The Star We Shared | 29
Semua peserta telah berkumpul di satu bilik khas yang terletak di barat istana – bilik khas di mana press conference selalu diadakan. Aktiviti pada pagi itu masih belum bermula kerana mereka masih menunggu ketibaan Ryan.
"Mana perginya Raja Ryan ni? Semua orang dah lama tunggu dia kat sini kut." Rungut Charlotte yang duduk tidak berjauhan dengannya di situ. Bella hanya mampu memberi reaksi menyampahnya. Apa masalah puteri tu? Semua benda dia nak complain! Getus Bella dalam hati.
"Hai Bella. Diam aje pagi ni? Mana Blair?" Soal Ratu Nathalie yang baru melabuhkan punggung di tepinya. Bella sedikit tersentak. Bella lantas mengulum satu senyuman ke arah Ratu Nathalie.
Bella sendiri pun tidak tahu ke mana perginya Blair. Kelibat Ryan juga tidak kelihatan. Tidak pernah-pernah raja itu terlewat sebegini. Tiba-tiba Bella teringat akan rancangan Blair semalam. Mungkinkah? Senyuman pahit lalu terukir pada wajahnya.
"Bella tak tahu lah aunty. Nanti datang lah dia." Jawab Bella. Ratu Nathalie hanya mengangguk.
"Harry, mana perginya Raja Ryan?" Soal Melissa kepada Harry.
"Entah. Soalnya tadi dia ada urusan sikit dengan Puteri Blair. Tak tahu lah pula mereka pergi mana." Jawab Harry. Harry sendiri tidak tahu ke mana perginya Ryan pagi itu.
"Biar saya suruh Puteri Bella tolong panggilkan." Ujar Melissa lalu melangkah ke arah Bella yang sedang duduk tekun di situ. Bella kehairanan melihat Melissa menghampirinya.
"Tuanku, boleh tuanku tolong saya panggilkan Raja Ryan?" Soal Melissa sopan. "Tak nak lah nanti kalau kita tunggu lama kat sini lagipun kita tak boleh mula tanpa Raja Ryan." Sambungnya lagi.
"Kenapa tak suruh Harry aje tolong panggilkan?"
"Harry masih sibuk sebab tu saya terpaksa suruh tuanku."
"Hmm ya lah." Bella menurut. Bella bangun dari duduknya dan kakinya terus dilangsungkan ke dia sendiri pun tidak tahu ke mana.
Bella mencari-cari di seluruh tempat. Tidak juga jumpa si Ryan dan Blair ni. Bella malah pergi ke dapur istana untuk mencari keberadaan Ryan seorang. Bella kemudiannya bercadang hendak ke taman bunga di belakang istana. Di saat dia ingin ke halaman belakang, kelihatan Ryan dan Blair masuk ke dalam istana bersama-sama.
Langkah Bella terhenti seketika. Blair dan Ryan turut tergamam di situ. Blair lantas mengukir senyuman ke arah Bella dan pergi menghampiri puteri itu. Lengan Bella terus dipautnya. Bella terkejut.
"Awak tunggu saya ke tadi?" Soal Blair, mesra. Ryan pula hanya berlagak tenang di belakang.
"Ha'ah. Oh ya! Melissa suruh saya panggil awak tadi, Raja Ryan. Semua orang dah berkumpul. Mereka tengah tunggu awak. Katanya kita tak boleh mula tanpa awak." Beritahu Bella.
"Baiklah." Jawab Ryan dengan nada datarnya. Blair pula hanya mampu tersenyum pahit.
"Eh, jomlah." Ajak Blair. Dipautnya dengan erat lagi lengan Bella. Kaki mereka berdua terus melangkah seirama ke bilik khas; di mana semua peserta berkumpul. Ryan pula hanya mengikuti mereka dari belakang.
"Macam mana tadi?" Soal Bella dalam perjalanan mereka ke tempat kejadian.
"Negatif." Ujar Blair bersama senyuman pahitnya. Bella terdiam mendengar jawapan itu.
"So dia reject awak?"
Blair mengangguk lemah. "Ryan berharap agar persahabatan kami diteruskan saja sampai bila-bila." Katanya tenang.
Bella hanya mengangguk perlahan. Bella kasihankan Blair. Bukan best tau kena reject dengan crush sendiri. Lowkey, Bella rasa lega kerana hubungan mereka tidak tercipta pada hari itu. Ternyata tekaannya meleset.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...