Bab 11

442 17 0
                                    

Unexpected | 11

Jam tangannya yang bersalut emas itu dipandang seketika. Jarum jam telah menunjukkan hampir pukul 8 pagi. Dia pula masih bersiap di bilik persalinannya itu sambil dibantu oleh para dayang istana.

Usai saja dia mengenakan sut lengkapnya, para dayang tersebut pun lalu meminta diri untuk berlalu dari situ. Kini, tinggal lah dia berseorangan di bilik persalinannya yang mewah itu.

Dia memandang dirinya sendiri pada cermin besar di hadapannya. Pandangannya sangat menyedihkan. Sehebat mana pun dia dipandang dan dikagumi oleh orang ramai kerana menaiki takhta pada usia yang muda, tetap juga dia tidak bangga dengan statusnya itu. Segalanya masih terasa kosong. Tiada siapa yang tahu isi hatinya yang sebenar.

Sampai bila aku perlu berpura-pura seperti ini? Aku penat.

"Tuanku?" Tegur Harry di belakang.

Raja Ryan tersentak dan dia pun lalu berpaling ke belakang.

"Ya?"

"Kalau tuanku dah selesai, kita akan turun sekarang."

"Err, baiklah."

Raja Ryan pun segera melangkah keluar dari bilik tersebut bersama-sama Harry dan mereka berdua menuju terus ke perkarangan istana.

Anak tangga demi anak tangga dituruninya dan sesampai sahaja di bawah, ketika Harry ingin membukakannya pintu kereta, dia teringat akan Bella. Mana perginya Bella ni?

"Puteri Bella belum turun lagi ke?" Soalnya pada Harry.

"Saya akan pergi panggil Puteri Bella sekarang juga." Harry segera bertindak.

Saat itu juga, Bella muncul dari atas. Dia bergegas-gegas menuruni anak tangga itu kerana takut nanti kena tinggal oleh Raja Ryan. Sesampai sahaja di bawah, dia dipandang serius oleh Raja Ryan. Dia nak marah aku ke? Soal Bella dalam hati.

Raja Ryan memandangnya dari atas sampailah ke bawah. Dia menilai penampilan Bella. Pagi itu, Bella mengenakan dress soft pinknya bersama kot putih yang panjang dan juga rambut ikal mayangnya yang perang tidak diikat itu. Bella hanyalah bergaya dan berpakaian seperti gadis normal yang lain.

Dia menjadi seram sejuk pula apabila raja itu memandangnya dengan serius. Kenapalah aku perlu tinggal sebumbung bersama raja yang 'pelik' ni selama sepuluh hari? Huh!

"Saya rasa saya dah tepati masa ni so I think we should go now." Ujar Bella.

"Wait, there is something wrong with you. You dressed like a normal girl?"

"Apa?"

"Saya ingatkan awak ada social anxiety disorder tapi awak berpakaian macam awak pernah keluar bertemu dengan orang ramai pula." Ujar Raja Ryan selamba sambil masuk ke dalam perut kereta.

"Awak tak nak ikut ke? Kalau tak, saya akan tinggalkan awak kat sini."

Bella mendesis. Dia pun lalu masuk ke dalam kereta dan mengambil tempat duduk di belakang bersama Raja Ryan manakala Harry pula duduk di depan. Bella memandang Raja Ryan di tepinya. Macam mana dia tahu aku ada disorder tu?

***

Donna's Residence,

Pintu kereta dibuka dan Raja Ryan melangkah keluar dari perut kereta, begitu juga dengan Bella. Tempat itu terasa sangat asing buat Bella. Almaklumlah ini kali pertamanya dia menjejakkan kaki ke Gennevies dan pertama kalinya berada di luar negara.

Negara itu sememangnya mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Bella dapat rasakan bahawa ciri budaya mereka tidak pernah mati melalui rekaan setiap bangunan yang ada di negara tersebut. Sangat klasik namun masih ada sentuhan moden padanya.

Mereka melangkah ke arah bangunan besar yang kelihatan seperti tempat kediaman seseorang itu. Katanya nak ajak breakfast kat luar, apahal kat rumah orang pula ni?

"Rumah agam milik siapa ni?" Soal Bella kepada Harry.

"Oh, ni rumahnya nenda kepada Raja Ryan. Juga merupakan bonda kepada mendiang ayahanda Raja Ryan."

Bella hanya mengangguk perlahan. Kelihatan seorang wanita tua berjalan keluar dari rumahnya dan segera memeluk Raja Ryan. Mungkin Raja Ryan sudah lama tidak melawatnya kut? Dia berkelakuan seperti sudah bertahun tidak berjumpa dengan cucunya itu.

"Eh, kali ni kamu datang bersama seorang gadis. Kenapa tak bagitahu nenda dulu?" Soal wanita itu dengan senyuman lebarnya. Dia kelihatan sangat gembira. Raja Ryan di tepi pula hanya tersenyum kecil.

Wanita tua itu lalu berjalan ke arah Bella dan memeluk Bella. Bella langsung tidak menjangkakannya. Bella pula tidak tahu ingin berbuat apa di situ, dia menjadi gementar tanpa sebab.

"Cantiknya! Kamu siapa nama?"

"Gabriella Roséth, tapi panggil Bella aje."

"Oh ya ke? Untunglah Ryan punya wanita cantik seperti kamu ni."

Bella terkejut namun dia masih kekal dengan senyumannya. Sejak bila pula aku ni jadi milik Raja Ryan? Bella hanya layankan aje kata-kata wanita tua itu. Dia memandang ke arah Raja Ryan yang masih berdiri di situ untuk meminta pertolongan daripada raja itu.

"Err, nenda? Puteri Bella bukan orang yang sebarangan. Dia merupakan puteri tunggal kepada Ratu dan juga Raja Aklodovia. Bella juga merupakan waris takhta Aklodovia yang seterusnya. Kami tidak ada apa-apa hubungan. Puteri Bella tinggal di istana Ryan hanya untuk sepuluh hari aje sebab dia sertai Big Conference tahun ini." Terang Raja Ryan panjang lebar agar nendanya itu tidak lagi salah faham.

"Oh ya ke? Patutlah anggun aje nenda nampak! Puteri rupanya." Puji wanita tua itu. Aku? Anggun? Agaknya perkataan itu tidak pernah wujud dalam kamus hidup aku! Puteri macam aku ni boleh pula kelihatan anggun. Haha!

"Eh, sejuk kat luar ni. Jomlah kita masuk." Ajak wanita tua itu.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now