Saya manalah tahu. Saya bukannya pernah bela haiwan." Diletaknya sehelai tuala yang dipegangnya tadi ke atas permukaan singki.
"Dah lah, ke tepi sikit." Bella berputus asa dan menyuruh putera itu untuk bergerak ke tepi sedikit untuk memberinya laluan. Menyemak saja. Kakinya pantas melangkah keluar dari bilik mandi, meninggalkan Noah yang masih terpinga-pinga. Namun, akhirnya putera itu memilih untuk mengekori Bella sekali lagi walaupun sudah dimarahi.
"Bella, wait-" Noah berlari-lari anak mengejar langkah puteri itu.
"Awak nak pergi mana?" Soal Noah yang sudah menyamakan langkah mereka. Dia melirik elok wajah Bella dari tepi dan sepertinya puteri itu sama sekali masih tidak berubah riak. Bella nampaknya seperti agak tertekan? Bukankah baru tadi dia tersenyum-senyum malah mengikut ketawa semasa mereka berbual kosong di dapur? Takkan lah hanya kerana seekor kucing parsi sahaja boleh membuatkan puteri itu kehilangan mood. Atau pun kerana kehadirannya di situ?
"Hey, Bella. Saya ada di sini okay?" Dia berusaha untuk menarik perhatian puteri itu. Bella mengeluh panjang. Dia menghentikan langkahnya dan menghadap Noah yang sejak dari tadi tidak berhenti mengekorinya.
"Boleh tak awak jangan ikut saya? Maaf, tapi saya agak rimas."
"Kenapa pula? Okay, saya nak minta maaf. Tapi kenapa sejak kebelakangan ni awak selalu emosi dengan saya?"
"Jadi?" Puteri itu berpeluk tubuh, memandangnya penuh serius.
"Tak, maksud saya, mulai dari pagi tadi. Kenapa, eh?" Sungguh Noah tidak tahu apa alasannya Bella berkelakuan tidak menentu saat itu.
"Adakah itu soalan yang wajar untuk saya jawab?"
Noah menggeleng kepalanya. Bella melepaskan keluhan kecil lantas tersenyum paksa. Mereka sebaya tetapi entah mengapa Bella kini semakin melihat putera itu seperti anak kecil dan layak dianggap sebagai adik lelakinya. Noah itu terkadang kelihatan polos namun sikapnya tidak begitu. Entahlah.
"Awak bosan sangat ke sampai nak ikut saya ke mana saja?"
"Ya." Jawab Noah. Bella tersentak. Heh.
"Suram juga hidup awak ni, ya? Sampai girlfriend abang sendiri pun awak nak ekori macam seorang stalker. Disuruh pergi dating, cakap tak ada date." Bebel Bella. Noah hanya tersengih sahaja.
Tidak malu.
Bella mula berdiam diri dan berfikir sejenak. Kemudian, dia mendapatkan satu idea bernas yang boleh membuang rasa bosan si Noah ini. Wajah Noah dipandangnya penuh makna membuatkan putera itu bertambah sangsi. Tanpa dipinta, Bella terus menarik tangan kanan Noah membuatkan tubuh putera itu terdorong ikut sama dengannya. Noah tersentak. Eh?
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...