Apologize | 24
Keadaan di ruang makan lebih tegang berbanding biasa. Bella langsung tidak menghiraukan kehadiran Ryan di situ setelah apa yang raja itu lakukan padanya tadi.
Bella kehilangan selera. Sudu dan garpu diletak kasar ke atas meja. Ryan hanya melihat dari ekor matanya. Bella menolak kerusinya ke belakang dan bingkas bangun dari duduknya.
Bella membawa dirinya terus ke perpustakaan istana. Bella ingin merehatkan mindanya di situ sebelum bermulanya Big Conference nanti untuk hari keempat.
Buku dalam rak diambil. Bella duduk di sofa yang berdekatan. Tangan dia bawa ke leher. Peristiwa sebentar tadi masih menghantui Bella. Bella rasa bersalah kerana tertampar akan raja yang sangat dihormati oleh warga Gennevies itu. Ah, salah dia sebab gatal sangat, tu makan dia!
Sedang dia cuba tekun membaca, Ryan datang ke perpustakaan tersebut. Bella mencebik. Kat situ aku, kat situ juga dia! Ryan datang untuk meminta maaf. Bella ingin lari, dia letak semula buku yang dipegangnya tadi ke atas meja kopi di hadapan. Bella mengatur langkahnya.
Belum sempat Bella ingin melarikan diri, Ryan sudah menghalangnya. Langkah Bella terhenti.
"Apa lagi ni?"
"I'm sorry untuk tadi okay?" Ucap Ryan, bersahaja. Bella mengusap-usap lehernya dan dia meliar matanya ke arah lain. Bella tidak ingin bertembung mata dengan raja itu.
Melihat tindakan Bella sebegitu, rasa bersalah semakin memuncak dalam diri. Ryan mendekati Bella dan Bella hanya membeku di situ. "I'm sorry." Tutur Ryan perlahan. Kali ini kata maafnya lebih ikhlas berbanding tadi.
"Senanglah awak tutur kata maaf tapi awak tak terbayar maruah saya, Raja Ryan." Bella kecewa.
"Look..." Ryan menghampiri Bella. Bella tersentak. Ryan cuba untuk menyentuh pipi Bella namun tidak sempat kerana puteri itu menepis tangannya.
"Don't touch me! You are not my boyfriend!" Larang Bella sambil menunding jari tepat di depan wajah Ryan. Ryan tersenyum sinis. Tangan disilangkan ke badan. Anak matanya menikam anak mata Bella.
"Oh really?"
Bella tidak menyahut.
"Awak betul, saya bukan siapa-siapa pada awak dan awak jangan mimpilah, orang macam awak ni tiada siapa yang suka. Siapa boleh sentuh awak? Boyfriend khayalan awak ke? Jangan perasan!" Ujar Ryan sinis lalu melangkah keluar dari perpustakaan sambil melanggar bahu Bella membuatkan Bella agak tersasar sedikit ke belakang. Pintu perpustakaan dihempas kuat. Bella geram. Dasar jahat!
***
Satu sampul surat yang dinanti-nantikan selama ini akhirnya sampai ke tangan. Ratu Amanda segera membuka sampul tersebut di bilik pejabatnya. Surat dikeluarkan. Cermin mata juga tidak tinggal untuk dipakai semula.
New Ally, 2020
Aklodovia–Gennevies
Sign :
Ratu Amanda tersenyum kecil. Bardwin menyerahkan sebuah fail dokumen kepada Ratu Amanda. Ratu Amanda mengambilnya dan segera membaca isi dokumen. Ditelitinya elok setiap syarat dan perjanjian yang telah dibincangkan bersama Ryan.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...