Bab 49

199 10 2
                                    

Dead Roses | 49

"Tuanku berdua, kita sudah sampai di istana." Tegur pemandu diraja.

Noah hanya mengangguk kecil lantas bersiap-siap hendak keluar dari kereta. Helaan nafas sang puteri di sampingnya yang kedengaran pasrah dan agak ketara itu menarik perhatiannya. Noah yang tengah ingin keluar dari perut kereta tadi langsung terdiam kaku di tempatnya. Dia menoleh ke belakang dan melihat Bella yang keningnya sudah berkerut seribu sambil sibuk dengan telefon bimbitnya.

"Awak kenapa?" Soal Noah, ingin tahu.

Namun malangnya, Bella tidak menyahut. Sebaliknya, puteri itu terus melangkah keluar dari perut kereta, meninggalkannya dalam keadaan terpinga-pinga.

Sungguh, Bella kini risau setengah mati. Entah sudah ke-berapa kali agaknya dia cuba untuk menghubungi Ryan namun raja itu seperti hilang dari radar. Sepulangnya dia dan Noah dari Sunny Orphanage, tiada angin tiada ribut, Bella mendapat satu mesej yang kurang menyenangkan. Ini bukan kali pertama.

Bella tidak tahu siapa yang menghantar mesej seperti itu. Namun begitu, pada masa yang sama, dia sudah meneka siapa yang menjadi dalang di sebalik semua ini walaupun dirinya kekurangan bukti. Bahkan selama Bella sudah tinggal di Gennevies, dia memang merasakan 'orang' itu yang cuba untuk menjatuhkannya dan Ryan. Semoga sahaja tekaannya tidak salah.

Noah menjadi bingung melihat setiap tingkah Bella yang seperti sedang dalam kecemasan itu. Telefon bimbit langsung tidak lari daripada tangan dan telinganya. Entah mengapa. Dia ingin bertanya dengan lebih lanjut namun niatnya terbantut begitu sahaja kerana takut nanti diherdik oleh puteri itu.

"Tolonglah jawab..." Matanya kian meliar ke sekeliling kawasan istana. Perkarangan istana nampaknya tengah dipenuhi oleh banyak kenderaan. Nampaknya, Ryan mungkin sudah pulang.

Ryan cuba dihubungi sekali lagi namun,

Sudahlah!

Bella tidak mahu berurusan dengan telefon bimbitnya lagi. Tanpa menghiraukan Noah yang masih memerhatinya tidak jauh dari situ, Bella terus berlari anak menuju ke istana. Dia tidak peduli jika penampilannya sedang agak berantakan sekarang. Yang penting, dia ingin segera bertemu dengan Ryan.

Sesampai sahaja di ruang legar istana, laluannya lantas dihalang oleh beberapa orang – sepertinya mereka merupakan pengawal keselamatan. Orang-orang asing itu semuanya lengkap mengenakan sut hitam bersama satu alat kecil – entah apa – yang melekat di telinga mereka.

"Berhenti di sana!"

"Siapa kalian?!"

"Saya tegaskan sekali lagi, tolong berhenti di sana!"

Bella mulai hilang sabar. Dia mencebik kecil. "Berikan saya laluan. Saya ingin berjumpa dengan Raja Ryan sekarang juga." Tegasnya dalam nada yang datar.

"Maaf tapi baginda tidak ingin berjumpa dengan siapa-siapa pun sekarang."

Apa?

"Tapi saya ada hak ingin berjumpa dengan dia." Tidak mempedulikan larangan orang-orang itu, Bella pun dengan beraninya menghampiri mereka.

Ck!

Masing-masing mengangkat pistol. Kedengaran seperti bunyi picu pistol sedang ditarik. Bella pun dengan refleks menghentikan langkahnya. Sial!

"Kalau anda masih berdegil maka kami tidak akan teragak-agak untuk melukai anda di sini."

Entah siapa di kalangan mereka yang memberi amaran itu, Bella sendiri tidak tahu. Kini, dia masih berhadapan dengan mereka. Bagaimana mungkin puteri itu ingin menempuh orang-orang ini? Dia tidak cukup kuat. Andai sahaja kalau dari dahulu lagi, dia pernah mempelajari seni mempertahankan diri.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now