Back To You | 57
Beberapa minit sebelum Sir Nicholas bertindak melawan Ryan di pejabat, semua tetamu dikejutkan dengan satu tayangan skrin LED di ballroom yang memaparkan rakaman CCTV pada 5 tahun yang lepas.
Dari rakaman itu kelihatan beberapa individu sedang sibuk di ruang legar istana. Sepertinya mereka sedang bersiap untuk berangkat ke sesuatu tempat. Dilihat dari bahasa badan dan gaya pemakaian, beberapa tetamu di sana tahu dua orang individu tersebut merupakan Raja George dan Ratu Laura. Seorang lagi pula merupakan Raja Lawrence.
"Apa ni?"
"Bukan itu Raja George dan Ratu Laura?"
"Raja Lawrence?"
Seluruh ballroom dipenuhi dengan bisikan para tetamu. Sementara rakaman CCTV ditayangkan, semua ejen RESF yang ada bertindak melawan pengawal-pengawal yang berada di bawah kawalan Sir Nicholas tanpa menimbulkan kekecohan di luar dan dalam istana.
Rakaman CCTV kemudian beralih ke garaj istana. Kelihatan seorang lelaki misteri yang berpakaian serba hitam menyelinap masuk ke garaj dan mendekati sebuah kereta diraja. Lelaki itu melihat sekelilingnya terlebih dahulu untuk memastikan tiada sesiapa yang ada di sana selain dirinya. Setelah mendapati line clear, lelaki itu kemudian bergegas membuka pintu kereta di tempat duduk pemandu. Tindakannya itu sepertinya sedang berusaha merosakkan brake kereta.
Semua tetamu di sana terkejut setelah mengetahui kebenarannya. Berita kemalangan Raja George, Ratu Laura dan Raja Lawrence dahulu pernah melaporkan bahawa kemalangan kereta mereka berpunca daripada brake kereta yang sudah dirosakkan dan juga permukaan jalan yang licin kerana waktu itu juga musim sejuk dan salji tengah turun dengan banyak. Cumanya pada waktu itu tidak ada yang tahu siapa dalang disebalik semua itu melainkan unit siasatan yang sudah dirasuah oleh Sir Nicholas terlebih dahulu untuk menutup mulut mengenai perbuatan jenayahnya.
Disebabkan itu juga siasatan menjadi lambat dan rakaman CCTV disembunyikan. Oleh kerana siasatan lanjut tidak dilaksanakan dengan cekap, Ratu Amanda memilih untuk menutup kes tersebut kerana tidak mahu mereka main-main ke atas kes kemalangan itu. Akhirnya, kes kemalangan itu diputuskan hanya berpunca daripada permukaan jalan yang licin.
Namun, kini semua tetamu yang hadir tahu punca utama kemalangan yang berlaku lima tahun lepas − kemalangan yang sehingga mengakibatkan kereta diraja yang membawa Raja George, Ratu Laura dan Raja Lawrence terbabas sehingga melanggar pohon kayu besar. Antara sebuah kemalangan kereta yang paling teruk dalam sejarah Gennevies walaupun mangsa-mangsa sempat dilarikan ke hospital tetapi tiada seorang pun yang selamat pada akhirnya.
Tayangan skrin LED kemudian dijeda dan mereka lagi dikejutkan dengan bunyi tembakan yang bertubi-tubi datang dari tingkat atas. Semuanya dalam ketakutan. Tetamu-tetamu lari apabila mendapati kehadiran Sir Nicholas yang kelihatan cemas melarikan diri bersama pistol di tangannya. Ryan bersama tiga orang individu lagi turut mengekori lelaki itu dari belakang.
Apa yang sudah terjadi? Seisi ballroom tengah bingung dan bunyi jeritan turut memenuhi ruang. Sebahagian daripada 'pelayan' yang bertugas menghentikan penyamaran mereka dan masing-masing mengangkat pistol dan semuanya dituju ke arah Sir Nicholas.
Semua yang ada di ballroom ketika itu menyaksikan konflik yang berlaku. Ryan dan Sir Nicholas yang saling berbalas sehinggalah mereka dikejutkan sekali lagi dengan Bella yang entah dari mana tiba-tiba di bawah tahanan Maxwell.
Bella berusaha ingin melepaskan dirinya namun tenaganya tidak mampu melawan kudrat Maxwell. Bella terkejut saat pistol yang digunakan oleh Maxwell berada tepat di tepi kepalanya. Picu pistol ditarik dan..
PANG!
Bella terjatuh ke lantai dan pistol yang dipegang oleh Maxwell tadi turut jatuh tidak jauh darinya. Apa? Bella sama sekali tidak tahu apa yang sedang terjadi sekarang. Bella menoleh ke belakang dan melihat Maxwell yang sudah rebah ke lantai kerana kakinya telah ditembak.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...