Bab 45

180 8 1
                                    

Night Changes | 45

Sedang Bella elok membaca buku sambil meniarap atas katil, Ryan datang bersama muka ketatnya melangkah masuk terus menuju ke arah puteri itu. Buku Bella dirampas membuatkan puteri itu terkejut. "Apa ni?" Bella lantas bangun untuk mengambil semula bukunya namun tidak kesampaian kerana Ryan yang memegang buku itu di udara dan kerana raja itu juga lebih tinggi darinya.

Ryan terus menarik pinggang Bella agar lebih dekat dengannya. Buku tadi dilempar ke atas katil. Dielusnya lembut pipi Bella seraya matanya meneroka seluruh wajah puteri itu. Jantung Bella usah ditanya keadaannya ketika itu, sentiasa berdegup kencang apabila adanya Ryan. Ryan mengangkat perlahan dagu Bella agar dia dapat melihat tepat ke dalam anak mata puteri itu.

"Tell me who am I to you."

"My boyfriend?" Jawab Bella yang masih keliru.

"Kenapa mesti ada bunyi tanda tanya di hujungnya?" Sebelah keningnya terangkat, agak terkejut dengan jawapan Bella. Kenapa perlu ragu-ragu?

"Err...you are my boyfriend." Bella meneliti elok raut wajah Ryan, nampak macam marah tapi dalam masa yang sama tidak juga. Kenapa pula dengan dia malam ni?

"I saw everything. Awak terlalu dekat dengan dia tadi."

"Dia siapa?"

"Noah. Victor Noah."

Oh. Riak wajah Bella terus bertukar. Tubuh Ryan ditolaknya perlahan membuatkan dia terlepas daripada dakapan raja itu.

"Then what are you gonna do? Wanna mad at me?" Bella mula menyoal sambil berpeluk tubuh.

Ryan hanya berdiam diri.

"So you are starting to doubt me, I see." Bella kedengaran kecewa. Lengannya ditarik oleh Ryan membuatkannya jatuh semula ke dalam dakapan raja itu. Ryan memeluk erat tubuh Bella. "I heard everything." Tutur Ryan perlahan tepat di telinga Bella.

"Saya nak minta maaf dan saya tak nak bergaduh dengan awak lagi." Sambungnya lagi. Bella terkejut lantas mengukir senyuman kecil. Ingatkan apa tadi. Ryan semakin mengeratkan lagi pelukannya.

"Siapa kata kita tengah bergaduh?"

"Tapi kenapa awak nampak macam merajuk aje?"

"No, mana ada saya merajuk." Nafi Bella.

Pelukan dibukanya untuk memberikan Bella sedikit ruang. Kedua-dua pipi Bella dicekupnya kerana dia tidak tahan melihat betapa comelnya puteri itu di matanya. God, I miss her so much. Dahi Bella juga sempat dikucupnya. Bella pula masih keliru dengan sikap Ryan pada malam itu.

"I actually heard everything."

Bella memandangnya keliru.

"Tentang Noah tadi tu."

"Kenapa pula dengan dia?"

"I think you are more than right, Bella." Ryan tersenyum pahit. Diletaknya kedua-dua tangan pada bahu Bella. Sekali lagi dia membawa puteri itu ke dalam dakapannya untuk melepaskan segala kebingungan dan keletihan yang dia rasai sejak kebelakangan ini. Dia juga sedar bahawa Bella juga merasa perkara yang sama.

"Saya letih, Bella." Luah Ryan dan entah mengapa satu baris ayat yang ditutur oleh raja itu mampu membuatkan hatinya luluh. Dia dapat merasakan segala beban Ryan lepas ke atasnya.

Dibalasnya pelukan Ryan. Puteri itu tidak teragak-agak untuk merehatkan kepala raja itu pada bahunya. "Kalau awak nak menangis, menangislah. Lepaskan segalanya. Saya sedia mendengar segala luahan awak. Saya tahu ianya sukar bagi awak tapi kalau awak terus pendam perasaan awak seperti selalu, awak sendiri yang akan sakit. Saya juga akan sakit." Ujar Bella. Ini bukannya kali pertama Ryan menunjukkan sisinya yang satu itu di depan Bella.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now