He's Back | 20
Seperti biasa, berita dan artikel tentang isu semalam dan pagi tadi pantas tersebar hampir ke seluruh dunia. Nama Bella juga dapat dibersihkan dan permintaan Ryan dapat ditunaikan. Semuanya selesai dalam satu hari. Terima kasih kepada Ryan yang sanggup membantunya.
Bella gembira dan lega kerana keadaan telah kembali seperti biasa. Namun begitu dia masih berasa kecewa dengan reaksi yang diberikan oleh Ryan semasa mereka dalam kereta pagi tadi. Wajah raja itu jelas menunjukkan bahawa dia kepenatan. Tapi kalau dia penat pun, bukan salah aku. Dia yang punca semua ni!
Bella memejamkan matanya seketika di atas katil. Tiba-tiba dia teringat akan saat-saat Ryan memeluknya. Terasa hangat dan selesa dalam dakapan Ryan. Terasa seperti dia selamat dalam dakapan raja itu. Akan tetapi, Ryan memeluknya hanya kerana dia bersimpati ke atasnya bukan kerana raja itu sayangkannya. Hmm.
Eh? Jap! Hold on!
Bella tersedar dan segera bangun dari baringnya. "Apa yang kau dah fikirkan ni, Bella? Kau dah gila ke? Kau bencikan dia juga, kan?" Marah Bella sendirian. Dia menampar dirinya berkali-kali agar dia tersedar bahawa dia akan sentiasa berada dalam realiti.
Keluhan berat dilepaskan. Satu ketukan pada pintu kamar dari luar mengejutkannya. Bella bangun dan berjalan menuju ke arah pintu. Pintu kemudiannya dikuak perlahan. Harry muncul di hadapannya bersama senyuman mesra.
"Adakah saya menganggu tuanku?" Soal Harry, bertimbang rasa.
"Tak." Jawab Bella, ringkas.
"Sekarang waktu dinner." Beritahu Harry bersama senyuman mesranya yang tidak putus-putus itu. Terlalu sopan! Bella hanya mengangguk perlahan dan melangkah keluar dari kamar, terus mengikuti Harry ke ruang makan.
Bella mengambil tempat duduknya di situ, tidak berjauhan dengan tempat duduk Ryan. Segalanya telah tersedia atas meja, hanya tinggal untuk dijamah sahaja. Beberapa minit telah berlalu, Bella menjadi risau begitu juga dengan Harry di tepi.
Ryan dari tadi belum turun ke bawah menyertainya makan malam bersama. Bella kehairanan dan wajah Harry dipandang.
"Raja Ryan pergi mana?" Soal Bella ringkas pada Harry.
"Oh ya! Selalunya dia akan turun dengan sendirinya tapi tak pula hari ni..." Harry mula bingung.
"Takpe biar saya panggilkan Raja Ryan sekarang juga." Ujar Harry.
Bella rasa macam ada sesuatu yang tidak kena dan tahap ingin tahunya terhadap keadaan Ryan sangat tinggi. Pagi tadi, raja itu tidak kelihatan okay. Entah mengapa, dia tiba-tiba risaukan Ryan. Bella menolak kerusinya dan bingkas bangun dari duduknya.
"Tunggu! Biar saya tolong awak panggilkan Raja Ryan." Bella menawarkan dirinya pada Harry. Harry terpinga-pinga di situ. Tidak sempat Harry berkata apa-apa, Bella sudah pun bergegas ke kamar Ryan.
***
Hatinya mula berdetak laju sebaik sahaja dia berhadapan dengan pintu kamar Ryan. Bella berfikir dua tiga kali sama ada ingin mengetuk pintu tersebut ataupun tidak terus. Ah! Kenapalah aku terfikir nak panggil dia tadi? Bodohlah kau Bella!
Setelah agak lama bergelut dengan diri sendiri, akhirnya tangan Bella mendarat ke atas daun pintu. Pintu kamar Ryan diketuknya perlahan. Namun sekali Bella mengetuk, dia tidak menerima sebarang respon dari dalam. Bella mencuba sekali lagi, sama juga hasilnya seperti tadi. Eh? Dia pengsan ke kat dalam?
Bella mula risau. Dia tak sihat ke? Tiba-tiba kedengaran suara lemah Ryan menutur 'masuk' dari dalam. Jawab pun! Bella lalu memulas tombol pintu dan dia menjenguk ke dalam kamar Ryan yang mewah dan luas itu.
Ryan memandangnya terkejut. Dia meletakkan novel yang dibacanya tadi ke atas end table di tepi katil. Dah kenapa pula dia ni ada kat sini? Getus Ryan dalam hati. Bella hanya mampu mengulum senyuman kecil ke arahnya.
"Masuklah dulu." Ajak Ryan. Namun suaranya kedengaran dingin, seperti biasa! Bella pun teragak-agak menapak ke dalam kamar tersebut. Bella lihat di kirinya, terdapat tweed biru cerah bersama skirt yang padan dengannya tergantung bagaikan display pakaian-pakaian di pusat beli belah.
Ryan turut mengikuti pandangan mata Bella ke arah pakaian milik bondanya, Ratu Laura itu. Dia tersenyun kelat. Bella terus memulangkan pakaian tersebut kepadanya setelah puteri itu dituduh sebarangan oleh Charlotte pada hari pertama Big Conference.
"Tak sangka pula outfit bonda ni akan nampak cantik pada awak." Ujar Ryan bersama senyuman kecil yang terukir pada wajah bersihnya itu.
Bella memandang Ryan tidak percaya di tepi. "Jadi tu lah sebabnya awak suruh saya pakai tweed tu? Sebab awak teringin nak tengok saya dalam outfit ni? Awak memang selfish kan?" Hati Bella mula panas. Unbelievable!
"I'm sorry, okay? Bukankah kita dah selesai dengan isu tu?"
"I know tapi..."
"Sebab hanya awak aje yang boleh pakai outfit bonda. Bila awak pakainya, awak kelihatan macam bonda masa muda-muda dulu." Ryan menundukkan kepalanya. Dia tersenyum pahit. Bella lalu terdiam.
"Awak mesti rindukan dia kan?" Soal Bella. Ryan hanya mengangguk perlahan. Bella turut bersimpati. Ryan mengangkat kepalanya dan wajah Bella ditenungnya. Dia kemudiannya tersenyum kecil.
"You know what, masa awak pakai outfit tu saya rasa ia macam lebar sikit. Awak pasti ke yang awak cukup selesa semasa memakainya? Berat awak makin bertambah ke?" Soal Ryan cuba mengusik. Ah! Here we go again!
"Come on! Outfit bonda awak tu cukup-cukup pada saya lah." Dia tak tahu ke yang bab berat bertambah ni sensitif bagi kaum hawa? Bella memandangnya jengkel.
"I don't think so, Bella. Mengaku aje lah. Hehek!" Usik Ryan lagi bersama tawanya. Bella hanya memandangnya serius dan geram. Macam budak-budak! Ryan mendekati Bella di situ dan menarik pinggang rampingnya menggunakan tangan kanannya. Tangan kirinya pula dia bawa ke dagu Bella. Jantung Bella mula buat hal. Pandangan tu, boleh buat aku cair~
NO! NO! NO! Stop Bella Stop!
"Saya harap kalau awak happy sangat kat sini...mungkin disebabkan saya, jangan pula berat tu makin bertambah, ya?" Tuturnya perlahan tapi masih dalam nada mengusiknya. Apa? Bella menjegilkan matanya. Ryan tertawa melihat reaksi Bella sebegitu.
"Don't worry, I still hate you." Ujar Ryan lagi sambil kakinya melangkah keluar dari kamar. That bastard! Bella menjerit kecil di tengah-tengah kamar itu untuk melepaskan geramnya. Dalam masa yang sama juga dia masih berasa lega. Baguslah, all I need to know is that you still hate me...
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...