Aklodovia | 52
Setibanya Bella di private airport, dia disambut oleh berpuluh media yang telah menunggunya di sana. Bella tidak tahu jika para media tersebut tahu tentang kepulangannya ke Aklodovia pada hari itu setelah agak lama berada di negara orang selama ini.
Tentu sahaja jika para media bergumpul di sana untuk melaporkan bahawa Bella, bakal pemimpin yang ditunggu-tunggu oleh rakyatnya telah pulang ke tanah air setelah sepuluh hari mencari ilmu di negara orang.
Masing-masing berebut mengajukan soalan kepadanya dan memperlakukannya seolah-olah dirinya selebriti. Walaupun kini Bella sudah tidak takut berhadapan dengan orang ramai tapi masih sahaja dia tidak suka kalau berada dalam keadaan yang sesak sebegini. Para pengawal pula cuba sedaya upaya untuk melindunginya dari kerumunan para media tersebut.
Bella berjaya diiringi dengan selamat sehingga ke kereta diraja yang menjemputnya di depan lapangan.
"Welcome home, Your Highness."
Bella melakar senyuman kecil. Sudah lama dia tidak bersemuka dengan Bardwin. Bardwin mengangkat mukanya setelah tunduk sedikit di hadapan Bella. Dia gembira kerana dapat berjumpa dengan Bella semula.
"Awak kelihatan sihat Bardwin."
"Terima kasih tuanku." Balasnya sambil membukakan pintu kereta untuk Bella. Tanpa membuang masa, Bella pun memboloskan diri ke dalam perut kereta. Mereka meninggalkan private airport tanpa menghiraukan para media yang sudah menunggu lama di sana.
Sepanjang perjalanan ke istana, Bella terus memikirkan banyak perkara. Dan sudah tentu Bella tidak sabar ingin bertemu dengan bondanya, Ratu Amanda. Pada masa yang sama juga Bella berasa gugup. Bella tidak tahu bagaimana dia ingin bercerita semua tentangnya selama di Gennevies kepada Ratu Amanda.
Kini mereka sudah tiba di istana. Bella mengamati luaran istana yang menjadi tempat tinggalnya selama ini dengan lama dari dalam kereta. Bella merindukan segalanya apa yang ada di Aklodovia.
Ratu Amanda yang sudah dimaklumkan tentang kepulangan Bella sudah pun menunggu di luar istana, ingin menyambut kedatangan puteri tunggalnya. Bella keluar dari perut kereta setelah Bardwin bantu membukakannya pintu kereta.
Bella tidak terus untuk pergi menuju ke Ratu Amanda malah dia masih berdiri di tempatnya dan saling bertatapan dengan bondanya. Ratu Amanda yang faham pun mendepakan kedua-dua tangannya agar puterinya itu datang terus ke pelukannya. Bella tersenyum pahit dan kemudian menghamburkan dirinya ke dalam pelukan Ratu Amanda.
"Bonda..." Rintih Bella perlahan. Tidak dapat menahan lagi, air mata Bella tumpah dengan bebas. Dia menangis semahu-mahunya dalam dakapan sang bonda. Bella tahu dia sudah pulang dengan tidak mengecewakan Ratu Amanda malah membanggakan namun Bella cukup patah hati kerana masalah yang terjadi di antaranya dengan Ryan dan seluruh Gennevies.
Ratu Amanda hanya mampu melakar senyuman pahit. Ratu Amanda meleraikan pelukan mereka untuknya melihat wajah Bella dengan lebih jelas. Kerana kulitnya yang cerah, hidung Bella tampak terlalu merah begitu juga pipinya. Menangis macam ini masih saja cantik. Ratu Amanda kemudian menangkup wajah kecil Bella dan mengesat air matanya yang kian mengalir.
"Nanti bagitahu bonda segalanya ya? Kita masuk dulu?"
Bella mengangguk lemah kepalanya. Mereka pun masuk ke istana dan terus menuju ke kamar Bella. Ratu Amanda membawa puterinya untuk duduk bersama-sama di atas katil. Penampilan Bella agak berantakan sekarang kerana sudah menangis sepuas-puasnya dalam pelukan bondanya di luar istana.
"Apa yang dah terjadi? Ceritakan semuanya pada bonda, boleh?"
Tanpa ragu-ragu, Bella pun menceritakan semuanya pada Ratu Amanda. Sudah semestinya Ratu Amanda terkejut mendengar apa yang telah menimpa puterinya selama berada di Gennevies namun ratu itu tetap tenang. Setelah Bella habis bercerita, Ratu Amanda menyuruh puterinya untuk berehat dahulu.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...