Should We Meet Again? | 5
Pintu kamar dihempasnya kuat. Bella menjerit kecil di tengah-tengah kamarnya. Dia geram. Sampai hati dia sindir aku depan bonda?!
Laci meja yang terletak tidak jauh dari katilnya itu ditarik. Di dalamnya terdapat pisau kecil yang cukup tajam untuk melukakan anggota badan. Agak lama juga Bella merenung pisau kecil tersebut. Kemudian, barulah Bella tersedar akan perbuatannya.
Hari ini, sudah dua kali Bella ingin bertindak sebegitu. Apabila fikirkan semula tentang Ratu Amanda dan nasib Kerajaan Aklodovia pada masa yang akan datang, niat 'gelap' Bella terus terbatal. Laci meja tersebut ditutup semula.
Bella menekup wajahnya. Dia lalu terduduk di atas lantai. Air matanya mula mengalir ke pipi.
"Aku dah gila ke?" Soalnya pada diri sendiri.
Kehadiran raja itu membuatkan Bella sedar. Bella menumbuk lantai kamarnya dengan perasaan yang sangat geram. Bella sedar bahawa dia lebih sensitif berbanding yang dia sangka. Sindiran raja itu sudah cukup membuatkan dia sakit hati. Entah mengapa Bella perlu rasa begitu sedangkan dia boleh sahaja tidak mempedulikan kehadiran Raja Ryan.
Am I too overreacting?
Bella menarik dan menghembus perlahan nafasnya. Semuanya sia-sia sahaja. Bella lantas bangun dan langkahnya lalu diatur ke beranda yang bersambungan dengan kamarnya.
Dari situ, Bella dapat melihat Ratu Amanda dan Raja Ryan berserta Harry di belakang. Nampak seperti Ratu Amanda ingin menghantar kepulangan Raja Ryan dan pembantu peribadinya itu. Bella mendesis.
"Terima kasih untuk makan malam hari ini dan jemputan tuanku. Saya menghargainya. I have so much fun here." Ujar Raja Ryan bersama senyumannya.
"My pleasure, Your Majesty. Maaflah di atas kelakuan Bella sepanjang hari ni. Nanti, kalau tuanku ingin datang melawat Aklodovia semula, saya janji akan sediakan makan malam yang sempurna untuk tuanku."
Raja Ryan hanya tertawa kecil sambil tersenyum.
"Apa-apa pun saya akan cuba untuk beri tuanku sebarang maklumat terkini tentang apa yang kita bincangkan tadi. Paling lambat pun, esok saya akan suruh mereka sampaikan pada tuanku."
"Baiklah."
Setelah selesai mencium tangan kanan Ratu Amanda, Raja Ryan pun lalu masuk ke dalam limousin hitam tersebut, begitu juga dengan Harry yang mengambil tempat duduk di depan bersebelahan dengan pemandu. Ratu Amanda menghantar pemergian raja itu dengan lambaian dan senyuman.
Limousin hitam tadi sudah tidak kelihatan lagi di perkarangan kawasan istana mereka. Bella pun lalu masuk ke dalam kamarnya semula. Bella berharap agar dia tidak akan bertemu dengan Raja Ryan semula selepas ini.
***
Matanya dibuka perlahan-lahan. Jam alarm di tepi katil dipandang. Bella terkejut kerana pada pagi itu dia bangun agak awal juga. Tanpa sebarang helah, Bella bingkas bangun dari baringnya dan menuju ke bilik air.
Setelah selesai bersiap, Bella mengambil telefon bimbitnya dari atas end table tepi katil. Seharian dia tidak bermain dengan gajet itu oleh kerana majlis tari-menari semalam. Usai sahaja menyemak setiap pesanan dan missed call, Bella menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket tweed merah jambunya.
Dia menjenguk sebentar ke luar koridor. Tiada seorang pun manusia yang lalu-lalang di situ. Mana pergi semua orang?
Bella pun melangkah keluar dari kamarnya dan pergi menuju ke tingkat bawah istana. Di situ, dia terserempak dengan Sarah.
"Sarah, mana pergi bonda dan yang lain? Asal sunyi aje hari ni?"
"Oh. Ratu Amanda tengah adakan mesyuarat pagi ni bersama barisan menteri kabinet yang lain." Ujar Sarah lalu berlalu dari situ.
Mesyuarat? Mesyuarat untuk apa pula? Kalau ya pun, takkan lah tak ajak aku ikut sekali? Tanpa membuang masa, Bella berjalan pantas ke bilik mesyuarat. Dia ingin tahu isi mesyuarat mereka. Mungkin ia sesuatu yang urgent!
Sesampai sahaja di depan pintu bilik mesyuarat, Bella terhenti seketika. Bella lihat di kiri kanan pintu tersebut, tiada juga pengawal yang bertugas. Apahal sunyi sangat ni?
Bella mendaratkan sisi wajahnya dan melekapkan telinga kanannya pada daun pintu itu. Dia ingin mendengar isi mesyuarat mereka di dalam. Kedengaran seperti suasana di bilik mesyuarat agak tegang. Namun begitu, Bella masih tidak dapat mendengar dengan jelas pertengkaran mereka.
Kelihatan tombol pintu seperti dipulas dari dalam. Bella terkejut. Dia lalu menjauhkan diri daripada pintu tersebut.
"Saya dah tetapkan keputusan tu, Leceister. Takde gunanya awak nak bantah lagi. Perkara ini sudah lama dibincangkan."
Ratu Amanda memandang wajah Sir Leceister dengan serius sekali. Bella yang tidak disedari kehadirannya di situ hanya berdiam diri menyaksikan pertengkaran mereka di luar bilik mesyuarat.
"Tapi tuanku, tuanku pasti ke? Saya bukannya apa sebab dah bertahun tuanku sertai Big Conference tu so mustahil lah kalau tuanku tak ikut lagi jadi wakil kita tahun ini. Lagipun bukan ke tuanku kata tuanku nak jadi ally kerajaan tu? Adakah tuanku yakin Puteri Bella boleh lakukannya?" Soal Sir Leceister yang masih membantah keputusan Ratu Amanda.
Kenapa Sir Leceister sebut nama aku pula ini? Bella menjadi lebih keliru.
"Cuba awak tengok ke belakang. Saya percaya barisan menteri kabinet kita setuju dengan cadangan serta keputusan saya." Ujar Ratu Amanda sambil tersenyum. Keadaan begitu tegang ketika itu. Bardwin pula hanya menurut sahaja kehendak mereka. Tiada siapa di antara menteri kabinet tersebut ingin membantah cadangan Ratu Amanda kecuali Sir Leceister seorang.
"Jangan risau. Jika awak letakkan sepenuhnya kepercayaan awak pada Bella, saya pasti Bella boleh lakukannya demi masa depan kerajaan kita yang cerah. Sudah tiba masanya untuk saya perlahan-lahan mengundurkan diri. Ingat apa yang kita dah bincangkan hari ni."
Ratu Amanda terus berlalu dari situ diikuti Bardwin dari belakang. Mereka masih tidak sedar dengan kehadiran Bella di situ. Bella begitu terkejut dan keliru dengan apa yang baru didengarinya. Apa yang Ratu Amanda cuba lakukan? Dan apa kaitannya dengan Bella?
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...