Lost And Regret | 9
Bagasi merahnya ditarik terus ke perkarangan halaman istana. Pengawal di situ menyoal ke mana dia ingin pergi bersama bagasinya itu. Bella tidak menyahut sebaliknya dia meneruskan langkahnya ke luar pagar istana. Harry pula tanpa disedari mengikutinya dari belakang.
"Err, cik ni siapa ya?" Soal seorang daripada pengawal yang bertugas di luar kawasan istana itu.
"Bella." Jawab Bella ringkas.
"Oh, Bella! Puteri dari Aklodovia tu? Yang orang gelar 'The Cold Bella' tu?" Pengawal itu cuba meneka.
Bella hanya memandang serius ke arahnya membuatkan pengawal itu kembali serius juga. Dia sedar yang dia berkelakuan agak biadab di depan Bella. Lagipun, Bella tidak salahkan sangat pengawal itu sebab dia memang dikenali oleh orang ramai sebagai 'The Cold Bella'. Semua salah media lah ni!
"Puteri Bella nak pergi ke mana?" Soal pengawal istana itu dengan sopan.
Bella mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket kot dan dihulurkan kepada pengawal tersebut.
"Oh, Royal's Grand Palace! Tempat bangsawan-bangsawan dari seluruh dunia tinggal. Tuanku nak pergi ke sana ke? Saya boleh..."
"Tak perlu. Saya boleh tunggu teksi kat sini."
"Teksi jarang lalu sini tuanku. Kalau tuanku nak naik teksi juga, tuanku boleh jalan kaki dari sini terus ke pusat kota. Kat sana tuanku boleh jumpa banyak teksi." Terang pengawal itu sambil memulangkan kembali telefon bimbit Bella.
"Saya perlu jalan kaki ke kota?" Soal Bella, tidak percaya. Pengawal itu hanya mengangguk. Bella mengeluh berat. Ah, aku tak kira!
Bella lalu menarik bagasinya dan mula berjalan kaki dari situ terus ke pusat kota. Entah sejak bila kali terakhirnya menjejak kaki ke kota besar bersendirian begini. Selama di Aklodovia dulu, Bella tidak pernah keluar dari istana dengan sendirinya.
Bella menutup kepalanya dengan selendangnya tadi dan juga mengenakan kaca mata hitam agar dia tidak dikenali ramai. Terdapat ramai manusia yang berada di pusat kota ketika itu. Almaklumlah hujung minggu, semua orang keluar masa itu.
Bella mula kehilangan arah. Ke mana dia perlu pergi pun dia sendiri tidak tahu. Bella boleh sahaja menanyakan arah pada orang awam di situ namun disordernya menjadi penghalangnya pula. Terlalu ramai manusia membuatkan Bella lemah dan gementar. Tangannya tidak berhenti menggigil.
Dia cuba untuk bertenang namun gagal. Dia masih belum berjaya mengawal sepenuhnya disordernya. Bella gelisah. Dia tidak tahu hendak berbuat apa. Teksi pun tidak kelihatan di street itu. Mungkin aku dah salah tempat kut.
"M-maaf, puan tahu tak tempat ni kat mana?" Soal Bella dengan beraninya pada seorang wanita yang kelihatan seperti pemilik kedai bunga di situ.
Bella menghulurkan telefon bimbitnya dan wanita itu pun menyambutnya lembut.
"Royal's Grand Palace? Adakah kamu pasti kamu nak pergi ke tempat ni?" Soal wanita itu, meragui Bella. Logik jugalah sebab Bella merahsiakan identitinya dengan baik ketika itu.
"Ya, saya pasti."
"Erm kalau begitu, kamu kena jalan lurus bermula dari kedai saya ni lepastu sampai kat simpang depan sana, kamu kena belok kiri dan jalan lurus lagi lepastu kamu belok kanan dan sampai lah ke tempatnya."
Bella agak keliru dengan penjelasan wanita itu tadi.
"Jangan risau, ada banyak papan tanda kat kota ni kalau kamu masih sesat." Sambungnya lagi sambil memberikan semula telefon bimbit Bella.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...