First Meet | 1
Nama aku Gabriella Roséth Wesley-Theur. Panjang kan? Nama yang biasa bagi golongan kerabat diraja. Jangan risau orang ramai panggil aku Bella aje. Aku juga merupakan puteri tunggal kepada Raja Lawrence Wesley-Theur IV dan Ratu Amanda Irdina Wesley-Theur. Aku berasal dari Kerajaan Aklodovia – negara yang mengalami empat musim.
Usia aku? Aku berusia 24 tahun. Aku sudah pun tamat pengajian. Aku tinggal bersama bonda di istana. Ayahanda aku telah pun meninggal lima tahun yang lepas. Ayahanda meninggal dalam kemalangan kereta. Walaupun begitu, bonda tetap kuat dan berusaha untuk menjaga dan memerintah Aklodovia.
Bonda lah ratu yang paling dikagumi oleh semua golongan kerabat diraja di seluruh dunia. Setelah kematian ayahanda, bonda segera menggantikan tempatnya dan memerintah Aklodovia dengan cemerlang.
Tapi jujur kata, bonda sangat sedih dengan pemergian ayahanda namun ia tidak mematahkan semangat bonda untuk terus berjuang dan bertanggungjawab menjaga Aklodovia sambil dibantu oleh perdana menteri kami iaitu Sir Leceister James.
Ekonomi di Aklodovia sentiasa mantain sejak dari zaman pemerintahan ayahanda dulu. Terima kasih kepada bonda dan Sir Leceister.
Oleh itu, banyak kerajaan atau negara yang ingin menjadi ally kami. Ally Aklodovia yang paling tertua dan pertama ialah Kerajaan Rhodesy. Aklodovia dan Rhodesy sentiasa menyokong antara satu sama lain. Masing-masing juga berkembang pesat dalam dunia moden walaupun dikenali sebagai negara klasik.
Aku bangga menjadi Puteri Aklodovia atas dasar negara aku yang mampu bersaing hebat dengan negara lain. Namun, aku juga sedih menjadi Puteri Aklodovia yang sangat anti-sosial ni.
HAHA! Ya, aku tak pandai bergaul dengan orang ramai. Malah jika aku di depan orang ramai, aku mudah mendapat anxiety. Ya, aku punya social anxiety disorder. Ini bukan gurauan. Dalam seumur hidup aku menjadi puteri ni, aku tak pernah memberi ucapan di depan rakyat-rakyat aku.
Seluruh penduduk di Aklodovia begitu arif tentang diri aku yang satu ni. Banyak pihak media, bukan sahaja dari Aklodovia malah dari seluruh dunia menggelar aku 'The Cold Bella'.
I mean, like WHAT?! Aku bukanlah seorang yang dingin. Aku seorang yang biasa-biasa sahaja sebenarnya tapi tu lah bila berdepan dengan orang ramai mula lah mulut aku buat hal. Aku langsung tak pandai bergaul dengan orang ramai. Sebab tu aku tak ada kawan.
Walaupun semasa zaman aku masih belajar dulu pun, aku hanya dapat berkomunikasi sedikit dengan orang lain. Itu pun aku tak tahu nak mulakan perbualan mesra dengan mereka. Masalah ni timbul sejak dari aku masih kecil lagi. Ia datang dengan semula jadinya dalam diri aku.
Sekarang, aku masih MENCUBA. Mencuba untuk perbaiki semua ini. Ya, aku perlu berani. No more hiding. Oleh itu, bonda sentiasa inginkan kebebasan untuk aku. Bonda sanggup buat apa sahaja yang patut untuk beri aku peluang mengatasi kelemahanku yang satu ini. Aku sangat berpontesi kata bonda.
Aku juga ingin buktikan pada semua orang bahawa aku lah 'The Friendly Bella'. Mungkin. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku padamkan title 'The Cold Bella' tu untuk tahun baharu ni.
Aku juga telah banyak kali berjumpa dengan therapist aku sendiri. Ada jugalah peningkatan bersamanya. Namun, aku masih takut. Akan tetapi, segalanya berubah setelah aku bertemu dengan~
***
Bella masih di atas katilnya. Jarum jam hampir menunjukkan pukul 8 pagi. Pada kebiasaannya Bella akan bangun pada pukul 7.30 pagi. Awal kan? Sebenarnya, Bella boleh aje bangun sesuka hati dia namun Ratu Amanda tidak suka jika dia bangun lewat. Bagi Ratu Amanda, disiplin dan etiket sebagai seorang puteri sangat penting. Oleh itu, Ratu Amanda menetapkan waktu yang tepat untuk Bella bangun dari tidur.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...