Bab 34

391 10 0
                                    

Vacation | 34

Aklodovia,

Gambar mendiang suaminya ditatap lama. Perjalanan yang jauh berakhir dengan tragedi kemalangan. Terlalu banyak rahsia yang masih perlu dirungkai.

Satu yang saya pasti Lawrence, saya rasa saya telah berjaya tunaikan apa yang awak inginkan sejak dari dulu lagi. Puteri kita, Bella akan mewarisi takhta ni tak lama lagi. Melalui Bella juga, hasrat awak ingin menjadikan kerajaan Gennevies sebagai ally kita telah saya laksanakan. Segalanya telah saya tunaikan dan selesaikan untuk awak. Bersemadilah dengan aman. Kita akan berjumpa lagi suatu hari nanti.

Ratu Amanda tersenyum pahit. Ketukan pada pintu pejabat mengejutkannya. Ratu Amanda meletak semula frame gambar mendiang Raja Lawrence tersebut ke atas meja kerja.

"Masuk." Arahnya dari dalam. Bardwin lalu melangkah masuk ke dalam pejabat. Meja Ratu Amanda dituju.

"Ada apa Bardwin?"

"Kalau tuanku sudah bersedia, kita boleh berangkat sekarang."

"Baiklah."

Ratu Amanda bingkas bangun dari duduknya. Melihat gambar Raja Lawrence seperti sudah diusik atas meja itu membuat Bardwin turut tersenyum pahit.

"Tuanku rindukan Raja Lawrence, ya?" Soal Bardwin bersahaja.

"Sudah tentu, Bardwin. Tapi saya baik-baik sahaja. Walaupun begitu, pemergian Lawrence tetap
bermakna dan saya akan pastikan semuanya berjalan dengan lancar."

Bardwin terdiam seketika.

"Tapi saya masih curiga dengan tragedi kemalangan kereta itu. Macam ada sesuatu yang tak kena." Soal Bardwin, ingin tahu.

"Saya tahu, Bardwin."

Bardwin tersentak. "Apa maksud tuanku?"

"Memang ada sesuatu yang tak kena dan saya sendiri pun tak pasti. Saya tahu pihak polis boleh saja selesaikan kes ni dengan betul tapi saya sendiri yang minta mereka untuk hentikan siasatan dan tutup kes tu dengan segera. Saya rahsiakan benda ni daripada Bella. Pihak media dan orang awam pun tak tahu."

"Kenapa sampai begitu sekali? Bukankah tuanku sepatutnya dapatkan keadilan untuk Raja Lawrence, Raja George dan juga Ratu Laura?"

Ratu Amanda terdiam seketika.

"...sebab saya tak tahu siapa dalangnya..."

***

Seorang lelaki muda bersut hitam lengkap melangkah pantas ke dalam mansion mewah itu. Majikannya yang tengah berehat di halaman belakang mansion ditujunya.

"Tuan." Dia tunduk.

Lelaki pertengahan umur itu menghisap cerutnya dengan tenang di atas kerusi malas di situ.

"Kau dah laksanakan apa yang aku suruh tadi?"

"Dah."

"Memang sudah dijangka. Semua anggota polis tu memang tak berguna. Apa lah akan jadi pada mereka kalau Raja Ryan tahu tentang perkara ni haha. Senang sangat nak tutup mulut dan hentikan perbuatan mereka. Hulur saja beg wang, siasatan kes pecah masuk istana pada malam tu terus ditutup begitu saja. Tup! Raja Ryan sudah termakan umpan." Ujarnya bersama senyuman sinis.

"Jadi, apa rancangan tuan lepas ni?" Soal lelaki muda itu.

"Rancangan aku lepas ni? Memandangkan keadaan semakin mengizinkan, aku boleh bertindak bila-bila masa saja."

Ya, itu yang dia pasti. Apabila kuasa menguasai segalanya, lelaki tua itu yakin bahawa 'rancangan ringannya' akan berjalan dengan lancar. Apa yang perlu dilakukan hanyalah cuba untuk mencederakan emosi seseorang bukannya fizikal. Mudah!

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now