New Kingdom | 60
Last ChapterSetahun kemudian,
"Aaa!!" Jeritan kuat dari fitting room mengejutkan Ryan yang sedang leka bermain telefon bimbit di bilik sebelah. Raja itu laju meletak telefon bimbitnya ke atas meja kopi di hadapan lalu terus menuju ke bilik tersebut.
"Kenapa ni?" Tanyanya langsung pintu dibuka dengan riak wajah yang penuh kerisauan.
Dilihatnya Bella sedang duduk di lantai sambil memegang satu set pakaian. Bella kelihatan sedih dan... geram. Ryan nampak pergerakan tangan isterinya itu yang asyik mengesat sesuatu di bawah mata. Eh menangis ke?
"Bella, kenapa ni?" Soalnya lagi yang kini sudah pun berada di samping Bella.
"Tengok ni!" Bella terus menunjukkan gaunnya yang telah robek dengan teruk pada Ryan. Raja itu terkejut. Kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali?
"Kenapa boleh jadi sampai macam ni?"
"Entah, saya rasa ni sebab si Porsha tu yang seharian bermain dalam bilik ni semalam." Sangka Bella dengan tangisannya yang masih bersisa.
Alahai benda kecil sebegini pun boleh buat isterinya itu menangis sampai macam tu sekali. Ryan ingin ketawa pula tapi dia tahankan. Tidak pasal-pasal pula nanti dia yang kena marah.
"Mana mungkin Porsha yang rosakkan."
"Ha! Pertahankan lah kucing awak tu. Habis rosak dress ni. Mana lagi saya nak dapat dress ni? Punyalah cantik. Mahal pula tu..." Aduh! Semakin deras pula air mata Bella turun membasahi pipinya.
Ryan yang masih di tepinya pula semakin risau. Ah! Ryan berfikir keras macam mana ingin menenangkan sang isteri. Ryan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak patut kucing miliknya, Porsha, begitu nakal sehinggakan sanggup merosakkan gaun Bella.
Selama dia membela kucing parsi itu, Ryan tidak pernah tahu kalau Porsha boleh berkelakuan 'ganas'. Malah kucing itu lebih banyak tidur dan makan berbanding terlebih aktif seperti kucing lain.
"Sayang, saya tahu awak suka dress ni tapi kita boleh je cari yang lain kan? Kita boleh pergi ke butik hari ni untuk beli yang baru. Saya pasti ada banyak dress yang lebih cantik dari yang ni."
Harap-harap Bella setujulah. Namun tidak lama selepas itu Bella meliriknya dari tepi dengan riak tidak puas hati. Ryan dapat rasakan bahawa pandangan itu mampu membunuhnya sekarang. Seram!
"Saya salah ke?" Soal Ryan dengan polos.
"Ya, awak salah. Completely wrong. Mana boleh sesuka hati macam tu. Dress ni bukan setakat saya bayar tapi saya minta designer tu custom sendiri just for me and me only. It was so special, you won't understand. Lagipun saya nak pakai ni lusa jadi kalau nak suruh designer buatkan untuk saya sekarang, tak ke mustahil tu? Bukan sejam dua jam dress ni siap even dia just a mini dress. Mana lagi saya nak cari yang macam ni. Ini semua salah Porsha lah ni. Patut awak kurungkan je kucing tu buat sementara waktu. Jadi sekarang saya nak pakai apa? Ha?"
Woah! Ryan hanya mampu berdiam diri. Ryan kini sedar Bella tidak banyak songeh sebelum mereka berkahwin. Kalau ada masalah sekalipun, ratu itu pasti akan berusaha mencari jalan atau alternatif untuk menyelesaikannya. Namun selepas berkahwin, Bella menjadi lebih complicated. Kadang-kadang Ryan tidak faham apa yang diingini oleh isterinya itu. Tapi bagusnya Ryan tetap bersabar melayan setiap karenah Bella yang bertukar-tukar mengikut mood.
Perempuan memang macam tu eh?
"Senang, kita minta designer tu betulkan je part yang robek ni. Saya rasa dress ni masih nampak cantik seperti asal."
"Tapi bekas robek ni teruk sangat. Dress ni takkan nampak sama seperti asal."
"Habis tu macam mana lagi?"
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...