New Journey | 6
Kakinya pantas melangkah ke arah bilik pejabat di mana Ratu Amanda dan juga Bardwin berada ketika itu.
"Apa yang bonda maksudkan di luar bilik mesyuarat tadi?" Soal Bella terus sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik pejabat tersebut.
Ratu Amanda bangun dari duduknya. Dia agak terkejut mendengar soalan Bella itu tadi.
"Sejak bila kamu berada di depan bilik mesyuarat tadi? Bonda tak nampak kamu pun."
"Err, yang itu bonda ketepikan dulu. Bella cuma nak tahu isi perbincangan bonda dan yang lain semasa mesyuarat pagi tadi."
Ratu Amanda mengeluh. Dia menanggalkan cermin matanya dan diletakkan ke atas meja. Bardwin di tepi pula dipandang. Bardwin hanya tersenyum kecil.
"Look, Bella, tahun ni bonda tak akan menyertai Big Conference tu lagi."
"Kenapa pula? Sudah bertahun-tahun kut bonda ikut Big Conference tu. Sejak dari zaman pemerintahan ayahanda lagi."
"Kamu tentu masih ingat kan? Kamu pernah kata pada bonda dulu yang kamu nak jadi wakil Aklodovia untuk Big Conference tahun ni."
Bella tergamam. Ya ke? Kenapa aku tidak ingat?
"Sebab tu bonda putuskan untuk tidak ikut lagi tahun ni. Bonda bagi peluang pada kamu. Dah lama kamu nantikan saat-saat ini, kan?"
Bella hanya berdiam diri. Apabila difikirkan balik tentang keputusannya ingin menggantikan tempat Ratu Amanda sebagai wakil Aklodovia untuk Big Conference tahun ini dan berikutnya, Bella rasa ingin menarik semula kata-katanya. Semangatnya untuk berubah tahun ini sudah luntur disebabkan Raja Ryan.
"Kenapa kamu diam? Kamu sepatutnya gembira. Lagipun, bonda dah lama bincang benda ni dengan Raja Vincent sebelum mesyuarat tadi. Kali ni, Big Conference akan diadakan di Gennevies. Mereka jadi host untuk tahun ni." Ujar Ratu Amanda, tenang.
Jap! Big Conference akan diadakan di Gennevies untuk tahun ini? What?! Mata Bella terbuntang luas apabila mendengar bahawa Gennevies akan menjadi host untuk tahun ini.
"Gennevies?!"
"Ha'ah, apa masalahnya?"
"No, no, no. Bella tak akan jadi wakil untuk tahun ni. Bonda aje lah pergi." Bella segera menolak.
"Mana boleh macam tu? Bella kan nak sangat peluang ni. Bonda hantar kamu dengan rela hati pun sebab bonda percayakan kamu dan bonda ingin melatih kamu melalui Big Conference ni walaupun ramai yang tak berapa setuju dengan cadangan dan keputusan bonda."
"Tapi...tapi..."
Ratu Amanda menapak keluar dari kawasan mejanya dan meluru perlahan ke arah Bella. Bahu Bella dipegangnya erat.
"Nak, kalau kamu nak tarik balik keputusan kamu dulu pun dah takde gunanya sekarang. Bonda dan Raja Vincent dah bincangkan benda ni semalam. Raja Vincent bersetuju dan dia akan aturkan semuanya untuk wakil baharu seperti Bella ni. Jangan risau. Kamu inginkan perubahan untuk diri kamu, bonda masih ingat lagi kamu ada cakap tentang ni dulu-dulu cuma dulu bonda belum sedia lagi nak lepaskan kamu..."
Ratu Amanda melepaskan bahu Bella. Dia juga melepaskan keluhan yang berat dahulu sebelum menyambung lagi bicaranya.
"Sekarang bonda sudah nampak peningkatan dalam diri kamu dan bonda yakin kamu boleh berubah sepenuhnya jika itu yang kamu mahukan selama ini. Bonda percayakan kamu, Bella. Sudah tiba masanya untuk bonda pelan-pelan mengundurkan diri dan lepaskan takhta ini untuk kamu. Kamu merupakan anak raja yang berada di line pertama sekarang untuk takhta yang seterusnya. Sebab tu–"
"Line pertama? Kalau Bella nak tolak juga, macam mana? Bella pasti sepupu Bella yang lain boleh lakukannya. Bella kan tak ada adik." Potong Bella. Dia berusaha untuk mencipta apa-apa alasan agar tidak menjadi wakil Aklodovia untuk Big Conference kali ini. Bella masih belum bersedia dari segi mental, berhadapan dengan Raja Ryan setelah apa yang raja itu lakukan padanya selama satu hari yang lalu.
"Bella dengar dulu apa yang bonda ingin cakapkan ini, ya?"
Bella lalu terdiam.
"Sekarang kamu sedar bahawa kamu merupakan line pertama untuk takhta yang seterusnya. Sebab tu, bonda nak kamu sertai Big Conference ni untuk melatih diri kamu dan mempersiapkan kamu sebelum kamu menduduki takhta itu. Kalau nak harapkan bonda berpegang pada takhta ini selamanya, bonda tak boleh berbuat begitu. Masa depan Aklodovia kini bergantung pada kamu. Kamu tahu itu, kan? Bonda berharap agar kamu pertimbangkan elok-elok apa yang bonda katakan ini. Kalau mereka kata kamu tak layak sekalipun, buktikan pada mereka bahawa kamu boleh. Buat mereka percaya pada kamu, Bella."
Ketika itu, segalanya kucar-kacir dalam fikiran Bella. Dia sendiri sudah tidak tahu ingin bertindak bagaimana selepas ini. Kalaulah dia tidak bertemu dengan Raja Ryan hari itu, tentu mudah untuk Bella katakan 'ya' dengan keputusan Ratu Amanda. Realiti benar-benar merumitkan lagi keadaannya yang sudah pun rumit itu apabila takdir sengaja menentukan Big Conference tahun ini akan diadakan di Kerajaan Gennevies.
Bella mendampingi Ratu Amanda di situ. Ratu Amanda begitu mempercayainya. Bella akan rasa bersalah seumur hidup jika dia memusnahkan kepercayaan Ratu Amanda padanya. Bella bagaikan sudah tidak ada pilihan lain lagi. Ini apa yang aku mahukan selama ini. Peluang yang ada ini lebih baik aku ambil sebelum aku menyesal.
Bella menarik tangan Ratu Amanda. Dia menggenggam erat tangan itu. Apabila Bella melihat ke dalam mata Ratu Amanda, jelas sekali ratu itu meletakkan harapan yang tinggi terhadapnya. Bella tersenyum kelat.
"Bella akan tunaikan permintaan Bella sendiri. Bonda betul, ini apa yang Bella mahukan selama ini. Demi masa depan Aklodovia, Bella akan lakukannya."
Ratu Amanda lega mendengar apa yang baru sahaja keluar daripada mulut puterinya itu. Dia tidak ingin menjadi hipokrit dalam hal ini. Namun, langkah seterusnya perlu dilaksanakan tanpa mengambil kira banyak tentang risiko agar bunga-bunga di taman sentiasa kekal cantik, menghasilkam bau yang harum dan tumbuh dengan subur.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...