Bab 56

131 4 0
                                    

Masquerade Night | 56

Bunyi das tembakan dari senjata api memenuhi ruang khemah tentera; di mana tempat untuk mereka berehat seketika sebelum menyambung semula operasi bersama.

Mereka sudah mula bertindak.

Operasi bersama yang dijalankan hanyalah lakonan semata-mata.

"Misi di Selatan sudah selesai. Tinggal nak target mereka yang berada di Utara pula." Lapor seorang daripada pegawai tentera Gennevies kepada pegawai tentera yang lain melalui walkie-talkie.

"Mesej diterima. Baik tuan, kami sedang menuju ke lokasi khemah di Utara."

"Baik." Balasnya dan kemudian menyimpan semula walkie-talkie di sebalik jaket kalis peluru yang dipakainya, sama seperti yang lain.

Pertahanan pasukan tentera Aklodovia begitu lemah kerana mereka sama sekali tidak bersedia dan tidak tahu kalau pihak Gennevies ingin bertindak seperti sekarang. Hampir separuh daripada anggota tentera Aklodovia dibunuh di bahagian Selatan oleh pihak Gennevies.

Diam-diam tentera Gennevies melaksanakan tindakan terkutuk mereka yang seterusnya; menghapuskan segala bukti dan membuang mayat-mayat tersebut ke tempat yang lebih tersembunyi dan sukar untuk diakses orang ramai.

Tidak perlu mengambil masa yang sangat lama untuk laporan mereka di pedalaman Aklodovia sampai ke pengetahuan Sir Nicholas yang kini berada di Gennevies.

"Mesej diterima." Balasnya sambil tersenyum sungging menatap pemandangan luar dari dalam istana.

Maxwell yang turut berada di sana berdebar-debar ingin tahu apa kesudahan perancangan awal mereka menghapuskan seberapa banyak tentera Aklodovia. Sir Nicholas tahu kalau Maxwell masih menanti jawapannya. Bahu lelaki itu ditepuk berkali-kali sambil tertawa sinis.

"Semuanya berjalan lancar. Jangan risau."

Barulah Maxwell dapat menarik nafas lega. Saat itu juga Maxwell mengeluarkan sebuah gajet; iPad dari dalam beg hitam yang dibawanya ke hulu ke hilir. Senarai nama tetamu kehormat yang sudah tersimpan di iPad tersebut dibuka. Maxwell segera melarikan jari-jemarinya di atas skrin sehinggalah dia sampai ke senarai yang paling akhir.

"Berita terkini, Puteri Bella request nak jadi sebahagian daripada tetamu majlis yang tuan ingin adakan esok. Jadi macam mana kita nak uruskan dia ni?"

"Oh ya ke? Tak sangka. Macam mana dia boleh tahu tentang majlis ni?"

"Mungkin daripada kalangan VIP. Sebab kita pun ada jemput golongan bangsawan dari Aklodovia."

Sir Nicholas diam seketika. Seminit kemudian, "Letak saja namanya di dalam senarai tu. Hantarkan kad jemputan kepadanya. Aku pasti pada saat akhir ini, dia mahu menyaksikan kemenangan aku sebelum aku memusnahkan segalanya."

Seketika Maxwell tercenggang sendiri. Setelah itu seperti yang diarahkan, Maxwell lalu menambahkan nama Bella 'Gabriella Roseth Wesley-Theur, Crown Princess of Aklodovia' pada senarai nama tersebut.

***

"Tuanku, ini kad jemputannya." Bardwin menghulurkan kad jemputan dari Kerajaan Gennevies kepada Bella yang tengah duduk berehat bersama Ratu Amanda di pejabat. Bella menyambut sampul surat berisi kad itu dan terus membuka sampul untuk melihat isinya.

The Gennevies Palace

Request The Honour of Your Presence At The

Royal's Masquerade Ball

"Masquerade ball?" Soal Bella dengan sebelah keningnya terangkat. "Ingatkan hanya sebuah majlis formal." Bella menyimpan semula kad jemputan tersebut ke dalam sampul putih tadi dan diletak ke atas meja kopi di hadapan.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now