Bab 50

161 9 2
                                    

Never Be The Same | 50

Bella masih di tempatnya, menangisi nasibnya yang malang. Hujan yang turun dengan lebatnya, tengah membasahi bumi dan dirinya, pun Bella tidak peduli. Dadanya terasa sesak dan tangisnya semakin menjadi mengingat betapa dia diperlakukan sangat tidak adil oleh mereka.

Tidak lama setelah Harry meninggalkannya di situ ー sesuai dengan perancangan, pertolongan datang dengan segera. Sebuah kenderaan asing tiba-tiba berhenti di depannya. Bella pula masih menunduk seperti tadi. Namun, dia sedar jika ada sebuah kereta yang tidak dikenali terparkir tidak jauh darinya di situ.

Sepasang matanya juga hanya mampu melihat samar-samar sepasang kaki wanita yang tersarung court shoe hitam, kemudian melangkah perlahan-lahan ke arahnya.

Air hujan sudah tidak menimpanya lagi. Bella merasakan bahawa dia sudah berada di bawah sebuah teduhan. Ya, teduhan payung si wanita itu.

"Bella?" Tegurnya dengan nada yang penuh khuatir. Bella lantas mendongak kepalanya untuk melihat wanita itu. Saat Bella tahu siapa itu, dia menghembus nafas lega.

Wanita itu tersenyum pahit. "Tolong pegangkan." Dihulurnya payung hitamnya kepada pembantu peribadinya yang setia berdiri di tepi.

"Bangun, Bella." Katanya sambil membantu Bella untuk berdiri.

"N-nenda..."

Ya,

Bella sama sekali tidak menyangka bahawa dia akan bertemu dengan wanita itu sekali lagi.

Nenda Oli.

"Ya Bella, nenda datang ni." Lagi-lagi Nenda Oli tersenyum lembut menatapnya. Nenda Oli menanggalkan selendang putih yang melilit di sekitar lehernya tadi dan kemudian menghulurkan selendang itu untuk membalut tubuh Bella yang sudah basah akibat hujan.

"Tadi Harry sempat telefon dan ceritakan segalanya pada nenda."

"Jadi nenda tahu..."

"Ya. Tapi tak ada apa yang nenda boleh lakukan untuk itu, Bella."

Mendengar itu Bella hanya mampu pasrah dan kembali menangis. Katakan saja Bella lemah. Tetapi jika letakkan dirimu ke dalam situasi sepertinya, kamu juga pasti buntu. Dikala orang yang kamu mulai cintai, akhirnya melepaskan kamu begitu sahaja.

"Maaf, ya." Nenda Oli menyentuh pipi Bella yang basah dan sejuk akibat terkena hujan. Tidak dapat membezakan mana air matanya dan mana air hujan, Nenda Oli hanya mengesat wajah Bella tanpa basa-basi.

"Ayuh, kita pulang dulu. Nanti kamu jatuh sakit pula kalau lama-lama berada di luar." Nenda Oli segera menarik lembut tangan Bella dan membawanya masuk ke dalam kereta.

Sepanjang perjalanan ke Donna's Residence, masing-masing tidak mengeluarkan suara di dalam kereta. Bella sedari termenung sahaja dari tadi. Nenda Oli juga tidak berniat untuk mengganggu.

"Bella? Kita dah sampai." Tegur Nenda Oli, mematikan lamunan Bella. Puteri itu hanya membalas dengan tersenyum pahit. Mereka akhirnya keluar dari perut kereta dan berjalan masuk ke kediaman wanita tua itu.

"Nenda tak ingat sejak bila kali terakhir Bella datang melawat ke sini. Jom, nenda bawa kamu ke kamar dahulu."

Mereka pun menuju ke sebuah bilik tetamu yang telah disediakan oleh Nenda Oli untuk Bella.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now